Ikan-Ikan

Monday, March 4, 2013

Nasi Lemak Ayam

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera.

Ya! Aku tahu. Ramai yang bising, (Kerja kau mana? Kerja tak ni? Online je aku tengok). Mari aku ikhlas menjawab soalan2 ittew. Mulia sungguh aku kan? OK, Bye! Btw, sambil online nie, sambil aku mencari idea untuk research kami orang. Ya, menjawab kan?

Sambil selam, sambil-sambil tuh la amik kesempatan kijap2 kumur, gosok gigi, amik sikit air bancuh bandung   cincau ais. Camgituh la ya? Tapi bukan untuk belog, belog ini aku updet masa yang betul-betul free! Yey!


Lunch tadi. Nasi Lemak Ayam.

Lunch tadi kebetulan boss mintak kuar, shopping few things. So, aku dengan kawan-kawan pergi la East Coast Mall, Kuantan yang kebetulan sebelah dengan bangunan ofis kitorang. 

Dalam duk mencari, membelek, cuci mata, cuci dagu, tetiba rasa lapo. HAHA! Ye la, lunch hour kan? Waktu apa lagi, kalau bukan waktu melahap secara sakan. Tapi, satu benda yang buat aku gelisah nak makan kat Kuantan. Harga makanan mahal dari KL, tempat lain termasuklah Perak, tempat aku.

Dengan harapan gosok perut, mata kebil-kebil, kitorang pegi cari makanan dalam Carrefour. Dan Alhamdulillah, rezeki kami terjumpa hidangan 1 Malaysia ni. What say you? Nasi lemak dengan Ayam Goreng celup Tepung RM 3.50. Kalau kat luar mahu koman-koman RM 5. 

Kami grab, dan pergi bayar! 

Makan, dan Alhamdulillah kenyang ke malam hari. Perut pun senyum sama.

WHATS?: Baru sekarang belajar nak betul-betul hidup, berdikari, jauh dari family. Sedih :(

No comments: