Ikan-Ikan

Friday, January 27, 2012

Omellete

Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Berhujung Minggu

Masuk hari sabtu, awal pagi, celik mata, semua gaya macam berlari2 anak terus menuju depan TV sebab tengah semangat nak tengok cter kartun hebad2. tapi itu semestinya bukan aku. ini al-kisahnya, adik aku. yang maseh belom matang, yang maseh berkencing tilam! # euww abesh. tapi terima kaseh la channel2 tv di Malaysia nie, menyediakan cter kartun terbaek dari ladang. gaya aku maseh buleyh menonton bersama adik aku. tanpa sebarang kutukan dari rakan sebaya mahupun ibu bapa. # aku akui, hidup remaja itu sekali, so baek enjoy, dan menonton kartun. haha.

Seminggu aku di rumah nie, gaya belom cukop puas untuk habeskan masa sebegini pendek, sebab selalunya aku maseh duduk kat kolej, gaya macam setahun, tapi untuk pulang, bersama dengan famili tue sesekali. time belajar, sibuk beraktiviti, tapi cuti pom maseh diperuntukkan untuk aktiviti lagi dan lagi. tapi hentikan mengeluh, sebab mengeluh belum tentu buat kita untung. haha. sebenarnya aku rindukan Omelette. Omelette tue bukan kekasih hati aku, tapi kucen terbiar yang sibuk merayau kat koridor floor kolej aku. and she's a female # opkoss la kann? she tue sah la betina. hapo la!

Omelette nie mula hadir bikin kacau dalam hidup aku masa study week, berlanjutan sampai exam week. bila dia masuk jea bilik aku kat kolej tue, bukan maen beriya dia melompat, berlipat. dari hujung sini sampai hujung sana. kadang aku pulak terpenat tengok dia. but she's an entertainment. bila dia tdoe tue, aku buleyh kesian tengok dia. comeyh sangat. tersentuh jiwa sayangnya binatang aku. sebab kecik dia, comeyh dia. aku anggap dia macam pet aku kat kolej tue # rare kan? dia pandai tarik hati aku. bila penat tengok dia bermain pom gaya buleyh hilang kasi penat aku nie. :)


good gurl having a sleep. how's she a good cat.


sleep, sleep and sleep

whats?: tak salah kan minat kucen?

till next BOO bubbling

bubye Peoples 



Course vs Passion

Assalamualaikum w.b.t & Selamat Tahun Baru Cina.

Semua orang buleyh tepuk tangan, tepuk kaki tapi jangan kasi hentak kepala dekat dinding. sebab alhamdullilah exam sudah habes, agak basi exam punya kisah. tapi sekarang aku baru diberi kekuatan untuk meng-update blog nih # gaya kau Gopal la kann dalam Boboi Boy tue, sekali tanjatt, sekali kau kuat. haha. Tahun Baru Cina punya raya, kita dapat cuti. macam tue jugak bila kita meriah beraya, satu Malaysia pun turut cuti. Alhamdulillah. rezeki hidup di bumi Malaysia yang pelbagai budaya dan agama nih. aku bukan main sedap mem-pomot gaya aku duta pelancongan Malaysia. tak gtuh? haha

Tinggal satu semester jea lagi dan insyallah aku bakal menamatkan degree aku. sampai tahap nie, dah terpikir2 apa nak buat, apa nak rancang untuk kehidupan seterusnya. kalau dulu, buleyh bangon lewat pagi, lima minit lagi kelas nak mula baru nak mandi. tapi insyallah lepas nie kalu berkije, awal pagi dah nak kena bangon iron baju, peningkan paperwork, due date dan sume. kalu dulu buleyh main2, gelak besau dengan kawan2. tapi skang sume akan bawak haluan masing2. jauh antara satu sama lain. sdeyh nyea la. 

Mungkin lepas nie, aku da buleyh pkirkan tentang apa sebenar mahu aku. # lagu Indonesia sgt. insyallah, perancangan itu datang dengan niat, kalau ianya ikhlas, insyallah dipermudahkan segalanya. langkah sukar jadik senang. aku cuma memasang niat. dengan sokongan kawan2, doa ibubapa, aku megharapkan keajaiban pada masa mendatang. amin .


whats?: debaran tue tandanya realiti kea..?ini yang dikatakan mahu aku. sebenarnya.

till next BOO-bubbling

bubye Peoples 


Thursday, January 12, 2012

Yuna - maniac!

Assalamualaikum w.b.t & Selamat Pagi

Just a short & firm entry, found this on facebook. a new artwork from Yuna. kinda like it! it sound ramlee's but i love it . and also the unofficial is cute too. enjoy!


Lirik Lagu: Terukir Di Bintang - Yuna 


Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku coba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia

Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan... kamu...

Sayangku jangan kau persoalkan siapa dihatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu...

