Ikan-Ikan

Thursday, May 23, 2013

23 Tahun dan Doa

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera
Thanks Shahdan, Pijoy dan Sufi

Happy Belated Birthday Hafiz! Aku lupa wish hari jadi aku kat diri aku sendiri. 23 tahun hidup, dan Alhamdulillah syukur kerana Allah S.W.T masih panjangkan umur aku hingga hari ini. Kawan-kawan ramai yang sama wish birthday aku dan setiap satu wish dorang aku tersangat appreciate.

Aku jenis sangat terprivasi, setahun sekali aku tunggu tarikh 11 Mei untuk aku bukak wall FB aku tuh. Bukan takut, cuak atau kena nganjeng, tapi entah. Punya lahh pusing-pusing cakap. Banyak yang wish, tak kurang datang komen dengan stail bahasa dan gaya masing-masing. Terima Kasih! Terharu aku.

Awal pagi 11 Mei. Aku sms ayah aku, muka tak malu dengan pipi senget. Konon nak remind pasal hari jadi aku. Lama ayah diam, slow-slow aku mula down. Dengan parents, takkanlah bersangka burok, sangat tak manis, tak elok. 

Lunch hour. Emak aku call. Ceria bunyinya, lain dari kebiasaan yang selalu. Selamat Hari Jadi! Bersorak hati aku, manusia paling aku sayang kat muka bumi nih wish aku. Cakap Emak, tak pernah Emak lupa birthday aku. Pesan dia, aku dah 23 tahun, makin tua, makin besar tanggungjawab aku. Terima Kasih Emak Ayah. Along sayang Emak Ayah.

Doa aku, supaya Allah panjangkan usia aku supaya aku diberi peluang berbakti kepada Emak Ayah, adik-adik dan orang sekeliling aku. Doa aku jugak semoga Allah tetapkan hati orang sekeliling aku untuk terus bersama aku dan semoga Allah memurahkan rezeki aku untuk mendapat kerja yang lebih-lebih baik. 

Amin

Aku ubah belog ini. Turned into a new look. Look yang aku suka, lagi fresh.
Aku harap korang pun sama suka!

No comments: