Ikan-Ikan

Monday, February 27, 2012

Salah Sendiri, Kau Salahkan yang Lain

Dua, tiga malam aku tak tenang hidup. Keluar masuk toilet sebab nebess melampau. Bukan maen duk risaukan satu benda nih. Bukan exam, sebab setiap kali exam aku selalu pura-pura hidup bahagia, lari-lari siul gaya itik air. Yang nih sebab belog ini la. Lama usang berbiar, macam tanah tak bertuan. Usang gaya aku. Bukan la Vintage tuh, tapi sebab nak menunggu idea tue nak datang menjunam dari langit lalu terhempas ke ladang ubi. Idea tuh gaya epik Meteor Garden cerita siri Korea, punya la susah nak dapat. Cukup bebel kisah punya susah nakkan hupdet blog nih. Mari ke kisah lain.

Alhamdulillah, seminggu sudah aku lalui untuk semester baru nih. Agak penting semester nie, sebab nie semester terakhir. sebelum aku bergelar jadik Graduate Student. Bukan main semangat sekarang, pukul 12 jea, aku terus berlari anak ke tandas, gaya gosok gigi kat sekolah tentera lama. Berbekalkan berus gigi rongak dengan ubat Gigi Colgate, serta pencuci muka, gegeh aku membersihkan diri. sebelum masuk tidur basuh kaki, takot kalau mimpi dikejar rimau. aku paling kagum kalau cter aku nie berbau sedikit mitos. huhu.

Sekarang nih belum masa sibuk, boleyh lagi pergi bilik sebelah, berpakat dengan budak2 floor, maen aci kejar. Cari port paling jauh, konon paling lambat dijumpai. tapi sekali kau kena nyorok hantu. Betapa lapangnya masa aku sekarang ini. Kuak melentang dalam bilik. Keluar masuk, keluar makan, berpoya-poya sakan. Kalau kata malam nak buat latihan rumah sukan, nie la antara waktu yang paling sesuai. 



Latihan camni, paling sesuai untuk 32 X 100mm . pas baton.

Tapi itu kalau cuma waktu zaman-zaman sekolah menengah. time hingus dok mengalir lagi. Tapi sekarang hidup gaya remaja matang. Jiwa berlibur tuh masih kuat. kalau buleyh setiap malam, malam menonton movie. bukan di wayang, tapi di lappy. Alangkah heaven. dok bahagia melayan muvie. tinggalkan dunia belajar seketika. pheww! Gegeh ketuk pintu bilik kawan, pinjam Hard disk. semangat nak tengok GLEE season 3. 
Banyak yang tertinggal, dah lama tak tengok, sekali tengok balek. banyak yang dah berubah. mengejutkan. best pulak. huhu. 


nie scene paling buleyh buat aku kagum
gaya kembang hidung, pastuh berterusan kembang.
haha

nie punca sebab aku masih seronok bergoyang kaki, berhoneymoon sakan skang. sedarlah manusia. rajin tue perlu.

Thursday, February 16, 2012

Rezeki Hari Jumaat

Assalamualaikum w.b.t & Salam Jumaat.

Hari ini punya kisah, bukan main semangat aku ni berlari-lari anak menuju ke meja tulis terdekat, sedangkan jarak tak jauh mana pun. antara katil ke meja tulis tuh, tayah berlari pun takpe. tapi aku nak jugak berlari, so lari la. sebab nak dapatkan lappy kesayangan ini dan online #sangat tak sihat, belum mandi, belum pape lagi da tros online. huhu

Bila on jea, trus la aku bukak blog nie, melihatkan perkembangan semasa. gemuk ke tidak? makin kurus melidi ke camne pomm. gtuh la. tapi sesuatu yang tak dijangka. tapi rezeki. Alhamdulillah. Sorang Blogger yang feymess dengan pembuatan doodle kiut-miut komen salah satu dari entri aku nih, dan memberi khabar berita yang baek. #woo, wa terharu, sangat2, sejuk gaya beruang kutub putih. dia siap kasi link, suh ke blog dia. semangat punya belek, tiba terlihat dan terjumpa doodle yang tertera nama aku.

kisah dulu-dulu, Alif Ismail open table offer untuk buat doodle, 
so aku pom buat satu kasi kat dia
lama dah, bulan pose tahun lepas. 


hehe. nie pulak doodle aku 
meyh baca entri dia pasal doodle nih
kat sini 
terima kasih Alif 

whats?: dah lama tak buat doodle nih

till next BOO bubbling

bubye Peoples