Saturday, January 7, 2012

Water Problem or Problem-Problem

Assalamualaikum w.b.t & Selamat Mengulang-kaji

Eh, eh. semua orang bersemangat duduk di meja dan study gila-gila. tak kurang jugak bersimpuh gaya Datin Maimun si Pembasmi Serangan Hantu, dann mungkin juga duduk mengcangkung. #eh, ada ke, ada ke? bab cangkung isu sensitif skang. bukan isu bagaimana cara cangkung, atau cangkungan maut 60 darjah ke apa kea. tapi ini kira isu 'bila-kau-nak-buang-air,kau-dah-buang,sekali-kau-sedar-tade-air' haa.. panjang berjela kann? nie pakat kalah gerabak Key-Tee-Emm yang hanya 2-3 gerabak tue. tapi isu tadi bukan aku si pelaku nyea ieye. orang lain, orang lain. seperti biasa, sekali lagi moteph entri aku mengenai ketiadaan air. #sape tepok, aku hentak. ada berani? O.o

Masuk hari ini hari ke-4, UKM tak berair. bangun pagi kau menung, masuk tengahari kau menung lagi. sekali masuk zuhur, bukan maen kau kepoh dok mana nak mencari air nie.time suboh buleyh la kau guna air mineral, tapi kalau selalu mahu kopak dekk. gaya itik mencari air, gaya itu jugak aku praktikk semasa dalam usaha mencari air sana-sini. heyh, seribu kali malu tau, muka kau muka baby gaya bangun tidur, mata pun belum bukak luas, kau jalan sana-sini untuk mencari air. banyak mata memandang, dan kengkadang aku terasa spt ada kehadiran Paparazi sepanjang perjalanan ke fakulti berdekatan #ini cara mandi terpelajar, tak cukop kau study fak, sekali mandi aku balun.

Sepanjang tempoh jangka masa ini memang tahap menguji kesabaran aku, dengan nak study, dengan nak mencari air, belum masuk lagi time kau tak tahan nak membuang air. kena pkir 78kali untuk sanggup turun blok dan berjalan jauh untuk mencari air. student sana sini dok mengeluh mana hilangnya air. kena ingat ini minggu exam, air itu penting. bukan minggu kau terlibat dalam Cabaran Marilah tak Mandi #imaginasi aku bapak menggunung. pfft. ini sebetuinya menduga, segalanya berhikmah. dan semoga Allah membalas pengorbanan ini. amin .


2 kali lagi kasi amaran,
tapi kalau lepas nie buat jugak
tamo kawan! huh. 


whats?: dari 1st year mula masuk belajar, sampai la skang, masalah air nie da lama. 

till next BOO bubbling

bubye Peoples 

Wednesday, January 4, 2012

Currently in Love With

Assalamualaikum w.b.t & Selamat Menempuh Peperiksaan

Alhamdullilah first paper dah lepas, subjek mengenai kampung dan pembangunan gaya aku berenang masuk dalam timbunan nota yang berpuluh-puluh kali mengulang point yang sama. it's a kind give me a headache. but have too. semangat punya study, plus masalah air tade satu u nie menyebabkan aku kena tabah dan tabah dan tabah lagi # bape banyak kali tabah, sampai aku pom buleyh naek hilang sabar dah nie. naek turun bangunan aku mencari air nie untuk mandi dan gosok gigi. # and now please call me Mr. Gigih. haha. have too, kalau tamo ketiak berbau, taek gigi sebatu. # aishh euww, jijik. so kena usaha keras, pergi cari air utk mandi dan study.

Kurang pasti ini angkara sindrom atau memang kejadian bese, 1st paper exam, aku semacam ada gaya sikit shacking dalam diri, sebaek jea pengawas exam tue umum, "anda dibenarkan menjawab sekarang", aku ttber leyh jdik tak tentu arah, pegang pen pomm gaya tak cukup genggam, menulis pun tunggang-langgang, selang sebaris tukar pen, selang dua baris, guna pen sama balek. tapi lepas one page and a half, everything's back to normal. aishh. Ya Allah, Permudahkan segalanya bagi hambaMu ini. amin.

Next paper, selang lagi 3,4 hari dari sekarang. so malam tadi, aku macam nak lari sikit dari notes, or whut-so-everr academic related. Plus internet cable sangat laju. layan you-tiub gaya macam nonton muvie stret 3jam tanpa henti # kalau kau study ke, siapkan eseimen kann lagi bagus kann..? menyesal pomm tak guna. but enjoyy it. because im discovered her. adore her in Gossip Girls, plus she's been known a singer quite a long time before. setiap video aku bukak, dann aku suka suara dia. macam lagi sweet dari Taylorr Swift # maaf. tapi ini kesah btoi, bukan tipu-tipu punya. hehe.


Presenting her Blair Waldorf 
or Leighton Meester 


owesome, super cool
enjoyy!!

whats?: air itu penting, so please, really cant compromise.

till next BOO- bubbling

bubye Peoples 



wordless wednesday # 12