Ikan-Ikan

Showing posts with label it's so ikan. Show all posts
Showing posts with label it's so ikan. Show all posts

Saturday, June 9, 2012

Bawah Umur?

Susah nak define cantuman perkataan bawah umur ini. Sebenarnya, berapa umur yang layak dipanggil bawah umur? Macam aku? Ieye, aku selalu bawah umur, sebab aku comeyh, bersemangat mengalahkan kanak-kanak jagaan hospital. Maafkan aku, aku cuma bersikap jujur. Ngee! Selalunya, benda atau kenangan semasa bawah umur inilah yang paling menyeronokkan sepanjang kita hidup. Betoi tak? Siapa bilang tidak, konpem kena hentak. So, tentulah Ya.

Baru-baru ini aku buat perangai buruk. dan mungkin memalukan bagi mereka yang sedia dewasa. Makan Mekdi atau Mekciken tuh bukan kesalahan, sedangkan ramai jugak yang buat benda yang sama. Tapi tidak bagi aku, sebab aku order Happy Meal! atau bahasa lainnya, Seronoknya Hidangan! Haha. Kan? Tengok. Berani sangat mengaku, alih-alih senang-senang kena maki. Haha. Ramai yang percaya konsep Happy Meal! ini hanya untuk kanak-kanak. Dan bukannya remaja seperti aku. Alahai! kejamnya dunia. Tidak, tidak!

So, peraturan baru. Happy Meal! hanya untuk abang-abang
dan abah-abah. Adek-adek tak buleyh!
Gila kejam punya peraturan. 

Masa kecik, suka sangat tengok kotak-kotak yang ada gambar kartun-kartun kat kedai runcit. Otomatik dalam otak sebelah kanan, set, yang selalunya kotak yang design sebegini konpem ada toys (mainan) free! Macam Ding Dang, Tora. Sebelum bukak bukan main tinggi harapan, berharap dapatlah toys yang diidamkan. Sekali bukak, gaya nak larik kenkang-kenkang, sorak sekampung sebab eksaitednya dapat mainan. Yeay!

Ini Ding Dang, Tora moden. Susah nak hilang kepercayaan 
kat Uncle Bibir Tebal, Hidung Besar kaler Merah nie.

Zaman moden, susah dah nak carik Tora, Ding Dang lagi. Sebab setiap kali mesti kecewa, sebab selalu berharap mainan idaman, tapi lain pulak yang dapat. Kecewa, kecewa sampai hilang keyakinan dengan jiran-jiran. Haha. Malu nak berhadapan dengan rakan sebaya. So, beralih kepada Happy Meal! supaya harapan bukan tinggal harapan. Lagi best, bila kita dah tahu mainan apa kita nak, dann bila boleh dapat. Sebab Uncle Bibir Tebal, Hidung Besar kaler Merah ini baik hati buat iklan kat surat kabo, kat TV. Yes! yes!

Sekali bukak kotak, dapat mainan. 
Bukan main kepalang terharu, gaya leleh-leleh air mata, air hidung
Euww!
Syukor. 

So, tiba masa korang jugak kena mencuba nasib. Siyeshly, jangan daring terlbeyh ikot gaya aku ini. Pedulikan pandangan serong kakak cashier mekdi Drive-thru, apatah lagi customer2 lain. Yang penting kepuasan dalam hidup tuh. Moteph? Haha.


Whats?: Kadang-kadang naik bosan makan benda biasa. Haha

Wednesday, April 18, 2012

Terkini

Buhsan teramat belum sampai tahap gila. Punya sibukkan urusan dunia nie, sampai lupa pulak kat belog aku yang satu nie. Dalam masih berkesempatan nie, wlupomm baju sebaldi belum berbasuh, eseimen menimbun gaya pasir sungai kena sedut keluar, maka aku bernekad sementara untuk meluangkan masa untuk kasi hupdet belog nie. Kesibukan melanda mengalahkan tukang jahit terima tempahan Kebarung manik, hidup tak tenang. Lagi-lagi kije bertambah, tapi belum ada niat dalam hati aku nak setelkan kije tuh. Orang lain bila banyak kije buleyh nampak sibuk dia tuh, sampai berpeluh2 ketiak, ketiak aku nie cool jea, lembab pun tidak. Kiranya tak sibuk mana la tuh. 

Kecut perut, sekali dengan lemak2 pada part paling boroi kat perut aku nie. Habis jea cuti dah nak kena fokus midterm yang langsung taleyh buat aku nak control hensem beberapa ketika nih. Berkerut2 muka gaya belum telan kolagen murah. Sepanjang masa risaukan banyak note yang belum bercover, termasuk berat badan yang mengelirukan. Berat tuh masih berat, kadang2 rasa seksi tuh ada, cuma konfiden tuh belum tahap Gunung Jerai. Pergi kelas muka lesu, balek kelas muka gaya mintak hempuk dengan kuali goreng telur. Fuh, penatnya la weyh. Tapi Alhamdulillah setel dah dua paper midterm. So, sekarang kira macam banyak masa aku berbaki untuk bermain Teng-Teng. HAHA.

