Ikan-Ikan

Showing posts with label ada?. Show all posts
Showing posts with label ada?. Show all posts

Saturday, February 23, 2013

Kawan :)

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera. 

Pagi Ahad. What to do? Langit cerah, tak panas, tak mendung. Sukanya dengan cuaca hari ini.

Awal pagi aku bangun, walaupun tido tak cukop. Semalam tido lambat, spend masa dengan ex-rummate. Banyak story, gosip-gosip basi. Gelak, ketawa sampai kuar air mata suci. HAHA! Aku tersenyum. Puas. Aku rindu semua benda ini.

Tapi itulah, sekarang hidup dah lain. Kalau dulu, zaman study, bangun pagi terus bersila mengadap muka rummate. Walaupun rummate kelihatan sangat-tak-cantik, air liur basi merata dan rambut ibarat Kak Limah migrain. Tapi itulah kawan aku. Aku pasghah, redho. Aku pun bukan sempurna, walaupun orang ramai kata aku saling tak tumpang macam Awal Ashaari. Aku akur. Angguk 80kali tanda setuju. HAHA!


Orang tua-tua cakap, bercinta biar satu, berkawan biar 8 gerabak KTM. Aku setuju, walaupun konfiden simfulan bahasa aku nih reka-reka sendiri. Kawan aku bukan ex-rummet aku sorang. Ada ramai.

Dari tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, matrikulasi, masuk U, keluar U, kursus sana sini. Semua aku kawan. Itu belum masuk yang aku kenal kat belog, luar belog, fesbuk, twitter lagi, bergosip, kawan kepada kawan. Bajet hot, tapi itulah aku. HAHA! #okbai! Iye la, kenapa nak sombong? Berkawan pun bukan kesalahan. 

Aku suka berkawan. Dan aku sayang kawan-kawan aku. Bagi aku, musuh kita senang cari, tapi kawan-kawan yang baik, memahami tuh belum tentu senang kita jumpa. Insyallah, ikatan perkawanan kita akan kekal selama-lamanya. Ada masalah, share! Ada problem kasitau. 

Aku minta maaf kalau ada salah silap. Tapi post belog kali nih khas aku kasi kat korang. Kawan aku. Alahai lentok, jiwang kanmain. 

WHATS?: Sumpah aku akan rindu korang lepas ini. Hidup skang bukan macam dulu lagi. Sekarang sume kena sendiri, nak kena berdikari. Jaga diri :)

Saturday, June 9, 2012

Bawah Umur?

Susah nak define cantuman perkataan bawah umur ini. Sebenarnya, berapa umur yang layak dipanggil bawah umur? Macam aku? Ieye, aku selalu bawah umur, sebab aku comeyh, bersemangat mengalahkan kanak-kanak jagaan hospital. Maafkan aku, aku cuma bersikap jujur. Ngee! Selalunya, benda atau kenangan semasa bawah umur inilah yang paling menyeronokkan sepanjang kita hidup. Betoi tak? Siapa bilang tidak, konpem kena hentak. So, tentulah Ya.

Baru-baru ini aku buat perangai buruk. dan mungkin memalukan bagi mereka yang sedia dewasa. Makan Mekdi atau Mekciken tuh bukan kesalahan, sedangkan ramai jugak yang buat benda yang sama. Tapi tidak bagi aku, sebab aku order Happy Meal! atau bahasa lainnya, Seronoknya Hidangan! Haha. Kan? Tengok. Berani sangat mengaku, alih-alih senang-senang kena maki. Haha. Ramai yang percaya konsep Happy Meal! ini hanya untuk kanak-kanak. Dan bukannya remaja seperti aku. Alahai! kejamnya dunia. Tidak, tidak!

So, peraturan baru. Happy Meal! hanya untuk abang-abang
dan abah-abah. Adek-adek tak buleyh!
Gila kejam punya peraturan. 

Masa kecik, suka sangat tengok kotak-kotak yang ada gambar kartun-kartun kat kedai runcit. Otomatik dalam otak sebelah kanan, set, yang selalunya kotak yang design sebegini konpem ada toys (mainan) free! Macam Ding Dang, Tora. Sebelum bukak bukan main tinggi harapan, berharap dapatlah toys yang diidamkan. Sekali bukak, gaya nak larik kenkang-kenkang, sorak sekampung sebab eksaitednya dapat mainan. Yeay!

Ini Ding Dang, Tora moden. Susah nak hilang kepercayaan 
kat Uncle Bibir Tebal, Hidung Besar kaler Merah nie.

Zaman moden, susah dah nak carik Tora, Ding Dang lagi. Sebab setiap kali mesti kecewa, sebab selalu berharap mainan idaman, tapi lain pulak yang dapat. Kecewa, kecewa sampai hilang keyakinan dengan jiran-jiran. Haha. Malu nak berhadapan dengan rakan sebaya. So, beralih kepada Happy Meal! supaya harapan bukan tinggal harapan. Lagi best, bila kita dah tahu mainan apa kita nak, dann bila boleh dapat. Sebab Uncle Bibir Tebal, Hidung Besar kaler Merah ini baik hati buat iklan kat surat kabo, kat TV. Yes! yes!

Sekali bukak kotak, dapat mainan. 
Bukan main kepalang terharu, gaya leleh-leleh air mata, air hidung
Euww!
Syukor. 

