Ikan-Ikan

Monday, May 27, 2013

Dua Misai


Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera.

Ya! ya!

Aku tahu, ramai dok komplen. Isnin datang tanpa diundang, tak seru mahupun jemput, Isnin tetap, tetap akan datang. Bersabar ya kalian? Aku pun macam korang, kurang meredhai Isnin, berlipat tujuh-puloh-dua urat tengkuk kat bahu ini. Simpul kasih Mariah jadiknya. Lahai, what-to-do, Monday blues rite?

Awal pagi aku bangun. Menggagau jari-jemari runcing aku mencari phone, nak tutop alarm henpon. Aku tatau, selalunya aku akan bangun lewat dari pukul jam yang aku kunci tuh. Dengan mata kuyu ala Shaheizy Sam, aku gagahkan jugak diri bangun, capai tuala yang tak berapa nak cantik dan pergi mandi. Sejuk weyh? Haha.

Lepas berbedak sejuk, siap calitan maskara kaler emas, minyak rambut zaitun, housemate aku tegur. Aku toleh tanya kenapa? Jawab dia, "Tuh misai kau, macam Apek jual sayur." Tergamam aku. Ieye ke? Lahai, maaf la ya? Aku bukan jenis tumbuh bulu misai sekata, so jauh sekali jenis yang trim kemas dan rapi. Itu bukan aku lah. Tersengih aku, dengan 'misai Apek' nih. Haha


Aku obses misai. Masa kecik dulu, banyak sangat tengok Sarjan A. Galak dalam Gerak Khas. Lentikan misai dia buat aku pun bercita-cita nak punya misai macam tuh. Tapi tuh lah, rakyat lelaki bawah umur, lagi kurang hormon misai nih susah untuk aku mempunyai misai sendiri. Haha
 
Minat aku jadik lain, berpindah pulak kat koleksi jam bermisai yang comel ini. Aku jenjalan makan angin, bertembung dengan jam nie. Setiap satu dari tempat yang berbeza. Dan dua-dua kesayangan aku. Aku tak bermisai takpe. Lain kali kalau orang tanya aku mana misai lepas nih, laju aku tunjok jam aku ni. Puas? Haha.
 
 
Ramai tanya aku mana beli jam ini? Aku bagitau je.
Sebab susah jugak nak cari. Kalau beli online, selalu out of stock. Sick!

1 comment:

Ahmad Sabree said...

nice jam..
nak tanye jugak..
beli kat mane jam ni???
hahahahahah