Kata orang tua, kalau anak dara tue tak elok duduk termenung dekat tangga, nanti kena pinang dek orang. Betul ke? aku pomm kurang pasti, sebab aku takde zaman tuh. Sekarang sume dah lain, setiap masa kalau boleh dok termenung, berangan, fikir entah ke mana2. Kalau tiba time shower, selalu feeling2 jadik Alyah masa AJL sambil2 buih sabun berterbangan. Dramatik! Paling2 part chorus lagu Kisah Hati. Naik berkerut, bersimpul mati urat dahi. Note tinggi mana boleh beraksi biasa. Paling kurang, lambungan manja mikrofon tue perkara biasa, tak pomm Backside kick gaya anak kuda. Hehe. Feeling tue penting, wlupomm suara tak sesedap mana. Itu bukan kisah hati aku atau kisah aku. Tapi itu kisah orang lain punya. Ini berangan punya kisah.
Bakat terpendam jangan biar terus berendam.
yang penting Konfiden!
Kalau zaman tadika dulu, bila jea cikgu tadika bibir bergincu merah, berkebaya nyonya tanya pasal cita2. Masing2 semua berebut, tolak2 sebab nak bagitau cita2 dorang. Siap bergaduh taknak kawan lagi. Tapi bila cikgu pilih sorang, dia konfiden jawab nak jadik Doktor. Sorang lagi, "Nak jadik Doktor jugak". Last2, cikgu geleng, ramai pulak nak jadik doktor. Tapi bukan salah dorang, mungkin itu jea pekerjaan orang dewasa yang dorang tahu. Kalau bukan doktor, mesti cikgu, takpomm polis atau tentera. So typical.
Eh! cita2 saya nak jadik bidan Kampung Mengkudu Jarum la.
Tapi bila dah besar sikit, masing2 mula fikir yang jauh 18 batu dari fikiran budak tadika. Nak kahwin la, nak beli kereta la, rumah la. Paling ramai pikir nak jadik kaya, dan kaya. Tak kurang jugak yang terdetik nak masuk realiti tv. Nak jadik artis, nanti leyh pergi Anugerah Skrin. Kengkadang terdetik nak jadik success gaya Yuna, atau Adele. Umur boleh dikira agak muda, tapi kejayaan mereka sesuatu yang sangat boleh dibanggakan. Kemewahan atau jadik kaya itu bukan matlamat utama, tapi kepuasan dalam mengejar cita2. Tiada jalan mudah untuk mencipta sebuah kekayaan, atau takde guna Smart Tag, semuanya amik tol bese jea. Sabar tue penting. Mulanya perit, tapi akhirnya dah boleh tersenyum puas dengan kejayaan sendiri.
Oh, Yuna!
Artist, Fashion Trend-setter, Boutique owner
also Qi's lover. Haha. Oops!
She's proudly represents all the ladies in the world
Dikecam kerana tubuh berisi, but then its not everything
She trusts on her talent. That's the way should be.
6 Grammy in Age of 23. ada?
Berangan tuh tak salah selagi tak terlampau. Tapi jangan hanya dok berangan, tapi usaha kosong. Biar bermula dengan langkah kecikk. Slow2 gaya pemanduan Traktor tanah. Insyallah lama2 kejayaan tuh yang datang sendiri. Usaha kena ikhlas, bersama doa dan tawakal jugak. Kalau sekarang suka kasi hentak kepala kat dinding sebab salu kuat bermimpi, mana tahu satu hari nanti leyh tidur lena beralas bantal bersarung satin emas, berisi bulu ayam putih. What a life means!
Image Source: Google.
4 comments:
tingginya angan-angan.. hehe.. saya cuma berangan nak anak seorang pejuang islam yang berjihad fisabilillah.. angan-angan boleh menjadi kenyatan dengan usaha :)
saya berangan pavillion itu hak saya. huhu.leh shopping ari2.
Aku dulu2 suka berangan nak jadi otomen...haha
nice post abg hafiz...hehehehee...fana nk jdi guru tadika :)
Post a Comment