Ikan-Ikan

Saturday, December 18, 2010

awak yang tak sama seperti dulu

sedih bila ada yang sanggup mempermainkan cinta
bila ada yang mempersoalkan keikhlasan
keikhlasan yang sebenarnya hadir dari hati kecil
hati kecil yang sentiasa mengharapkan balasan darinya...
sejujurnya,
rasa ini tidak pernah hadir pertama kali menyulam cinta bersamanya
sedikit pun tidak pernah terdetik rasa benci ini
kasih sayang sepanjang masa menyelubungi hidup
semakin hari semakin bahagia ..
dia datang tepat pada masa...
merawat kedukaan berganda..
menjaga diri ini yang semakin hilang pedoman ..
janji demi janji diberi..
menguatkan lagi rasa kepercayaan,
menyalakan rasa cinta,
menjaminkan diri ini langsung tidak akan ditinggalkan
dibiarkan keseorangan...

namun,
janji tinggal janji,
masa berlalu pergi,
dia mula berubah,
hati dulu yang selalu dengan cinta ini
mula berpaling ...mencari cinta lain..
aku mula mempersoalkan
mana perginya kesetiaan
mana hilangnya sayang
mana lenyapnya kasih...
tapi darinya bukan seperti dijangka
kata berganti kata
sekadar mahu merawat hati yang lara..
hari ke hari
kesilapannya semakin menzahir
pencaturannya semakin hilang arah...
mainan kata hanya indah sementara ..
alasan cinta alasan semata..
membuatkan hati ini semakin derita ..
aku tidak minta...
aku masih seperti dulu
insan yang pernah menyayangimu
dan akan terus mencintaimu..
kehadiranmu akan selalu aku nanti..

seketika,
biar aku membawa hati ini,
jauh menyendiri,
maafkan aku ...
aku masih aku ..
namun engkau punca segala ..
menjanji cinta
dibalas duka
);

1 comment:

Miera Aziz said...

be strong babeehhh.
Besar ganjaran bagi org yang bersabar :)