So, tiba masa korang jugak kena mencuba nasib. Siyeshly, jangan daring terlbeyh ikot gaya aku ini. Pedulikan pandangan serong kakak cashier mekdi Drive-thru, apatah lagi customer2 lain. Yang penting kepuasan dalam hidup tuh. Moteph? Haha.


Whats?: Kadang-kadang naik bosan makan benda biasa. Haha

Monday, December 12, 2011

Eh, Eh

Assalamualaikum w.b.t & Selamat Pagi

Lama tak ber-hupdet disebabkan plug switch bilik aku yang rosak, dan internet yang tidak mengizinkan. dann akhirnya Alhamdullilah sume nyea kembali okie. dann aku sudah mula boleyh meng-updet status dan entri. dann sure-sure ramai yang tidak sabar menantikann updet aku. # haa..? kau bajett kau artis. SICK! haha. semalam berkesempatan keluar kijapp. dok buhsan berlegar2, merayau ke sana-sini. aku berhenti kat mag shop, belek2 mag latest, gosip latest, komik hebat terulung sume aku kasi belek. dann opkoss setiap kali mesti aku kagum dengan cover depan mag Eh! nie. entah kenapa. setahun lepas aku beli, kali ini aku beli lagi.nak cari idea for the next sketch itu bukan senang. nak kena cari source luar jugak. 


cover depan Fazura
ohsemm! and she wore dress from Chanel 


fevret page. its a COLOUR festive everybody.



Free gift
EH! 20 yang anggun


side-mag including Free Loreal Shampoo.


whats?: updet yang tak berapa bermotiff kukuh :P


till next BOO bubbling

bubye Peoples


Saturday, December 3, 2011

Sepah yang Heaven

Assalamualaikum w.b.t & Selamat Menuju Hari Hujung Minggu.

Alhamdullilah selesai sudah dua, tiga kerja yang boleyh dianggap besau, beban. bukan mencangkul, bukan bercucuk tanam sayur bayam, dan tentu bukannya menghalau itik pulang petang. #Moteph? yea, yea. the one and the only things, what a student have to do and must do. eseimen, eseimen, eseimen # dengar jea perkataan nie dah buleyh buat aku ketaq lutot. dan bukan aku sorang, aku pasti ramai orang pomm akan sama dengan aku. cuba bilang siapa suka eseimen? # bunyi cengkerikk, krekk, krekk. tade sape kann? oke, hangguk 39kali sekarang. HAHA. tapi ini kebiasaan. mahu skor baek-punya-markah, mesti kena buat eseimen, mesti kena mengadap laptop, facebook sampai lelap #erghh? "-.- eh bukann! mesti kena perlu bersengkang mata. siapkan eseimen itu. yeah! cool down bebeh.

Bila eseimen bertimbun gaya sekam padi dituai, idop aku pomm mula sedikit tak tentu arah. Pluss, sekarang kolej aku ini menghadapi masalah air serius. dah la serabut kepala hotak nie, kering satu badan lagi. aishh, so tak buleyh larr, aku nak feel ala2 macam mandi kat waterfall bila mandi menggunakan shower. at least leyh larr jugak kasi tenang. tak payah nak kusut-kusut. exam is just around the corner. and all the assignment must be submitted before the exam. lagi-lagi dan kelam kabut, tunggang langgang larr hidup. nak amek baju maen punggah gaya punggah2 pasir. dah pakai maen kasi humban jea gaya kau melontar bola jaring. shoot! shoot!. waktu tdoe aku macam waktu tidur burung hantu. aku temankan dia. haishh! tapi kena berhenti mengeluh. kena kuat dan kuat. sikit jea lagi tue haa! o,O HAHA




My most-fevret-item in the room: Mirror & 1dollar kitten
yeap, really need Mr. Hardwork here 
working on my final-year project proposal
and now, its DONE!



dalam 34saat, cuba cari bahan tersembunyi
sape dapat, aku kasi senyum besau-besau
HAHA.

haha. edit gaya macam dalam heaven. bulat-bulat weyh!
tapi kenyataannya, 
hanya aku dengan ibu kucing mahu beranak jea yang toww
dun try it at home! HAHA




but, thing matters most here is
what so everr, that you are busying with
please Smile, Smile and Smile
and be kind to others. 
Insyallah
keep be strong!

monyet & koala: Junior's gift / Patrick: lil bro's gift / 
Cookies Monster : Projek X / teddy bear: Perfume free gift


whats?: yeah, Alhamdullilah, Allah itu maha mengetahui. permudahkan segalanya. 


till next BOO bubbling,


bubye Peoples






Friday, November 4, 2011

Terima Kasih Sahabat :)

Assalamualaikum dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha .

kalau para peminat disayangi perasan kengkadang saya ada post title siap ber-smiley lagi, itu mungkin antara entri kegemaran saya . haa? #tak perlu la selalu nak bajet ko tue Siti Saleha, siap berpeminat segala. sebab ko bukan sape2 pomm. PFTT!! yeap, kalau aku bukan artis berlakon filem al-Hijab pomm but still entri post yang bersmiley tue adalah entry kegemaran aku .

yeap, aku boleyh cakap yang aku sudah final year, kalu dulu, mse time 1st year sekurus lidi satay, tapi sekarang bila da final year mungkin lagi sekurus pengcungkil gigi Mekdi. # ada kea? dan engkau paling perasan gilos.HAHA. macam2 benda aku lalui, panjat gunung tinggi, berenang lautan piranha, termasuk la melawan beruang matahari yang pasti itu aku bohong besau gaya mulut berbau Jack Sparrow. semua benda mungkin aku boleyh bohong dan boleh berubah tapi mungkin satu benda sukar aku bohong dan takkan pernah berubah adalah sahabat kesayangan.

