Ikan-Ikan

Monday, April 30, 2012

Internet Nih. Grr!



Whats?: Pengakuan berani mati-hidup balik. Aku salah seorang mangsa "keputusan" internet mengejut  atau ketiadaan line internet nih. Mungkin ini antara idea yang aku pikirkan sebaik saje "keputusan" internet itu berlaku. 

Saturday, April 28, 2012

Selalu "Under Construction"

Mungkin selalu duduk lalu-lalang dekat jalan raya, jalan kampung atau bangunan yang sedang direnovate, hingga membuatkan aku selalu come across signbord dengan words "Under Construction" ini. Atau dalam bahasa Melayunya ditafsirkan sebagai "di bawah penyelengaraan". Tolong jangan tanya dalam Bahasa Korea, walaupun 99% Korean look itu jelas ada kat muka aku ini. Haha. Semua mungkin muntah kari dengan statement aku nih. Berhenti muntah, sebab banyak benda aku nak cerita pasal under construction nih sekarang.

Banyak benda serabut. Sikit2 boleh improve.


Bukan nak renovate entri ini, tapi under construction ini seratus rempah ratus berkait dengan keseluruhan look belog aku ini. Bagi yang setia memfolo, mengikuti belog aku mesti faham maksud aku. Setiap kali bukak mungkin belog aku nie lain berbanding sebelumnya. Dari background, wording, header, cara penulisan, header, pic atau mungkin muka tuan tanah belog ini sekali pun. Setiap kali mungkin berubah-ubah. Kalau bab muka aku tuh No Komen! Salahkan makanan yang sedap2. Kengkadang naik macam donut Mak Cik Tijah Letop. Ada kala pipi ini surut macam surutnya air di laut. Mak aihh! bahasa aku. Bahasa itu Jiwa Bangsa kann?

Maafkan saya.


Susah untuk mencari kesempurnaan. Perlukan masa untuk perbaiki belog ini dari hari ke hari. Sebelum ini ada yang komen, belog ini lebar mengalahkan dusun serai. Alhamdulillah, dengan jasa baik pakcik aku, dia pinjamkan cekadak tanah, untuk aku kurangkan kelebaran belog ini. Mintak2 kurang lenguh tengkuknya itu. Kalau ayat atau entri terlampau panjang, aku buleyh kata itu hanya luahan hati aku. Kalau panjang tuh maksudnya betapa serabutlah aku waktu tue. Kalau pendek, maksudnya pemalas punya aku waktu tue. Haha. Kalau ada kekurangan itu, mintak komen yea? Insyallah aku akan perbaiki. Dan terus berkongsi cerita aku dengan korang. Tengs korang. Sayang banyak2. Haha.

Whats?: Paling suka tukar2 background belog nih.

Thursday, April 26, 2012

Serabut Berfinal Projek

Kalau entri aku tak berkisahkan sibuk, memang kira paling tak sah untuk sesebuah entri itu digelarkan sebagai entri. Kalau ada berbaur, berbau sibuk tuh, maka SAHlah entri aku itu layak untuk dipanggil entri. Main sah-sah nie, ingat bernikah ke apa? Salah! Ini bukan kisah bernikah, jauh sekali aku lenggang-lenggok, tersipu malu pergi mengandam si pengantin perempuan. Merepek maban hobi aku. Maafkan saya. Sekarang hidup aku mula masuk fasa kacau-bilau balek. Serabut memikirkan masa yang berbaki untuk habiskan study kat universiti ini. Mungkin masa ini ramai yang menyaksikan letaknya sabut kepala kat kelapa aku ini. Keliru mana rambut, dan mana sabut. Haha. Kena menguruskan tempat praktikel, termasuklah dengan melakukan kije2 kecik sebelum hari pembentangan hasil untuk final projek atau thesis aku.

Kertas conteng nak kasi warning, beringat sikit. 
Hakikat membuat thesis tuh, Mak ai, kecut perut den.

Pembentangan itu akan dibuat minggu depan. Bukan aku jea yang mula sibuk, coursemates aku jugak sibuk. Nie pun even Jiran sebelah bilik kat kolej aku nie pun dok sibuk ingatkan aku suruh siapkan thesis tuh, kasi tumpuan, dan kurangkan enjoy macam kanak2. Terima Kasih Jiran. Nak buat final projek atau thesis ini memerlukan kita bukak, mengadap laptop, termasuk menggunakan beberapa software yang ada. Juga Facebook, Twitter, dan Youtube. Yang terdepan tuh semua betul, tapi yang ter-belakang tuh anggap macam tak betul. Bukan salah. Sebab bagi aku, kita mungkin perlukan benda macam tuh kijap2, untuk hilangkan ngantuk atau gosip mengumpat sebagai sesi selingan. Eh!

