Ikan-Ikan

Monday, August 13, 2012

Iklan Raya Sedih

Assalamualaikum. Elok bulan puasa nih, selain berlapar berdahaga, juga mendoakan kesejahteraan orang lain terutamanya Follower2 kita. Amin. Insyallah. Geli kita, so kembali dengan aku. Kurang seminggu Insyallah beraya, semua dok menunggu kemunculan anak bulan comeyh kuar. Tak sabar nak beraya. Masing-masing menyediakan kelengkapan untuk beraya. Alhamdulillah, aku dah siap semuanya. Korang? 

Tersentuh, baru-baru ini terbukak pintu hati nak menonton tv. Macam la sebelum nih pintu hati aku tertutup nak tengok tv. Haha. Tapi ini benda serius, so berhenti gelak. Capai remote, satu-satu aku tukar channel di tv itu. Niat di hati nak tonton Power Rangers, atau Ketuk-Ketuk Ramadhan, sekali terkuar satu iklan yang agak menyentuh hati ini. 

Alahai, sayu punya rasa. Orang bila ingat raya, konpem nak berseronok sakan, terlompat-lompat king kong hutan sebab eksaited nak beraya. Sekali iklan kat tv, punya sedih tahap nak kena takung air mata dalam mangkuk megi. Apalah aku nih kan? Ye la, tak semua beruntung, tak semua buleyh bergembira segembiranya. Dalam keseronokan itu, nak kena juga beringat ada orang kurang bernasib baik, orang susah, anak yatim. Bila pikirkan balik, Alhamdulillah beruntung tuan punya badan. Semoga Allah juga memberikan kebaikan ke atas mereka. Amin.

Inilah iklan tuh, play sendiri. 



Aku pasti korang pun pernah tengok iklan nih kan? Aku pasti korang pun ada rasa sedih jugak kan? Sedih menangkap jiwa kalbu. Sorang buta, sorang bisu Aku tak pasti. Semoga iklan nih buleyh memberi kesedaran kat kita. Amin 

Whats?: Lepas solat raya, mesti melawat kubur dulu. Baru buleyh pergi beraya. 

Wednesday, August 1, 2012

Mickey Madness

Hari ini tak bangun sahur. Rasa nak berlari bangun tido ke sungai berdekatan dan beraksi renang berirama ala2 Gloria dalam Madagascar. Tuhh dia, angan-angan punya tinggi. Tak cukop tinggi, siap capai kerusi kayu nak kasi sampai. Fuhh! Maaf. Skang mungkin sedikit sibuk mengalahkan wakil rakyat memenuhi undangan majlis berbuka puasa. Kampung mana, daerah mana? Tak menang tangan. Yeap! sibuk berprektikel, dengan kenkangan takde bekalan internet kat tempat kije. Kena berkorban sikit. Hari-hari yang dilalui membuhsankan. Tapi apa buleyh buat, duduk sila, dan sabar berpuasa. Senyum simpul kasih besau-besau!

Rindu sama kawan kolej, juniors, and also the most opkoss KL! Totally different been in another place when you are getting used with such the metropolitan KL. Rindu MidValley, Sg. Wang. Ini bukan tempat rekreasi, atau tempat tersebarnya gosip2 liar artis. Tapi tempat hang-out dengan kawan2. Kejar LRT, berhimpit dalam Komuter. Kenangan semua tuh. Hope, nanti buleyh memulakan kerjaya di sana nanti. Insyallah amin :)  Sebelom cabut, angkat kaki kiri keluar KL, sempat jenguk, cuci kaki kat Mid. Bekesempatan ronda-ronda pusing. And guess what? Mickey in da house. Whu can resist? Ergh! NO!


Siapa mampu menolak kecomelan si Mickey ini? dan serba sedikit tarikan gaya lakonannya. Susah nak kata Tidak! sebab dari zaman kecik sehingga besau tong dram sihat ini dah memang terbiasa dengan Mickey Mouse ini. Aku salah seorang peminatnya. Senyum! Tapi kalau Mak Cik Kamariah konpem belum ditanya, dia geleng dulu. Katanya dia gelikan tikus. Ouch! ouch! Saya geli tikus. Haha. Ingatkan nak pergi tengok pameran pet. Tapi belom sempat ke dalam, kawan aku dah jerit takut nak masuk. So jalan2 la kat luar tuh. Tertengok exhibiton mickey nih!


Favoritos!


Yang nih by F.O.S. 

Banyak lagi pic, Ohsem tengok satu-satu Mickey nih. Apatah lagi dapat pegang. Heyh! Dun Touch! Go away.


Whats?: rindu semua orang.