yeap, boleyh dikira kebanyakan masa kami dihabiskan bersama. brekfast bersama, buat eseimen last minute bersama, spot soklan final sesama #wlupomm satu pom tak kuar, kuar menjerit melolong bersama bila melayan cter hantu kat wayang. lain kata, dia sihat, aku sihat. bila dia bersedih, aku pun sama boleyh jadik monyok seharian.bila dia tade, aku pom ase buhsan gilos. pernah aku berkongsi masalah dengan dia nie, tapi bila dengan dia macam semua masalah boleyh kasi delete masuk recycle bin.dia buat aku ketawa.

dia blogger dikenali ramai dan aku manusia bertuah, dia kreatif, dia positif. dan dia yang mendorong aku untuk turut sama memeriahkan arena ber-blogger. gaya dia itu sifu, tapi aku murid suci pemikirannya kerana belum tau ag apa itu blogger, terima kasih sahabat! 


haishh 
nie dia, bila kami bergerak bersama
ramai ingat kami artis
disebabkan kami bukan artis, ramai yang kecewa
sebab kami rejek bila dorang mintak autograph
sori!


kalau dia buat kelakar, salu nyea aku follow sama. sebab itu mungkin kami bakal juara maharaja lawak ke-17. kalau ko menyanyi gaya Ning Baizura, aku selalu jadik Shiela Amza. HAA? lagu ko minat, aku pomm minat sama. kalau aku langsung ke Paris, dan aku pasti dia orang yang aku bawak bersama. Terima kasih Rozuan.  

ya ini blog dia, opkoss the most special in world :) http://kringg.blogspot.com/

tengs sebab selalu ada di sisi aku. tatau nak tengs camne . but as long as we're friends, soulmates and whuteverr it is,still u are always one of my best companion everr





whuts?: paling tak tahan bila godaan melampau makan tue datang, bukan salah aku. tapi sweater dengan camera tue buat aku gemuk . aishh . workout time guys! and rozuan lepas nie tamo kasi cocok perut aku . HEHE



till next BOO-bubbling

bubye Peoples 



Saturday, October 29, 2011

F for Fraser (Part 1)

Assalamualaikum dan Ermm .. ( Blurr!)

2 weeks ago, #cakap omputeh tue aku la koet, tapi aku nak cakap melayu jugak, HAHA. aku bersama coursemate tercinta, sayang gaya mahu cium pipi pergi menerjah puncak si Bukit Fraser selama 2hari, satu malam. bersama lecturer bagi menyempurnakan misi penjelajahan mencari spesies2 baru paku pakis yang ada kat sana. bukan kutip sebab nak buat jual pasar malam Cik Kiah, tapi untuk research, simpanan bagi kemudahan di masa mendatang . gaya aku macam penyelamat dunia. SIGH!

tamo bebel panjang, sebab konpem boleyh kasi banyak pasang telinga berdarah .

meyh layan Pic kami <3


tempat sarapan 
wlupomm ianya milik mak cik Kiah Fraser
tetap bercirikan English 
kelas ko Kiah!
#ye kea milik mak cik Kiah? aku pom tak sure



semua bangunan kat sana, boleyh dikategorikan 
berciri Inggeris
that's Y Fraser known also as "Little England in Malaysia"





bunga -bunga bukan maen tumbuh segar
tempat sejuk
kalau tanam bunga lawang pom aku ase leyh tumbuh kelopak
SIGH!


superb Cool
kata kawan aku, kerusi nie bagi orang tua yang tidak berkemampuan 
bercangkung ketika Ehemm-ehemm
#sendiri boleyh paham koet
inovatif!


tamo komen panjang.
tapi dorang2 nie la orang gunung 
haha
kecuali aku
love THEM!

whuts?: sejuknya mencucuk tulang hitam, tapi siyesh best wlupomm nasi putih dgn keli sambal dekat RM7.50.mampu?


till next BOO-bubbling

bubye Peoples


Friday, October 28, 2011

Mee Segera yang Masih Ohsemm

Assalamualaikum w.b.t dan Happy Weekend Days

hari-hari untuk bermalas-malasan bagi semua. terutamanya bila masuk hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. semua malas gaya panda-golek-golek. alahai comeyh2, tapi itu mereka, manusia seperti student nie tiada makna bila bergolek-golek. so, aku menyeru sekalian student di bumi Malaysia bertuah ini, Bangunlah! wahh, gaya seorang Menteri-Belia-dan-Sukan. hebat dan bersemangat. ohsem-ohsem belaka. #wlupomm hakikatnya aku tergolong salah seorang yang maseh bergolek-golek manja tapi aku comeyh cket tang pipi. aloloeh . kata kau

batuk, selesema, pening2. tak sehat sangat rasa. tapi bukan bermakna aku perlu memanjakan sangat diri aku yang ibarat badut-pencen nie. idung merah dek kerana bersin. kepala rasa huyung-hayang gaya balak mahu tumbang, mata kuyu ibarat ikan puyu. kata emak, kalau badan panas tue seeloknya keluarkan peluh, tak perlu berjoging mengalahkan ko olahraga negara. cukup la setakat memberus kain 2baldi besau dengan menggunakan tangan . haa... itu aku. ghajen gilos. tapi terpaksa la kann? ini semua sebabnya mesin2 basuh kat kolej aku nie sume nyea jdik Transformers, masing2 kasi hempok diri masing2. at last sume nyea rosak. menyusahkan betul. tapi berhasil menitikkan peluh. sedap badan sket.

lidah terasa tawar, payau. impikan Mekdi Chocotop, coklat leleh dr gunung aiskrim. tapi pesan dr, JANGAN! demam buat cara demam. whats cross in my mind? opkoss, once again Hot Milo + mee segera. Nyump! membangkitkan nafsu betul. memang sesuai buat aku yang tak berselera makan nie .

bagi aku, dari tecitt sampai besau, pilihan hati bila membicarakan mee segera nie opkoss pilihan hati aku hanya dan hanya CINTAN. pernah terbuka hati untuk merasa M**GI. # eh, sebaeknya cover2, nanti kena saman. HAHA. tapi tetap, aku suka gilos sama CINTAN. kekenyalan berganda, kembangnya kembang semangkuk, rasa puas bila makan tue, taleyh dibayangkan nikmatnya . perasa pilihan aku semestinya perisa ASLI, plus letak telur, makan dengan cili burung . PERGHH .

Caution: mee segera tidak baik untuk kesihatan. dilarang makan selalu. minimumkan penggunaan perencah. asalkan ada rasa tue cukup koet? lain orang, lain lidah, lain rasa .



nie bungkusan dia
cari kat supermarket, tak pomm kdai runcit berdekatan
cuba sekarang!


Eh! bungkusan ditiup angin
sori, buat ramai leleh air liur 
HAHA 
jemput makan .



whuts?: rummet aku persoalkan aku "megi jenis apa nie? wujud ekh?". hurmm . #speechless adik


till next BOO bubbling 


bubye PEOPLES 




Thursday, October 27, 2011

Soal Kacuk dan Mahu Kurus

Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Malam 

malam nie sepatutnya dimanfaatkan sepenuhnya dalam menyiapkan mana-mana kije yang tertunggak sudah lama. tapi keadaan macam tak mengizinkan, bila mana kelas habis agak lambat, PLUS kepala saya tengah pening, pusing-pusing. so, semuanya tergendala sebab bila pening, mood nak-buat-kerja semua terbang pergi.

kata orang, muka aku macam cina. tapi aku sedikit dark colour. pelik? mungkin sebab mata sepet ini, bentuk muka yang serba sedikit ibarat Lee Hom, yang bukan sepupu sepapat dengan Lee Chong Wei #engkau mimpi agak jauh, boleh tak sedar diri? pernah masa berjalan-jalan pusen kota, ada sorang mamat salesman nie tegur aku, punya bukan-main-bersembang, sekali terlontar ayat nie. "aiyakk! YOU ada mixed chinese ke?" sipu-sipu malu, tapi bukan main konfiden aku sembur, "ermm, AAH ieye. sebelah ayah saya punya moyang pure chinese, tapi saya sikit gelap ada" hakikatnya memang betul sebelah moyang aku memang ternyata chinese, tapi kalau yang putih kuning langsat itu semua DIA, aku nie kacuk punya kacuk. jadik la melayu yang tak bper nak cina . HAHA. punya bangga sehari aku time tue, siap bercerita kat kawan aku, sekali tengok dia pun dapat dialog yang sama dari mamat tue. hah? aku benci kau.

mahu kurus? HAHA. aku buat masa ini tolak nasi, lebihkan roti. tapi ternyata iman aku belum cukup kuat untuk mengatakan TIDAK kepada nasi. haishh, kenapa la payah bebenor nie? mungkin perlu azam kuat. usaha itu penting, tapi kalau aku asyik berpegang kepada pepatah " sehari kurang sebutir nasi, lama-lama boleh kurus" jangan mimpi la. sampai 2434 punya tahun pom belum tentu. Pfft .




sebelom masuk tidur awal
pakai spek-mata-makmal 
pose ala2 bulimia punya mangsa
bajet kurus+mata sepet macam anak cina
HAHA


whuts?: selagi boleh bermimpi, mimpi la semimpi-mimpinya .


till next BOO-bubbling


bubye Peoples 



Wednesday, October 5, 2011

Get to Know My Working Table

Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Hari-Hari

Busy? yea. tersangat busy. busy dengan macam2 benda since semester baru bermula. sebagai student tahun akhir, most of the time is spending in room. completing works, online and etc. but entah ttber aku mcm tak ckop mse utk dri sendiri including updating my bloq.evenn a post. aishh .but what to do . the only thing i need is reorganise back my schedule or LIFE . yeahh .

tak buleyh buat bangga. tapi saja nak show . apa benda loeh ko mepek maban nie? ahh . aku merepek bersebab . ukan saje2 . p nie loeh tempat aku salu online, skecthing, campak2 syiling, iron kemeja dan sudah tentu tempat aku membancuh hot choc #bajet ko omputeh stay oberrsea minum hot-choc waktu winter .SIGH!


ask for more? definitely NO
i have everthing here .
sowie, penuh kartun . 
semak mata HAHA


Hot Milo + Biskut Hup Seng :) 
terbaik!

till next BOO bubbling


whuts?: nie sume just part of jea. malu nk show katil. sepah-sepah gaya lepas kena serang taufan kartina . :P





Thursday, August 25, 2011

Bergotong-Royong untuk Raya

Assalamualaikum w.b.t

Selamat Hari Bekerja #tiba-tiba? haa.. maksod ak, ye loeh raya semakin dekat. banyak kije mahu kasi setel. bakar kueh, ambik buluh buat lemang tepung, kasi masuk duit dalam sampul raya dan tak kurang juga mereka yang gegeh mengemas rumah. takkan stadium pulak kann ..? HADOII .