Bye-Bye Midterm

Dan sekarang mula gilakan drama korea. Mula dengan download dan nonton episode satu, terperanjat macam mana buleyh tertengok sampai episod 8. Sekarang pun masih mendownload lagi dan lagi. Aishh, bukan maen kuat penangannya tuh. Bukan kata aku nie jenis melayan cter jiwang, jauh sekali membuktikan yang sebenarnya aku nie jenis kaki Kpop sejati. Muka tak puteh, apatah lagi bentuk badan larik alignment. Jauh dari korean look tuh. Mungkin sebab dah buhsan layan series english, or cerita2 melayu yang suam2 kuku tuh. 

Fashion King.
dan heroin dia pasti bukannya Fasha Sandha.


Whats?: kemaruk Korea skang. Aish!


Monday, April 2, 2012

Big Weekend Spender

Kempunan ngidam tahap perut cramp.
Finally, orang banjerr. Senyum dalam tdoe la weyh!


IKEA again. Tengs!
Gigantic, awesome fries, and bebola daging gila.
Empangan air liur ramai orang.

Kerja keras untuk yang nie.
Looking forward to make him a a part of this blog too.

Free dinner at wonderful Pullman Hotel, Putrajaya.
Jawdropping!

Jangan salah faham dengan word "Spender" kat post title tuh, bukan bermaksud yang tuh, tapi maksudnya macam mana aku habeskan hujung minggu yang lepas. Alhamdulillah rezeki. 

Saturday, March 31, 2012

Bagaikan Jodoh

Alhamdulillah, hari ini Allah masih panjangkan usia aku. Bangun dari tido yg buat aku rasa segar, hilang segala letih semalam. Macam bese, entri aku cter pasal bangun tido, takpomm tido jea, mungkin lain kali aku buat kisah makan. Belum pegi toilet, gosok gigi, basuh muka, aku dah menggagau mencari lappy. Nie buleyh kira isteri kedua selepas isteri pertama, Henpon. Hehe. Bersemangat gigih, nak online. Apa cter baru, sape kawen, sape cerai, sape gaduh. Semua tuh perlu dan perlu di-updet. Terbukak pulak pintu hati nak godek Beautiful Nara. Saje nak tengok2, tinjau2 benda baru. Belek2 punya belek. Terjumpa entri pasal Irma Hasmie bertunang. Aloloeh, hati mana yg tak cair menengokkan keayuan si Irma nie. Lemah-lembut, sopan. Gemuruh  getaran jiwa!

Alhamdulillah. Berseri, bercahaya.

Btw, a very sorry, kalau cter aku nih basi. Bukan salah aku, mungkin kurang baca paper. Tersentuh dengan kisah pertemuan dia dan Insyallah si bakal suami. Depan Kaabah, di Mekah. Besarnya kekuasaan Allah. Kasi hidayah dan pertemukan jodoh dorang. Papepomm, terus doakan yang terbaik. Semoga mereka berbahagia hingga ke akhir hayat. Siapa tak mau berjodohkan dengan teman hidup yang baik, soleh. Kalau aku tanya, konpem ramai mengangguk. Tapi itu semua kuasa Allah, tapi tak mustahil bagi kita untuk terus berdoa, meminta segala kebaikan dalam kehidupan. Insyallah, janji Allah tue pasti. Amin.

Beberapa hari nie Coursemate buat perangai, suka nyakat aku pasal kawen2 nih. Malu tau? Naseb baek korang nie cumeyh. Aishh! Aku nak rekemen korang cter "Hatiku di Kinabalu" siyesh best sebab ada Irma Hasmie :)

Thursday, March 29, 2012

Kejutan Terkejut

Terasa kelakar semacam semalam. Kelas boleh dikatakan habis agak awal. Jam 1 petang. Kebetulan aku memang bukan jenis yang perlu makan breakfast setiap pagi, dan selepas kelas jam 10 pagi, aku bersama kawan2 makan kat kafe. So, After kelas jam 1 tuh, gaya lipas kudung aku balek kolej, terus terjun papan anjal ke katil di bilik. Heaven! tidur siang, berselimut, sekarang musim salji. Sebenarnya musim hujan. Ttber! henpon aku berbunyi. Gaya cerita seram filem. Mak Cik aku kol. Katanya nak jumpa. Terganggu tido tapi pikirkan tanggungjawab sebagai anak sedara yang berwibawa, aku gagah bangun. Dengan bulu mata lentik nih, aku kuatkan jugak bahagian otot atas mata untuk celik. Perlu mandi, dan segera pergi berjumpa beliau. 

Tiada beza antara kami. 
Muka aku sama macam nie time bangun tdoe.
cuma warna anak mata aku kaler hitam.

Makcik aku mesej, katanya dia take time cket. Sebab ada kije yang nak kena disiapkan. So, aku pom berlaku selamba. Tengok 2, 3 orang atau buleyh jadik lbeyh yang dok lalu lalang depan aku. Mungkin ada yang menjeling2, or usya jenis takot2 kantoi. Lenggok tubuh badan aku jelas yang aku kurang selesa dengan pandangan serong 45 darjah tuh. Bagi aku, itu sudah cukup yang menjelaskan yang aku nie bukannya Aaron Aziz. Tapi aku yakin, setakat bahasa tubuh tuh adalah kurang memuaskan bagi dorang. Dorang perlukan penjelasan, iaitu penjelasan dari mulut aku sendiri. Tapi sebabkan makcik aku kol, so aku terpaksa tinggalkan dorang. Jelas terpapar kesedihan di raut wajah dorang.

Jangan perlakukan Izzah sebegini, Aaron
ouch!

Seperti biasa, bersalam, bercium tangan. Adat Melayu, budaya timur. Mana buleyh lupa doeh! wlupomm muka iras2 Mat Salleh, tapi aku tetap pentingkan rasa hormat yang ada. Yea, terus bincangkan soal Job, makcik aku memerlukan aku untuk menunjukkan mengenai blog. Sebelum nih, aku pernah cter mengenai blog aku, tapi dengan muka harapan yg Mak Cik aku takkan bukak dan tengok blog aku tuh. Sekali Mak Cik diam, ttber Mak Cik bersuara "Macam dah lama tak update blog tue kan?". Aku Down! siyesh rasa malu. Dengan harapan aku yg bukan maen tuh, tapi akhirnya makcik aku bukak jugak blog aku. Huhu. Abes pecah lubang, cter mepek2 aku. Huhu. Dan bertekad utk lbeyh gigih meng-updet story2 baru. Yeah!

Gua kantoi dan malu.
Hehe

Sayang la sama Maksu. 
Insyallah akan diusahakan sebaiknya.
Amin.


Ye, aku sedar. Pengaruh Novel & drama terlampau kuat. Maafkan aku. Hehe.

Source: Google

Wednesday, March 28, 2012

Kosong-Kosong


Lirik Kosong by Najwa Latif

Kau melihat diriku
Seperti sesuatu
Yang mencabar dirimu
Akal dan mindamu
Kau mendustaiku
Kau bilang mereka tak tahu
Siapa diriku
Sedangkan kau juga begitu

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa

Kosong...kosong

Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku

Kosong...kosong

Kini aku bangkit
Membuktikan yang ku tak sakit
Dengan segala perit yang kau berikan
Kini aku pantas berjalan
Bergerak ke hadapan
Dan akan ku buktikan
Siapa diriku yang sebenar

Kosong...kosong

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa

Kosong .. kosong 

Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku

Kosong...kosong

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa

Kosong...kosong



Congrats Najwa, its like everyone's fevret now! 

Kisah Bujang


Always correct!

Source: Best Quotes

Monday, March 19, 2012

IKEA Freak Out

IKEA bukan nurseri jual bunga kertas kaler purple, IKEA bukan jugak tempat pengumpulan barang kitar semula.  Siyeshly, like an amazing opportunity to go there. Everything is just a new things there. Sebelum ini, boleh kira aku selalu diserang kemaruk, alahan teruk, ngidam tahap langit. Semua kawan aku bukan main cerita pasal Meatball sedap, Daimcake merekah lagi mengiurkan. So, setiap kali dorang habis cter aku berazam nak jugak merasa pergi makan makanan2 tersebut. 


Meatball for Scream.

Yeap, sesampai jea dekat IKEA tuh, bukan maen ligat sengsorang berjalan gaya anak itik. Masing2 keluar dari kereta terus berlari cari pintu masuk. Bertolak awal pagi ditambah pulak dengan sesat entah ke mana, memang boleh buat masing2 jadik lapar teramat. So, kami decide to have a brunch first before touring all around the IKEA. Sampai area Foodcourt tuh, bukan ramai yang beratur. Ye loeh, maybe time cuti sekolah. So, boleh consider ramai yang beratur. Bukan aku sorang yang ketagihkan Meatball tuh, maybe dorang pomm sama gak koet. After queue about half an hour, then its turn for us. Nak decide nak makan apa tuh pom susah. Sebab terlampau banyak makanan yang sedap2. So maen2 ambik jea la koet mana yang sempat. 



Selepas habis jea sesi makan, kami masuk ke dalam ruang IKEA. Best! macam2 ada and of course it specifically for the household needs, furniture and so on. berjalan sana sini, ada jea benda yang best. Kalau ada cash RM 1000, konpem nak beli semua nih. 


The table and chairs look cute 


Bubye IKEA

Sunday, March 11, 2012

Berangan

Kata orang tua, kalau anak dara tue tak elok duduk termenung dekat tangga, nanti kena pinang dek orang. Betul ke? aku pomm kurang pasti, sebab aku takde zaman tuh. Sekarang sume dah lain, setiap masa kalau boleh dok termenung, berangan, fikir entah ke mana2. Kalau tiba time shower, selalu feeling2 jadik Alyah masa AJL sambil2 buih sabun berterbangan. Dramatik! Paling2 part chorus lagu Kisah Hati. Naik berkerut, bersimpul mati urat dahi. Note tinggi mana boleh beraksi biasa. Paling kurang, lambungan manja mikrofon tue perkara biasa, tak pomm Backside kick gaya anak kuda. Hehe. Feeling tue penting, wlupomm suara tak sesedap mana. Itu bukan kisah hati aku atau kisah aku. Tapi itu kisah orang lain punya. Ini berangan punya kisah. 


Bakat terpendam jangan biar terus berendam. 
yang penting Konfiden!

Kalau zaman tadika dulu, bila jea cikgu tadika bibir bergincu merah, berkebaya nyonya tanya pasal cita2. Masing2 semua berebut, tolak2 sebab nak bagitau cita2 dorang. Siap bergaduh taknak kawan lagi. Tapi bila cikgu pilih sorang, dia konfiden jawab nak jadik Doktor. Sorang lagi, "Nak jadik Doktor jugak". Last2, cikgu geleng, ramai pulak nak jadik doktor. Tapi bukan  salah dorang, mungkin itu jea pekerjaan orang dewasa yang dorang tahu. Kalau bukan doktor, mesti cikgu, takpomm polis atau tentera. So typical. 


Eh! cita2 saya nak jadik bidan Kampung Mengkudu Jarum la.

Tapi bila dah besar sikit, masing2 mula fikir yang jauh 18 batu dari fikiran budak tadika. Nak kahwin la, nak beli kereta la, rumah la. Paling ramai pikir nak jadik kaya, dan kaya. Tak kurang jugak yang terdetik nak masuk realiti tv. Nak jadik artis, nanti leyh pergi Anugerah Skrin. Kengkadang terdetik nak jadik success gaya Yuna, atau Adele. Umur boleh dikira agak muda, tapi kejayaan mereka sesuatu yang sangat boleh dibanggakan. Kemewahan atau jadik kaya itu bukan matlamat utama, tapi kepuasan dalam mengejar cita2. Tiada jalan mudah untuk mencipta sebuah kekayaan, atau takde guna Smart Tag, semuanya amik tol bese jea. Sabar tue penting. Mulanya perit, tapi akhirnya dah boleh tersenyum puas dengan kejayaan sendiri.  


Oh, Yuna!
Artist, Fashion Trend-setter, Boutique owner
also Qi's lover. Haha. Oops!


She's proudly represents all the ladies in the world
Dikecam kerana tubuh berisi, but then its not everything
She trusts on her talent. That's the way should be. 
6 Grammy in  Age of 23. ada? 

Berangan tuh tak salah selagi tak terlampau. Tapi jangan hanya dok berangan, tapi usaha kosong. Biar bermula dengan langkah kecikk. Slow2 gaya pemanduan Traktor tanah. Insyallah lama2 kejayaan tuh yang datang sendiri. Usaha kena ikhlas, bersama doa dan tawakal jugak. Kalau sekarang suka kasi hentak kepala kat dinding sebab salu kuat bermimpi, mana tahu satu hari nanti leyh tidur lena beralas bantal bersarung satin emas, berisi bulu ayam putih. What a life means! 

Image Source: Google.


Friday, March 9, 2012

Satu Hari di Aquaria

Tajuk entri di atas patut dibaca ala2 lagu raya M.Nasir (Satu Hari di Hari Raya). Tapi kalau Hari Rayanya ada dua, so nyanyi la Dua Hari di Hari Raya. Haha. Yeap, berada di Aquaria, KLCC macam berada dalam syurga air. Tapi takde tenggelam la punya pomm. Zoo negara pomm buleyh. Macam2 bentuk, rupa binatang ada. Dari segabak besau, sekecik tapak tangannya pomm ada. Menakutkan, atau manja2, comeyh2 pom ada. Setiap masa berada dalam Aquaria tue buleyh dikira masa yang teramat menakjubkan. Kagum, bangga gaya kembang hidung tak boleyh nak kuncop balek pomm ada. Pergi sini, WOW! Pergi sana pulak, WOO! Pergi tempat lain, Ouch, ouch! macam kena cucuk jarumnya pun ada.


KLCC tuh.

Kira dalam setahun tue, buleyh dikira guna jari alien, dalam  2,3 kali jea datang jejak KLCC nih, kalau takde pape, memang pakat takmo pergi sana. Baek lagi ke Chow Kitt, Petaling Street atau i-City. Alang2 dah berpeluang nie, bersama kawan2 aku ke sana. So baek punya plan, ktowg nak try masuk Aquaria tengok. Tiket RM 35 ringgit sekepala, itu belum kira termasuk badan dengan kaki lagi. Haha. Tapi sebab bersponsor, dan adanya Student Card, tiket tue cuma RM 30 dan orang bayar. Bukan aku, kalau tak memang tak masuk dah jah.


Ini kira bahagian2 haiwan darat. Eksotik semua. 
Kengkadang yang tak pernah tengok punya pun ada. 

 

Haa, pilih2 kak.
Kembung, Gelama, Buntal, Arapaima pun ada.


Perghh! Kari kepala ikan. Haha


Aloloeh, yang nie buat aku sebak. 
bukan main nyenyak dia terlentuk tido.
Penat berenang ieye, Encik Penyu?


Ikan Bandaraya versi laut biru. 


Sotong Kurita gabak besau! Drool.

Aku tak pasti masa masuk Aquaria nih umur aku berapa. bukan maen terlebih eksaitedd, mengalahkan budak sekolah rendah yang ada. Budak Tadika pomm kagum tengok semangat terlebih aku nih. Haha. But be chill! Zaman aku kecik2 dulu, mana ada akuarium bapak besau punya. Pergi masuk Petshop yang jual ikan emas pun dah buleyh buat aku kagum, inikan pulak Aquaria. oke, Bye! 





Monday, February 27, 2012

Salah Sendiri, Kau Salahkan yang Lain

Dua, tiga malam aku tak tenang hidup. Keluar masuk toilet sebab nebess melampau. Bukan maen duk risaukan satu benda nih. Bukan exam, sebab setiap kali exam aku selalu pura-pura hidup bahagia, lari-lari siul gaya itik air. Yang nih sebab belog ini la. Lama usang berbiar, macam tanah tak bertuan. Usang gaya aku. Bukan la Vintage tuh, tapi sebab nak menunggu idea tue nak datang menjunam dari langit lalu terhempas ke ladang ubi. Idea tuh gaya epik Meteor Garden cerita siri Korea, punya la susah nak dapat. Cukup bebel kisah punya susah nakkan hupdet blog nih. Mari ke kisah lain.

Alhamdulillah, seminggu sudah aku lalui untuk semester baru nih. Agak penting semester nie, sebab nie semester terakhir. sebelum aku bergelar jadik Graduate Student. Bukan main semangat sekarang, pukul 12 jea, aku terus berlari anak ke tandas, gaya gosok gigi kat sekolah tentera lama. Berbekalkan berus gigi rongak dengan ubat Gigi Colgate, serta pencuci muka, gegeh aku membersihkan diri. sebelum masuk tidur basuh kaki, takot kalau mimpi dikejar rimau. aku paling kagum kalau cter aku nie berbau sedikit mitos. huhu.

Sekarang nih belum masa sibuk, boleyh lagi pergi bilik sebelah, berpakat dengan budak2 floor, maen aci kejar. Cari port paling jauh, konon paling lambat dijumpai. tapi sekali kau kena nyorok hantu. Betapa lapangnya masa aku sekarang ini. Kuak melentang dalam bilik. Keluar masuk, keluar makan, berpoya-poya sakan. Kalau kata malam nak buat latihan rumah sukan, nie la antara waktu yang paling sesuai. 



Latihan camni, paling sesuai untuk 32 X 100mm . pas baton.

Tapi itu kalau cuma waktu zaman-zaman sekolah menengah. time hingus dok mengalir lagi. Tapi sekarang hidup gaya remaja matang. Jiwa berlibur tuh masih kuat. kalau buleyh setiap malam, malam menonton movie. bukan di wayang, tapi di lappy. Alangkah heaven. dok bahagia melayan muvie. tinggalkan dunia belajar seketika. pheww! Gegeh ketuk pintu bilik kawan, pinjam Hard disk. semangat nak tengok GLEE season 3. 
Banyak yang tertinggal, dah lama tak tengok, sekali tengok balek. banyak yang dah berubah. mengejutkan. best pulak. huhu. 


nie scene paling buleyh buat aku kagum
gaya kembang hidung, pastuh berterusan kembang.
haha

nie punca sebab aku masih seronok bergoyang kaki, berhoneymoon sakan skang. sedarlah manusia. rajin tue perlu.

Sunday, February 12, 2012

Kisah Hati

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera.