Ucapan ikhlas buat semua.

Beberapa hari jea lagi untuk habiskan degree ini. Aku pasti bukan aku dengan coursemate jea yang sibukkan thesis nie. Mungkin ramai lagi yang sibukkan thesis nie jugak atau benda lain. Cuma jaga diri, kesihatan. Pastikan cukop rehat, makan minum, termasuk mandi. Insyallah, semuanya akan dipermudahkan. Usaha tuh walaupun tak cukop gempak mana, tapi pastikan konsisten, berbaloi untuk kemudian hari. Itulah ye, pesanan aku. Hehe. 

Whats?: Ramai coursemate dok mengadu rasa kurang sihat, risau pulak dengan kesihatan diri-sendiri. 

Thursday, April 19, 2012

Tribe's Calling





Whats?: So in, Peoples start to be distracted by them.

Wednesday, April 18, 2012

Terkini

Buhsan teramat belum sampai tahap gila. Punya sibukkan urusan dunia nie, sampai lupa pulak kat belog aku yang satu nie. Dalam masih berkesempatan nie, wlupomm baju sebaldi belum berbasuh, eseimen menimbun gaya pasir sungai kena sedut keluar, maka aku bernekad sementara untuk meluangkan masa untuk kasi hupdet belog nie. Kesibukan melanda mengalahkan tukang jahit terima tempahan Kebarung manik, hidup tak tenang. Lagi-lagi kije bertambah, tapi belum ada niat dalam hati aku nak setelkan kije tuh. Orang lain bila banyak kije buleyh nampak sibuk dia tuh, sampai berpeluh2 ketiak, ketiak aku nie cool jea, lembab pun tidak. Kiranya tak sibuk mana la tuh. 

Kecut perut, sekali dengan lemak2 pada part paling boroi kat perut aku nie. Habis jea cuti dah nak kena fokus midterm yang langsung taleyh buat aku nak control hensem beberapa ketika nih. Berkerut2 muka gaya belum telan kolagen murah. Sepanjang masa risaukan banyak note yang belum bercover, termasuk berat badan yang mengelirukan. Berat tuh masih berat, kadang2 rasa seksi tuh ada, cuma konfiden tuh belum tahap Gunung Jerai. Pergi kelas muka lesu, balek kelas muka gaya mintak hempuk dengan kuali goreng telur. Fuh, penatnya la weyh. Tapi Alhamdulillah setel dah dua paper midterm. So, sekarang kira macam banyak masa aku berbaki untuk bermain Teng-Teng. HAHA.

Bye-Bye Midterm

Dan sekarang mula gilakan drama korea. Mula dengan download dan nonton episode satu, terperanjat macam mana buleyh tertengok sampai episod 8. Sekarang pun masih mendownload lagi dan lagi. Aishh, bukan maen kuat penangannya tuh. Bukan kata aku nie jenis melayan cter jiwang, jauh sekali membuktikan yang sebenarnya aku nie jenis kaki Kpop sejati. Muka tak puteh, apatah lagi bentuk badan larik alignment. Jauh dari korean look tuh. Mungkin sebab dah buhsan layan series english, or cerita2 melayu yang suam2 kuku tuh. 

Fashion King.
dan heroin dia pasti bukannya Fasha Sandha.


Whats?: kemaruk Korea skang. Aish!


Friday, April 13, 2012

Life is Too Short


Dah lama tak berupdet mengenai belog nih. Balek rumah internet breakdown. Sah kecewa tahap cipan gergasi. So, sesampai jea kat kolej nih, bukan main tereksaited nak bukak belog. Terbaca kisah2 dari belog kengkawan lain. Sampai la ke post entry dari sorang blogger nie, mengenai pemergian kawan baiknya pada usia yang teramat muda. Innalillah dan al-Fatihah kepada arwah. Semoga arwah ditempatkan bersama orang yang beriman. Amin.

Whats?: Yeap, Life is Short. Ajal maut tuh kerja Tuhan. Be prepared.

Monday, April 2, 2012

Big Weekend Spender

Kempunan ngidam tahap perut cramp.
Finally, orang banjerr. Senyum dalam tdoe la weyh!


IKEA again. Tengs!
Gigantic, awesome fries, and bebola daging gila.
Empangan air liur ramai orang.

Kerja keras untuk yang nie.
Looking forward to make him a a part of this blog too.

Free dinner at wonderful Pullman Hotel, Putrajaya.
Jawdropping!

Jangan salah faham dengan word "Spender" kat post title tuh, bukan bermaksud yang tuh, tapi maksudnya macam mana aku habeskan hujung minggu yang lepas. Alhamdulillah rezeki.