HAHA. semester baru untuk naek study nie pomm mula belum lagi. tapi baek punya Mam Besau da mula kasi eseimen. kemas rumah. disebabkan aku menganggur kehormat dek cuti terlampau panjang. maka dengan berbangga aku diberi mandat kehormat untuk mengemas keseluruhan rumah. #gaya ko superhero mampu buat semua sepantas kilat . SIGH!

tak boleyh malas. kne rajin. so nk kne mula warm up, streching part2 liat dan mulakan kije. ayuh! dengan berbekalkan sehelai kain buruk baju lama tak pakai dan penyapu terbang milik si Hermione Heri Poter, aku gegeh mula mengemas . sempat Hermione berpesan " Heyh Hensem, jaga baek i punya penyapu tue, habes warantty tue. klu patah, da tak boleyh g centre kasi tukar lain. hati2 yea sayang?" katanyea . penuh godaan, tapi aku tepis sebab itu dugaan berpuasa. #sori sayang.

setahun sekali kan beraya. bukan nyea lima kali . so apa la salahnya kalu aku kotorkan jari aku yang cam ala2 Nasha Aziz ni. Ouchh . bikin banyak hati sakit. bersihkan la yang mana patut kan? yang bersawang tue dibuang. yang berhabuk tue blow pkai vacuum. cuci kipas . aishh . macam2

nie la antara hasil titik peluh aku haishh penat doe

sebelum


sepahnya 
sakit mata memandang .

selepas



aishh kemasnya 
berbangga la wahai ibu-ibu 
mempunyai anak gaya aku
SIGH!


nie kre sket jea ak kasi upload, tue blom lg ak memuat naik pic mse ak tebang pokok kelapa depan umah plus bagi makan ayam itik di reban . dan menyelamatkan seekor ular sawa sebelom dibaham oleh seekor kura2 tua. kije rye kea tue? hanya aku yang tahu. aishh . susah2 . HAHA

till next BOO bubbling


whuts?: entri over-exposed gaya aku nie memang bikin banyak hati menyampah. ampun. aku hanya insan bese yg impikan populariti. HAA? sick.





Sunday, August 14, 2011

" Sihat " sedunia .


acewah . bukan maen tajuk entri aku nie . mengalahkan kempen " Kurangkan Penggunaan Plastik " tak pomm
kempen " Marilah Menukar Semua Benda Baru untuk Hari Raya " #ada kea ..? yea koet . ehem!

Bila bulan pose nie, bukan jea orang dok tnye ko " eh, Pose tak ? ". tak kuang jugak " eh derr, ko tow mana port jual mercun naga? " tue blom lagi blerr si makcik2 meriah bersembang pasal resepi kueh raya, trend tudung masa kini . kisah nie aku tolak tepi, tapi ada benda aku nak bawak masuk .apa dia ? nie dia . #ko maen sorok2 kea ? pfft

bulan pose nie paling kira soklan tiptop lagi mahu menge-DOWN-kan jiwa2 yang tenang ."eh! ko macam berisi sikit yea?tambah berat badan kea ni? "#nie bukan aku, tapi dorang tue yang kalu setiap kali berbuka mesti beli kepsi bucket . # ada kea ? . soklan yang macam nie kalu boleyh aku nak elak guna tongkat Lord Voldermolt nie . gemok kat mana tue .? ketiak ke buku lali . spt bese, aku elak gaya artis .


" eh! mana ada . sikit jea nie . ye loeh, agpomm berpuasa kat umah kan ? bese la mak masak sedap . tade2 "


"nie baju 2tahun lepas saiz S pom muat lagi. boleyh pakai jea."


" yang ngelebeh tue muscle. yang terkeluar cam bese la otot."



kalau dia rasa soklan dy leyh menjatuhkan aku. aku pulak ase aku boleyh buat dy balek leyh jatuh saket . haha . weyh, dua tahun puasa kat London  .baru skang aku berpuasa sepenuhnya bersama family . paham2 la kann .?

bila mana mahu kurus . semua "Sihat" belaka . perlukan Dr. Rozmey . tak pom 3 kali sehari pakai losyen pati halia . urgent nie . berat bukan persoalan. yang penting Insyallah sihat dan pemakanan tue nak kne seimbang .

sit up klu boleyh uat la 32400 kali . sehari? bukan weyh . tapi seumur hidup . baru ko boleyh dpt bdn gaya Beckham . sasa dan tinggi .

beckam pom da boroi. betui kea? cerr GOOGLE

cukop bebel lama. kang makin banyak telinga berdarah


till next BOO bubbling


whuts?: bukan aku weyh . orang lain jea sume tue .







Friday, August 12, 2011

Kartun yang Buat Aku Menangis

Assalamualaikum . Selamat Hari Minggu .

besh kan ..? hujung minggu merupakan hari2 untuk bermalas-malasan seMalaysia . masa nie banyak digunakan untuk sendiri atau berbakti seketika untuk ibu bapa . tak kurang jugak kuar berekreasi spt kuar mendaki gunung menjejaki beruang kutub, atau mencairkan coklat utk dibuat Almond London . #raya nak dekat kan ..?

tapi itu orang dan bukannya aku . aku lain dari yang lain . bagi aku hujung minggu tue da kre macam masa emas .

sebab apa? sebab aku boleyh layan kartun best . Ben10, Ultraman , Masked Rider . cakap jea . sume aku layan okie . kartun tak mengenal umur, apa lagi saiz badan . No Discrimination! It suits Everybody People ! #haha . ala2 laungan keamanan dunia plak .

ntah . agak nyea budaya idop dr tecit koet . msok jea ujung minggu bgun awal2 pg tros terpacak depan tv sebab nak tggu cter kartun . da tow channel mana mnjadi pilihan hati nie . Cth, NTV7 stat kartun kui 7 .

kdg2 aku terOBER excited lbeyh mengalahkan adik aku yg tecitt . tapi peduli apa kan ..? hidop mesti diteruskan . HAHA

tapi satu jenis kartun yang paling buat aku rasa macam nak leleh air mata nie . aku rasa mcm apa jea kalau tengok kartun jenis cmnie . ape kebenda punya jnis. mana asal usul aku tatau . tapi kartun apa?

meyh aku share:


SOURCE:


Dora The Explorer 


Blue Clues 

nie la antara kartun yang leyh uat aku kena serang gaut terlampau . jenis kartun yang cari2 barang nie . p ukan aku layan keyh? adik aku . ukan maen dia melompat2 melayan kerenah kartun dlm cter nie . siap bersorak lagi. heyh! ko ukan nyea ada dlm cter tue pom . ko depan tv kt alam nyata . tak perlu la nak oberr nie .

haha . aku memang leyh nangis layan cter cmnie . bnde2 ilang pastu sibuk nak kasi cari . siap dgn klu ag, peta la . pastu sibuk2 lak dia nk tnye " anda nampak benda tue? " SICK !! 

hadoi . kne kuatkan iman tetap pendirian . tape la kan? sesekali beralah dengan adik . aku bukannya abg yg kejam pom . yang excited tue adik aku, tapi bukan aku weyh .

haha .

nie versi aku . 

mesti klako kalu dowg uat kartun cmnie 
yang ala2 kampung ..?
perghh!! 



till next BOO bubbling 



whuts?: tolong, korang jgn sesekali terpengaruh dgn pujok rayu kartun cmni . aishh . bahaya2 . 




Wednesday, August 10, 2011

Who Cares?

bila engkau dikutuk orang, tak bermakna engkau orang paling tak guna atas muka bumi ini .
bila orang tak suka apa yang ko buat, biarkan . bukan dorang buat pom bnde tue . usaha ko, peluh ko, tenaga ko, ada ke ko pnjam lemak dowang buat tenaga ? tade kann ..? #tindakan ini sangat murah, lemak yang sedia ada pom nak kasi buang SIGH!!

dlu tak camnie . tapi skang makin menjadi2 . tak pernah melihat kesenangan orang lain . yang dia tau dy nak kasi hempok laju2, kasi orang yg senang tue mati. senang abes cter

tapi spe cakap abesh, lpas jea ko hempok tue, aku berani jamin. polis berpusu datang umah tangkap ko .
pastu silap2 ko boleyh kne hukum gantung . MAHU? 

setiap orang dikurniakan rezeki lbeyh, tapi tak bermakna yang kurang rezekinya tue taleyh nak jadik lbeyh . pokok pangkal nyea atas usaha . kalau usaha ko setakat macam dok umah, layan majalah mangga. ko dapat mangga je la . cerr ko baca majalah laen , epal ke, buah zaitun ke, buah pala kea . baru internasional kn ...?

u live on ur own, not by other's words. kata2 orang blom tentu leyh buat ko tambah berat badan atau membesar 2 3 kali ganda . buat ko meringkuk ke-tensenan lagi ad loeh . senang kata, klu mcm ko amik berat kata2 orang, bnde cmnie leyh buat ko kasi hentak kepala kat dinding laju2 .ingat! susu lembu tue lagi berkhasiat dari kutukan orang . HUH !!

klu berkaitan gosip, kontroversi, cter buruk bawaan si mereka yang dengki nie, better ko order baju besi ala Power Rangers . bukan apa, senang ko nak tepis .tepis, tepis dan tepis . HAMEKOW! . cukup ko knal diri ko, dan apa yang ko buat. orang berhak hukum ko, tapi tak bermakna ko pom nak kena hukum diri ko sama . tak adil .memang dia boleyh rasa hebat atau bertepuk tangan atas kejatuhan ko. tapi tak bermakna dia tue taleyh nak jtoh gedebuk gaya nangka tlbeyh masak jatuh . evenn mungkin dia lagi sakit . tak ingat .

camtue la kiranya . beberapa TIPS yg boleh aku SHARE bila ko terlampau mengambil berat kata2 orang daripada ambil berat tentang diri ko sendiri . tapi sebaiknya, memaafkan kesalahan orang itu adalah sifat terpuji. When you choose SILENT, doesnt make u become another LOOSER, but its mean u GRAB  VICTORY in your LIFE . chaiyokk !!


sesekali meyh cuba dgr lagu nie 
bermotivasi sgt . 
haha 


till next BOO bubbling .


whuts?: nasihat orang bukan main, diri sendiri pom blom tentu btoi . 