Rindu teramat rasa untuk selalu berblogging. updet banyak kali, tak putus dengan idea. untuk berkongsi cerita dengan followers atau teman. tapi hakikatnya aku bukan selebriti terkenal, jauh sekali retis. idea aku kengkadang terhad, sampai satu tahap naek blurr memikirkan idea terbaek untuk menghasilkan update yang besh. tue la, aku jadik tersangat-sangat rindu untuk kembali berblog. just like before.

Yeap, all the time. Its a quite bored for me. again, masalah jiwa dan perasaan. kengkadang buleyh bikin aku jadik give up, menyalahkan diri sendiri atas ketidaksempurnaan diri. aku tahu itu salah. aku cuba jadik yg terbaek, dalam semua benda. tapi hasilnya tetap tidak yang seperti diharapkan. aku tak paham. ini masalah dalaman aku. bila diberikan harapan, dijanjikan dengan kebaikan. aku mula menaruh harapan. tak kira dalam perhubungan, persahabatan dan sebagainya. ini masalah orang, atau masalah aku. tetap aku rasa diri aku yang bersalah. pernah aku cuba untuk berubah, berhenti pikir pasal orang lain, dan mula memikirkan tentang diri sendiri. tapi kerap kali gagal. tapi kali ini aku pasti. aku sudah puas berkorban hati dan perasaan terhadap orang lain.

Ternyata ini masa sukar aku. aku belum sekuat mereka. mereka mempunyai segalanya. jauh nak dibandingkan dengan diri aku. aku akan terus cuba, cuba dan cuba. biar ambil masa, tapi ini kehendak aku. aku bukan nak berniat untuk berubah menjadi jahat, atau mementingkan diri. tapi kali ini, aku minta masa untuk diri aku, sekurang2nya aku tak rasa penyesalan di sebuah pengakhiran bagi sebuah kehidupan. kini, aku mula bersedia, melepaskan mereka dari ingatan aku. dann aku berjanji aku takkan membebani sesiapa. maafkan aku. terima kasih atas segala kenangan. doakan yang terbaik bagi aku. 


Friday, January 27, 2012

Course vs Passion

Assalamualaikum w.b.t & Selamat Tahun Baru Cina.

Semua orang buleyh tepuk tangan, tepuk kaki tapi jangan kasi hentak kepala dekat dinding. sebab alhamdullilah exam sudah habes, agak basi exam punya kisah. tapi sekarang aku baru diberi kekuatan untuk meng-update blog nih # gaya kau Gopal la kann dalam Boboi Boy tue, sekali tanjatt, sekali kau kuat. haha. Tahun Baru Cina punya raya, kita dapat cuti. macam tue jugak bila kita meriah beraya, satu Malaysia pun turut cuti. Alhamdulillah. rezeki hidup di bumi Malaysia yang pelbagai budaya dan agama nih. aku bukan main sedap mem-pomot gaya aku duta pelancongan Malaysia. tak gtuh? haha

Tinggal satu semester jea lagi dan insyallah aku bakal menamatkan degree aku. sampai tahap nie, dah terpikir2 apa nak buat, apa nak rancang untuk kehidupan seterusnya. kalau dulu, buleyh bangon lewat pagi, lima minit lagi kelas nak mula baru nak mandi. tapi insyallah lepas nie kalu berkije, awal pagi dah nak kena bangon iron baju, peningkan paperwork, due date dan sume. kalu dulu buleyh main2, gelak besau dengan kawan2. tapi skang sume akan bawak haluan masing2. jauh antara satu sama lain. sdeyh nyea la. 

Mungkin lepas nie, aku da buleyh pkirkan tentang apa sebenar mahu aku. # lagu Indonesia sgt. insyallah, perancangan itu datang dengan niat, kalau ianya ikhlas, insyallah dipermudahkan segalanya. langkah sukar jadik senang. aku cuma memasang niat. dengan sokongan kawan2, doa ibubapa, aku megharapkan keajaiban pada masa mendatang. amin .


whats?: debaran tue tandanya realiti kea..?ini yang dikatakan mahu aku. sebenarnya.

till next BOO-bubbling

bubye Peoples 


Saturday, December 3, 2011

Ong, Ong Ombak Rindu

Assalamualaikum w.b.t & Selamat Hari Ahad

Buhsan nyea larr terperuk dalam bilik. tdoe, makan, sambung tdoe balek. # maaf, ini musim hujan. jangan sepenuhnya menyalahkan aku. HAHA. lately macam trend, semua macam pakat dibayar oleh produser untuk mempromot filem Ombak Rindu tueh. tapi mungkin tidak, cter tue cter besh la koet, sememangnya ptot semua orang gaya kena rasuk hantu. masing-masing nak tengok Ombak Rindu. dann aku pomm tak terkecuali. nak jugak # Pliss someone? wink3.

