Ikan-Ikan

Friday, May 11, 2012

Genap 22 Tahun

Alhamdulillah, Allah bagi kesempatan kepada aku untuk bangun, dan terus hidup pada hari ini, 11Mei. 11Mei opkoss bukan hari cupcake sedunia, atau bukan jugak hari rasmi pemakaian batik bagi seluruh sekolah kerajaan. Tapi tarikh ini tarikh keramat bagi aku. Aku dilahirkan pada tarikh 11Mei. Yeay! Tepuk ramai-ramai. Dann hari nie genap aku berusia 22tahun. Ieye, aku tahu. Cukop umur untuk masuk memasuk minang anak dara orang, atau terlebih umur untuk menonton tayangan wayang berunsur seram, ganas, thriller, crime scene dan 'aksi' orang dewasa. Eh? maafkan saya. Hehe.

Kata orang, yela, takkan hamster pulak kan?. Age is just a number. Aku setuju beratus-ratus percent dengan statement nih. Takde perbezaan ketara, tetap sama. Kalau sebelum ini aku jenis kuat gelak, sama jugak skang, wlupomm sedikit tua, tetap kuat gelak jugak. Kadang aku sendiri termenung di tepi jendela, bila la sumpahan magik ini akan berakhir, dan aku dengan automatiknya bertukar jadik matang. Pergh! epic fairytale fiction weyh. Jangan mimpi la ikan woi.

Yeay, 22 tahun.
Tetap sama sweet dengan Liyana Jasmay.

Setakat sekarang, benda paling yang boleh aku syukuri tentulah nikmat hidup, kesihatan, dipanjangkan umur, pelajaran, dan paling aku syukuri ialah insan2 terdekat dalam hidup aku. Alhamdullillah, Allah kurniakan Emak dan Ayah, Adik2, Kawan2. Mereka selalu bersama aku. Baik susah, senang, suka duka, Allah selalu tetapkan hati mereka untuk berada bersama aku. Doa dan kebahagiaan2 dari Emak, Ayah dan adik2. Kegembiraan berkongsi cerita, berkongsi kesusahan, enjoy2 bersama kawan2. Cukop kuat untuk aku jadikkan alasan kenapa mesti aku perlu bersyukur sebab Allah terus hidupkan aku sampai sekarang. Aku sayangkan dorang. Dann pasti jugak dan semestinya aku sayangkan kawan2 belog aku nie jugak. Terima kasih semua :)

Korean look tak penah lekang dari muka aku.
Maaf, kurang sedia time nih.

Ouh ieye, Harapan aku kehidupan masa datang, Insyallah dikurniakan kerjaya yang baik, diberi kesempatan membalas jasa keluarga, mencapai cita2 aku dan opkoss tentunya menjadik makin hensem, dan hensem lagi. Harapan tue biar tinggi, so, maksudnya lagi tinggi usaha kita nak mencapainya. Insyallah.

Whats?: Entri kali nie bukan main berjela, setahun sekali. bukan senang. :) Tengs pada yang wish juga terus mendoakan saya. Semoga Allah juga merahmati korang. Amin.

Monday, May 7, 2012

Berpantang Larang

Alhamdulillah. Kesibukan makin berkurangan. Sekali lagi konpem entri aku nie, makin kuat bau sibuk. Haha. Selepas present hasil untuk thesis minggu lepas, sudah sedikit buleyh pelan2 bernafas. Kalau sebelum nie bukan main susah nak bernafas, sampai bertarung nyawa mengembangkan lubang hidung, Sekarang mungkin aku mula merelakan otot2 hidung nie mengendur, dan opkoss lubang hidung nie mula mengecil. Soal hidung nie mungkin sensitif, dan menggelikan. Tapi ini semua realiti, bukan main2 punya. Haha.

Lama tak berhapdet belog nie, rindukan belog. Aku ambik masa seketika untuk bersama dengan belog nie. Bagi lelaki, belog buleyh diumpamakan sebagai awek, or Mrs. Wifey. Nampak sangat aku nie forever alone. Tak berawek, single bukan soal tak laku, atau tak hensem. Tapi soal masa, dalam mencari yang terbaik, memenuhi  citarasa hati. Walaweyh, belum cukop umur, aku sudah bicara cinta. Hentikan! Ini soal novel yang baru aku baca, dan aku nak share. Senyum!
Nie dia, Tabu atau pantang larang

Sebelum ini aku penah baca novel lain dari publication yg sama, Kelabu. Disebabkan best tak hingat, aku beli novel nie pulak, dari publication yang sama, tapi penulis lain. But still, sama best. Bahasa ringkas, Bahasa pasar, cover depan pun cantik. Hati mana tak tertarik, betul tak? Sekali lagi, bahasa aku mengalahkan KOMSAS tingkatan 4, 5 dolu2. Maafkan saya!

Best!
Basically, Novel nie mengisahkan kehidupan rutin harian seorang gadis plus-sized, yang duduk jauh daripada keluarga dia yang ada kat kampung. Kehidupan dia sebagai operator kat sebuah agensi kad kredit. Lebih banyak menceritakan tentang kisah cinta dia dengan lelaki berkulit hitam, lelaki misteri yang selalu menghubungi dia, musuh dan kawan baik. Nak cter panjang, macam tak best. Senang korang pegi beli, baca sendiri. Kodokut den nie haa!

Dapatkan di kedai buku berhampiran.
Bukan main semangat aku kasi iklan.
Baek punya pomot. Haha


Whats?: Takde awek, tak semestinya hidup ini buhsan. Maaf pada yang sedia ada berkapel :)