Perlu Sedozen Baju Baru, Baru Ada Feel Raya?

Alhamdullilah, hampir masuk hari ke 11 kita berpuasa .

pejam, celik, pejam dan celik, celik dan pejam . #pejam, pejam terus HAHA .
terasa macam kejap jea puasa nie berlalu kan ..? atau aku saje rasa camtue . ye loeh, waktu senggang berpuasa nie, dipenuhi dengan aktiviti berfaedah . ye loeh .. tdoe jea . berehat . hehe . memang la kjap kan ..?

lepas sahur tdoe, tghari tdoe, lpas terawih semestinya berbloq, tapi lepas berbloq, TDOE lagi dan lagi

hamekoww, gaya beruang mengandung hibernate tanpa henti . #hehe , yang nie sume aku tpu . berdosa rasa .

tak lama lagi insyallah kita beraya, macam mana persiapan ..? ok ..?

aku blom berkesempatan kuar shopping . memandangkan ibu dan ayah tercinta sibuk bekerja . setakat "membeli-belah tingkap" ada la .

mak aku bersuara " mak rasa tahun nie tak payah la ko beli baju kasual tue, beli baju Melayu jea la yea? yg baju tak bper nak melayu tue tayah. boleh?"

aku: "loeh! apasal camtue plak mak ?"

mak: yea loeh, baju ko ukan maen banyak mak tengok, ko kuar jea ko beli. phm? maksudnya ko membeli bila ko keluar . tue dlm almari bukan maen banyak baju .

aku tunduk pasrah, apa boleyh kata, bukan nyea nenek aku leyh tlg . :(

aishh . nie jdik simptom mata kabur, rambang tak bertempat . sale merata2 . tapi yang masih boleh pakai tue, recycle jea balek . kalu tak muat, leyh sedekah adik2 . punah harapan aku . HAHA .

blerr belek almari nie memang bertimbun baju , mak aihh . #saje buat tak perasan . 

haha . so mesti kena bersederhana . sederhana itu baek . walaupun buat ko menangis .


till next BOO bubbling




whuts?: yang part dialog atas tue bukan AKU. tue sekadar rekaan semata. termasuk la watak si OPAH dan EMAK tue . boleyh ..? haha



Friday, July 29, 2011

Lukisan Nilai Ratusan Ribu .

aku suka melukis . dari tecitt lagi sampai la skang bler da besar . aku memang sukakan sesuatu yang berseni . termasuk la lukisan gak . blerr buhsan jea, aku pun mula la kuarkan pensil, kertas . lukis ap yang ptot . kalau tak kartun, aku lukis fashion2 . baju2 . camtue la . p aku tak loeh brape siyesh dgn art nie . aku student BIO , p tak salah kalau ART curi masuk sikit dalam hati aku . i HEART art .

sekadar hobi jea nie . memenuhi masa terluang .

selalu nyea aku lukis, aku buang . bukan simpan . hehe . sangat membazir . 

tak elok untuk alam sekitar . abesh pokok kne tebang . sehari sehelai . setahun beratus helai . seumur hidup berpuluh juta ratus ribu . abesh botak Encik Bumi . haha .

aku amik inisiatif . and stat sketch dlm sketch book . leyh smpan utk mase depan . SIGH!



nie buku sketch baru aku tue .
harga dua ringgit . but sgt priceless .
kata tokey kdai alat tulih tue
" lu simpan ini buku baek punya taruk , ini buku ada magik "
aku terkesima . Pfft . 
love u la apek . tahap langit ke tujuh cakera alam .


nie antara lukisan aku .
# sori . efek tahun 60 an melampau . kreatif katanya . ahaks .
  





comot glerr . masih dlm proses memperbaiki kelemahan . 
tompok comot merata . gaya taik lembu kecepekk jatuh .
lining sepah melampau .
harus baiki .
hardwork . effort UP :) 



haa . ini siyesh comot glerr . aku saja draw pic nie .
nie tuan pnye bloq dy . akubudakblur.
sowie apitt . skang musim Doodle
kasi malu diri ko banyak . HAHA 



till next BOO bubbling 


whuts?: alhamdullilah . hari nie ari last aku kije . cheer UP 





Tuesday, July 12, 2011

asma kea ...?

haa .. apa kena mengena asma dengan entri aku nie .
sape yang asma. aku kea? BUKAN . alhamdulillah sihat .
tapi sape yang asma nie ..?

bukan sesape . semua bukan . termasuk la kawan2 bloq aku .
alhamdulillah diharapkan semua dilimpahi rahmat oleh Ilahi hendaknya .

