Ikan-Ikan

Sunday, February 24, 2013

Laki Masuk Dapur

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera

Isnin datang lagi. Yey! yang kena pergi kije tuh, wajib bangun awal, siap-siap untuk masuk kije kejar punchcard. 

Tapi yang belum kije, unemployed for time being macam kita nih? Sendiri pikir la kan? HAHA.

Belum kije, bukan maksod leyh meringkuk tido ala tenggiling, berdengkur bunyik ala serobong kapal. Tidak! Tidak! HAHA.

Rajinkan diri tuh, bangun, pegi gosok gigi, basuh muka terus ke dapur tuh. Tolong emak masak. Kan lbeyh mulia macam tuh kan?


Siapa kata anak laki malas? Siapa kata anak laki tatau nak kupas bawang? Habaq mai kat ceq, mai ceq tepuk sikit dahi dia. HAHA! Bukan-bukan. Anak laki nih tau la jugak sikit-sikit kan? Tom Yam Campur, Kari Hijau Thailand, Paus 3 Rasa atau Cis Cake masam. HAHA! Petik jari, dan aku taleyh buat semua itu. 

Masak-masak simple tuh buleyh la. Even lauk ikan masin, telur dadar dengan ikan bilis goreng letak bawang, cili padi sikit. Itu pomm dah Alhamdullillah, kenyang. Amin!

Berlatih sikit-sikit, mula dengan cara pegang pisau yang betui dulu, atau teknik mengupas bawang tanpa mengeluarkan air mata. Insyallah, pelan-pelan dah boleh ada minat untuk masak. Hangus, terbakar, overcooked tuh bese la kan? Pejam mata. Tarik nafas dalam-dalam. Everything's under control  even dapur terbakar hangus. Takpe, Bomba kan ada? HAHA

Esok-esok dah kahwin, Isteri sunyi masak sorang, Isteri tak mampu nak angkat lesung batu atau batu giling. Isteri tangannya dua. Dengan nak kacau gulai lagi, nak blender cili kering lagi. Tak ke kesian? Itulah fungsi suami. Membantu bakal isteri di dapur. Insyallah. HAHA! Gatai datang. 

WHATS?: First, nak jadik anak soleh, berbakti, tolong emak ayah. Second, jadik suami mithali dan Insyallah bapak yang baik bagi bakal anak. Aumm!

Saturday, February 23, 2013

Kawan :)

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera. 

Pagi Ahad. What to do? Langit cerah, tak panas, tak mendung. Sukanya dengan cuaca hari ini.

Awal pagi aku bangun, walaupun tido tak cukop. Semalam tido lambat, spend masa dengan ex-rummate. Banyak story, gosip-gosip basi. Gelak, ketawa sampai kuar air mata suci. HAHA! Aku tersenyum. Puas. Aku rindu semua benda ini.

Tapi itulah, sekarang hidup dah lain. Kalau dulu, zaman study, bangun pagi terus bersila mengadap muka rummate. Walaupun rummate kelihatan sangat-tak-cantik, air liur basi merata dan rambut ibarat Kak Limah migrain. Tapi itulah kawan aku. Aku pasghah, redho. Aku pun bukan sempurna, walaupun orang ramai kata aku saling tak tumpang macam Awal Ashaari. Aku akur. Angguk 80kali tanda setuju. HAHA!


Orang tua-tua cakap, bercinta biar satu, berkawan biar 8 gerabak KTM. Aku setuju, walaupun konfiden simfulan bahasa aku nih reka-reka sendiri. Kawan aku bukan ex-rummet aku sorang. Ada ramai.

Dari tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, matrikulasi, masuk U, keluar U, kursus sana sini. Semua aku kawan. Itu belum masuk yang aku kenal kat belog, luar belog, fesbuk, twitter lagi, bergosip, kawan kepada kawan. Bajet hot, tapi itulah aku. HAHA! #okbai! Iye la, kenapa nak sombong? Berkawan pun bukan kesalahan. 

Aku suka berkawan. Dan aku sayang kawan-kawan aku. Bagi aku, musuh kita senang cari, tapi kawan-kawan yang baik, memahami tuh belum tentu senang kita jumpa. Insyallah, ikatan perkawanan kita akan kekal selama-lamanya. Ada masalah, share! Ada problem kasitau. 

Aku minta maaf kalau ada salah silap. Tapi post belog kali nih khas aku kasi kat korang. Kawan aku. Alahai lentok, jiwang kanmain. 

WHATS?: Sumpah aku akan rindu korang lepas ini. Hidup skang bukan macam dulu lagi. Sekarang sume kena sendiri, nak kena berdikari. Jaga diri :)

Thursday, February 7, 2013

Jam Bermisai

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera semua.

Alhamdulillah, akhirnya aku selesai fasa pertama. Untuk 2bulan, hidup di perantauan #perantauan la sangat kan? entah sekali kau laung nama adik kau, kekonpem adik kau boleh dengar.

Aku rindukan masa latihan, gelak ketawa besau dengan kawan. Stay up sampai 3-4pagi kat kelas, keluar makan mamak awal pagi, lepak kat laut sambil makan keropok lekor. Semua aku rindu. Dua bulan tuh rasa macam kejap. Tapi itu  yang paling seronok yang aku suka buat.

 Jam bermisai. Hehe
Nie kenangan yang paling susah aku lupakan. 

Jam nie salah sorang kawan kesayangan aku kat sana yang kasi. Dia macam kakak bagi aku. Sepanjang kenal dia kat sana, aku rasa happy, senang bila dengan dia. Kata dia, tak syiok pakai jam nih sorang, kalau ada kawan lagi best. So, aku pun dapat satu. Dia satu, aku satu.

Jam misai nih bukan sebarang jam, jam dia boleh caroi air punya. Kata amoi tuh la.

Bila aku tanya caroi air tuh apa, caroi air itu maksudnya boleh celup air. Alahai amoi, bukan main sakan aku tahan gelak.

Tapi nih sume bukan pasal jam nih jea, tapi tuan pemberi jam. Terima kasih, saya harap persahabatan kita kekal lama Kakak Darlin. Hehe. 

Whats?: Kisah kawan lain. Dah lama kenal, baru aku tau yang dia dah jadi pemerhati belog aku nih dulu2 lagi, rupanya dia pun blogger jugak. Dah jadik follower dah pun. Dan alhamdulillah, kitorang pun dah berkawan. All the best of luck, satu hari nanti kau mesti jadik blogger feymess :) Suka baca belog beliau. Tak sangka Atok @ Kitty Merah buleyh berblog jugak. Haha #joke :P 

Tengs sebab jadik kawan aku.