status di Facebook: " aishh, tak buleyh btoi tengok lelaki menangis sebab cinta nie, tak penah aku jumpa." "ermm, perlu ke Liesa Sughihani tue jadik camtue " " kenapa dia kena jual sebab kena bayar hutang?". macam2 kann..? tapi itu belum termasuk blog. keuntungan RM 750 000 sehari dan Mid Valley full booked?. #superb. mungkin mengatasi Twilight: Breaking Down ittew. wow! sekarang aku rasa sudah ada muvie setanding Legenda Budak Setan. huhu. dann aku maseh blom berkesempatan mengunjungi cinema berdekatan. tapi satu hari nanti aku pasti dpt seat dan tonton muvie nie . HAHA . nak, nak, nak


suka lagu ini ">,<

Lirik Ombak Rindu 
by Hafiz & Adira

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hanya mampu berserah
Moga cahaya tiba nanti

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku…

uuu…uuu..
ouch! haha

whats?: sesungguhnya aku skang tersangat pelik cara aku feel dengan lagu nie. kalu orang laen maybe feel bajet nga bercinta. tapi aku ttber rasa rindu sama parents & family . HUH!

till next BOO bubbling

bubye Peoples 

Saturday, November 19, 2011

When This Man Talks..

Assalamualaikum w.b.t & Selamat Petang

Alhamdullillah, boleyh tarik nafas panjang gaya atlet renang Sukan Sea, tidur lena gaya puteri beradu, tepuk tangan & kaki sekuat hati, akhirnya satu "azab dunia" berakhir. ieye, satu eseimen sudah lepas, gaya beribu pulak mahu masuk reban. bak kata orang, itu normal, student life, eseimen itu menderu banyak, last-minute done. tapi last-minute tue macam boleyh buat rambut aku mengebang gaya kak limah kena kejutan elektrik #euww, sudah cukop parah la tue. tapi sebab aku profesional #yea? aku boleyh buat. gagahkan diri dengan eseimen-yang-tak-berkesudahan nie. O,o ploop!

bahagia gaya bunga sakura gugur berterbangan, fuhh! angin laut cina selatan sepoi2 angin kipas dinding, sigh! bukan boleh kasi cukup bahagia sebagaimana bahagianya aku yang belum rasmi BEBAS dari eseimen. yeah! tahniah. #apa aku merepek nie? HUH! peduli apa.

bukan maen meronta jiwa, seakan anak kucen kecitt, tomeyh, terperangkap dalam hati, diorang berdua bahagia, tepuk2 tampar, "i lap you, you jangan tak lap i pulak yea?". Tak kurang jugak mereka yang amat tersenang hati, hidup tanpa memikirkan masalah orang lain. BEBAS. "kau dengan hidup ko, aku? opkoss la bro dengan hidup aku", kawan kau bersepah gaya ramai sayangkan kau, bila dia buhsan, dia datang cari engkau, engkau buhsan engkau pergi cari diorang. TAPI itu orang, bukan aku. aku bukan artis, jaoh sekali retis.

aku mungkin orang terakhir, #itupomm bila da tade orang dia nak berkawan. aku mungkin membosankan # itu kalau dia jumpa geng2 dia yang 79kali hebat. aku sedih sedangkan semua boleyh gelak sakan gaya nonton muvie hantu pocong #lawak kea? aku keseorangan bila yang lain berteman. aku kurang, tapi semuanya bagus kasi dia. dia hebat cool, aku looser! haishh .

tapi atas nie bukan aku, orang lain yang mungkin ada rasa macam ini. tapi percaya " whuteverr is happen, the only thing you have is you and yourself " dan orang lain tak berhak meragui keikhlasan niat kau dalam sebuah persahabatan, menghukum kau gaya engkau manusia paling tak guna atas muka bumi ini. tak ada sesiapa berhak menghukum diri kau. setiap orang itu dikurniakan keistimewaan berlainan daripada orang lain.dan dia belom tentu berjuta kali Ohsemm. "hari ini hari kau, tapi esok lusa sape tahu?". Tuhan itu maha Adil dan mengetahui. Dia takkan menduga kau dengan dugaan yang di luar kemampuan kau . berdoa dan berdoa. janji Tuhan itu pasti :) terus tabah!



Betul tue Mr. Rabbit 
:)


whuts?: erghh, rekaan semata. langsung tiada kaitan melainkan hidup atau mati


till next BOO bubbling


bubye Peoples

Monday, November 14, 2011

Hujan yang Superb

Assalamualaikum w.b.t & Selamat Menyambung Study

Alhamdullilah, selepas bercuti lebih kurang 10 hari, hari ini aku kembali menyambung baki semester 1.walaupun kurang rasa puas duduk rumah, tapi aku boleh kata memang bontot aku belum cukup panas tinggal kat rumah, dah nak kena pulang semula ke sini. berat hati gaya hati gajah bila terpaksa bertolak balik ke sini. Plus sekarang aku tengah berada dalam minggu Mid-sem tests which is buat aku rasa macam mood semua hilang. cuti macam tak cuti, raya macam tak raya, Study jea.. #study ke? diam semua sebab itu hanya aku yang tahu. HAHA .