ASMA KE? 
nie sbnrnyea ialah antara dialog yang digunakan Mak Jemah @ Johan 
dalam Maharaja Lawak minggu ke 10 .
x percaya kea ..?
meyh tengok cnie ..
sambil tengok nie . cbe dgr btoi2 cmne dy mention " ASMA KE? "


klako glerr ..
dengan penuh paduan suara jitu .
time penat2 zizan nie leyh plak dy kuar dialog
" ASMA KE? "
glerr klako . ak pomm mula meniru gaya pckpn nyea nie pomm .
suka2 . haa . nie la mangsa yang salu terkena " ASMA KE? " dengan aku .

yeah . cik Rathiqah Azmira .
rakan sekerja aku nie . p act she's my boss daughter .
but also one of my best friends . salu kuar bersama .
bukan berdua . tapi beramai . akak dy pom adr .

whuts special about the Miss Rathiqah Azmira?
shes also a blogger .
recently . dy baru jea attend audition for a tv programme .
know whut? only four gegerl bloggers been called for the audition
antaranya Cik Epal, Hanis Zalikha, dan Maria Elena 
dan lagi sorang da tentu loeh Miss Rathiqah Azmira nie .


cerr bce entri nie . klik SINI


nie pic ak bersama dia . we r just fren keyh? more like siblings .





aku yang paling beraksi jelek .
gulpp.
ihsan dr blog dia nie .
aku maen cilok jea .
sowie ..


so, lpas nie dy da feymess . aku da adr bukti yg aku penah bgmbr dgn dy . hehe .
nnti klu tade duet, leyh ksi jual . mne la tow koet leyh kaya . hehe .


hebat kan beliau .
dan aku kagum sgt2 .
dengan semangat dan keinginan dia .
we always pray the best . just for u .



till next BOO bubbling.


whuts?: kenapa mesti aku nak kena highlite nme dy dgn kalerr pepel ..? oh, aku lupa . dy nie minat Justin Bieber . sengal tak ..? sowie rat, aku buat entri nie tak mention kat ko dlu . ko tak marah kann ..? HAHA


Wednesday, July 6, 2011

bahasa saya PELIK? .. memang .

* peliknya bahasa ko .
itu kata orang

ini kata aku .
* ko pahal . suka hati gua loeh . bahasa gua . bukan bahasa lu .
ehhh . garangnya . ko nie gangster cawangan mana . bukan maen marah  orang nie.
budi bahasa sikit .

*hehe .. mintak maaf ieye? tlbeyh sudah td .

yeap . diperakui SIRIM . sememangnya bahasa aku pelik . kengkadang tue boleyh buat org ase nk kasi hentak kpala kat dinding . giv up terlampau lpas bca ayat2 aku .

xkre loeh . dlm chat, msg, mahupun dalam nie bloq . sume ak bedal . aku masih gne bahasa pelik, pelik2 .

so . meyh cnie tgok . antara bahasa pelik aku  .

* 
meyh : mari
cnie : sini
loeh : la
tengs : thanks
npe : kenapa
okie : ok 
klu : kalau
sume : semua
da : sudah
gne : guna
sket : sikit
lak : pulak
nyea : nya
buleyh : boleh

* nie sket jea . nak letak sume xingt arr lak .

kan ..? terbukti bahasa aku pelik . da mcm tak serupa orang . jauh sekali berbeza dgn makhluk asing kat planet Pluto tue.

ada yg phm. tapi ada gak yg pelik . kengkadang ada yang siap tnye ak blek . sebab tak paham .

mungkin aku jenis yang mementingkan identiti . yeah . bahasa asal aku olah . bahasa biasa org guna . aku tukar . bukan nak merosakkan bahasa . tapi setelah consider few factor . aku ase bahasa ak nie mgkin sbb da terbiasa . atau nak jimat masa . huh!!

source:


rasa nyea lpas nie buleyh tak aku terbit kamus versi aku ?
mimpi .
pffft!! 


till next BOO-bubbling, people


whuts?: tingin lak nak makan sambal telur . NYUMPP





Wednesday, April 13, 2011

orang lain pun punya hati jugak tau ..?

bila sekumpulan
jalan beriringan
tegur-menegur
gurauan berselang hilai tawa
wah! persahabatan itu segalanya INDAH ..

hurghh!! cliche sangat
stop that drama..
quit acting ..
that's only happen when u exactly with them ..
but not when u are ALONE ..

ini bentak hati ..
: okie .. plis dun make any heart hurt.. watch out every single word that come out from your mouth ..
 itu si pemilik jasad yang cakap ..

but?

: weyh .. aku tak suka la camtue .. ntah ape ke benda nya benda camtue ..

: ko nie kenapa? tak suka la aku dengan cara ko nie ..

sangat mengguris hati ..

each single person on this surface of this earth stands on his/her own opinion ..
mereka berkata kerana mereka mempunyai hak ke atas pendapat mereka
tetapi pendapat mereka penuh berlapik, berniat dan penuh berhati-hati
semata-mata mahu berterusan menjaga hati yang lain ..

tapi bagi empunya jasad yang lain ..
langsung tak memandang, or maybe langsung tak perasan
what's actually on their mind?
pinjam torch lite .. meyh try suluh tengok .. koet2 xnampak

setiap orang berbeda karekter, personaliti
dann kita seharusnya menghormati dan memahami
kalu dirinya mungkin tak perasan
tolong, tolong ieye phm that personn
be kind of flexible heart
easily twist ..
no crack, no worn ..

quiet is not totally mean he/she is a chicken, in-mouth talking ..or agree ..hurghh!!

dalam doa ..
minta hati jangan terus terguris
agar ditabahkan hati dalam menghadapi setiap dugaan
sesungguhnya ALLAH itu maha mengetahui
setiap benda yang terjadi itu adalah bersebab ..

"love the friendship 
kick out the battleship"

hope summer spring sun shine the cloudy ..


source: 

kasi kopak hati tengok 
kosong kea ..?
cam tade pape jea dalam tue kan ..?
SALAH!! 
hati sebenar ada banyak urat dan darah 
sigh!!

till next BOO-bubbling 
bubye ..