Naik habuk 3kaki setengah. Lama aku tinggalkan belog nih. Pasti yang pernah visit belog nih rindukan aku. Yang baru nak visit, pun mula jugak nak rindukan aku. Alahai hidup. Ramai pulak yang rindukan? Perasan bukan main, malulah.
Alhamdulillah, aku sihat. Sejak bergelar bakal graduan nih, banyak masa aku habeskan kat rumah. Buat la apa yang patut. Basuh baju, sidai kain, bermain Dam Haji dan meniup habuk di langsir tingkap dapur. Punya gigih kalah surirumah sepenuh masa berdaftar. Itu kira tanggungjawab sampingan bagi seorang anak lelaki mithali. Membantu ibu di rumah. Aceceh!
Alang-alang duduk rumah, sambil-sambil makan keropok ikan cicah sos cili Mak Yam tuh. Aku selalu bersimpuh sila depan laptop. Fokus! melayan drama. Bukan main excited, terkedu dok melayan Adam&Hawa. Cerita hangat kat Astro sekarang kan? Itulah topik utama gosip-gosip makcik-makcik masa beli ikan kat kedai taman aku nih. Bagi dorang, selain Aaron Aziz tuh hensem, mungkin ada sikit perasaan geram bila Ain Hawani kena tangkap basah. Tak puas hati. Mungkin makcik2 nih dengan harapan, "Kenapa bukan aku, tapi dia? Kalau aku la, lama dah aku terima je Aaron tuh" Alahai makcik, itu kuasa Tuan Director, bukan main dia kritik kan?
Siapa belum kenal, gigit kuku jari.
Bertudung tuh Ain Hawani, Berlebai tuh Adam Mukhriz.
Alahai bukan main emosi, air mata aku boleh leleh. Yela, sejak bergelar surirumah. Jiwa aku senang tersentuh, rapuh, sensitif pun ada. Mungkin la jalan cerita yang boleh buat aku jadik geram kenapa boleh jadik macam tuh, macam ni la. Apa la kan? buat malu je. Maafkan saya
Tengok la nih, mana tau korang boleh sama nangis macam aku.
Haha