Ikan-Ikan

Tuesday, February 14, 2012

Hias Bilik

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera.

Mungkin ramai yang dok membilang hari bila, bila dan bila mahu pulang ke universiti, kolej masing2. atau ada yang dok gerun menunggu keputusan peperiksaan. atau tengah dok rumah sambil goyang2 kaki, goyang badan mengikut rentak di radio.halo-nyea-la-hoi pomm, mereka punya suka mahu buat apa pomm. haha. 

Insyallah kurang seminggu semester baru bakal bermula. semangat baru, azam baru, baju baru semua baru. haha. Insyallah, semoga semester baru mendatang nie membawa seribu kebaikan bagi semua. ternyata minat baru aku meronta dalam jiwa. time cuti sudah mula plan nak buat macam2. macam2 aku survey try bukak tengok. minat baru aku bukan tanam bunga nyea pomm, tapi nak hias bilik sendiri kat kolej nie. yeap, its a kind of heart passion. and i love decoration and arts. just give a try. alhamdulillah dah buleyh rasa seronok untuk tinggal di bilik kolej wlupomm bukan macam bilik sendiri gaya di rumah. 

For the starting, opkoss mengalih apa yang tak patut. mengurangkan semak yang dah sedia ada semak. bilik kecikk, tapi muatan mengalahkan stor sukan. huh! apa yang patut buang, buang. tapi sebaeknya, hantar ke tong recycle. hehe. but the main focus, opkoss the board. haha. macam2 dalam otak nie nak buat, but then last night is for the first step. Personal Name Banner. Its simply done, but still interesting look :)


Board yang perlu di-make over 
kinda messy here and there 



simple personal name banner,
give a try and u get it
:)


whats?: suka tengok tempat cantik & kemas 


till next BOO bubbling 

Bubye Peoples 




Sunday, February 12, 2012

Kisah Hati

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera.

Rindu teramat rasa untuk selalu berblogging. updet banyak kali, tak putus dengan idea. untuk berkongsi cerita dengan followers atau teman. tapi hakikatnya aku bukan selebriti terkenal, jauh sekali retis. idea aku kengkadang terhad, sampai satu tahap naek blurr memikirkan idea terbaek untuk menghasilkan update yang besh. tue la, aku jadik tersangat-sangat rindu untuk kembali berblog. just like before.

Yeap, all the time. Its a quite bored for me. again, masalah jiwa dan perasaan. kengkadang buleyh bikin aku jadik give up, menyalahkan diri sendiri atas ketidaksempurnaan diri. aku tahu itu salah. aku cuba jadik yg terbaek, dalam semua benda. tapi hasilnya tetap tidak yang seperti diharapkan. aku tak paham. ini masalah dalaman aku. bila diberikan harapan, dijanjikan dengan kebaikan. aku mula menaruh harapan. tak kira dalam perhubungan, persahabatan dan sebagainya. ini masalah orang, atau masalah aku. tetap aku rasa diri aku yang bersalah. pernah aku cuba untuk berubah, berhenti pikir pasal orang lain, dan mula memikirkan tentang diri sendiri. tapi kerap kali gagal. tapi kali ini aku pasti. aku sudah puas berkorban hati dan perasaan terhadap orang lain.

Ternyata ini masa sukar aku. aku belum sekuat mereka. mereka mempunyai segalanya. jauh nak dibandingkan dengan diri aku. aku akan terus cuba, cuba dan cuba. biar ambil masa, tapi ini kehendak aku. aku bukan nak berniat untuk berubah menjadi jahat, atau mementingkan diri. tapi kali ini, aku minta masa untuk diri aku, sekurang2nya aku tak rasa penyesalan di sebuah pengakhiran bagi sebuah kehidupan. kini, aku mula bersedia, melepaskan mereka dari ingatan aku. dann aku berjanji aku takkan membebani sesiapa. maafkan aku. terima kasih atas segala kenangan. doakan yang terbaik bagi aku.