Sebelum cuti boleyh dikatakan hari2 hujan kat kolej nie. tapi naik cuti pom tetap sama, masih hujan. Alhamdullilah, rezeki Allah turunkan. tapi mungkin rezeki aku, sebab boleh berehat tenang, tidur lena sebab dalam bilik aku ini sejuk, kat balkoni gaya macam salji tengah turun2. hah, tapi selesema aku nie makin kuat plus rasa macam tak sedap badan. so, lepak2 dalam bilik layan muvie. huhu. bila terasa sangat sejuk, aku akan buat Hot Choc, Slurpp! ttber rasa macam kempunan marshmallow bakar. perghh! gaya ko stay antartika bagai. yang pasti, usaha kena berlipat kali ganda, ulangkaji untuk midsem test. chaiyokk!



Terima Kasih Farhana, junior comeyh
dari jaoh dia bawak
:)
i like PINK, uols? euww.. 



sebabkan rindukan sketch book.
aku sempat draw sket:)


whuts?: huh, semoga demam aku ini cepat sembuh. aminn



till next BOO bubbling

bubye Peoples 



Monday, November 7, 2011

Mana Hilangnya Dotty?

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Aidiladha

masuk hari raya kedua, aku berani jamin mesti ramai still menikmati sup tulang lembu, depan tv. perghh! nikmat gilos, lembu disembelih fresh, kemudian dagingnya diedarkan masjid sekampung. part daging memang aku tak makan # sejarah hitam, 10 kali kuar masuk toilet sebabkan daging sembelih fresh. tapi kalu part tulang, sape boleyh tahan. kasi letak dalam periuk, campak sup bunjot,buat masak sup makan dengan bihun. sampai sekarang aku masih boleh dengar bunyi hirupan Opah ketika menikmati bihun sup tulang. penuh berhati-hati. katanya minyak terkandung dalam sup tue boleh merosakkan  lip balm perisa Cherry yang baru dibelinya di Watsonn #oke bye. naseb baek tulang tue keras, kalau lembut mahu ditelan semua .

semalam, mak kata mahu balik hari, tamo balek kampung terlampau lama sebabkan adik aku yang masih berpraktikal kena pulang awal ke Penang. lepas Solat Sunat Aidiladha pulang ke kampung, tengah malam balek ke rumah sendiri. selepas ayah aku drive gaya Micheal Syumakerr, lap ibarat Rossi kami sampai kat rumah dalam tengahmalam. kepulangan kami disambut rancak oleh kucing2 kesayangan. termasuk la kitten2 yang-alahai-comeyh. kedek2 dia lari. sesuatu jadik! # apa? apa? kittens yang dahulunya berempat, tinggal 3. tapi aku buat tak kesah. mungkin sebab dia maen aci nyorok atau mahu buat surprise sempena kepulangan artis.hah! pedulikan.

then, semua kitten meluru masuk, termasuk mama dan abg sulong dorang. bukan maen melompat sakan, menyusu beriya depan aku, action # bajet susu mama korang sedap sampai aku nak pow buat Milk Tea. Gtue? pelik aku datang balek. Mr. Frisby ada, Stainy ada, Ginger ada. tapi mana perginya Dotty? mungkin Dotty tidur la tue koet . kat mana-mana.

selesai aku mandi, mencuci muka ensemm ibarat Tiz Zakiah nie, aku pom bersiap sebelum tidur. sebelum tidur sempat aku rebus ikan kembung untuk dijadikan makanan Tam-Tam dan Mama. Mama penat selepas meyusukan anaknya yang kuat gilos menyusu. tapi bila jea aku letak makanan tue, Tam-Tam lari sana sini. tak tentu arah. selalunya dia yang semangat abeshkan makanan. tapi kali nie tak!. keluar masuk rumah, mcm panggil aku. aku ikut dia #gaya Konan. p dia cam ttber lost. tatau nak aku cmne.aku agak ini mesti ada kaitan dengan mana hilangnya Dotty.

sampai hari nie, batang misai Dotty aku tak jumpa. mana dia hilang?



dari 4 tinggal 3
seekor hilang!
ini serius tahap Wonderpets.



dari depan ke belakang:
Ginger, Stainy, Dotty ( Hilang ), Mr. Frisby


Tam-Tam si abang sulung yang tengah risau


whuts?: dulu pernah anak kucing aku kena makan dengan anjing, aku pun pelik. anjing sekarang semua taste tinggi, risau pulak aku dengan Dotty. 


till next BOO bubbling


bubye Peoples