Ikan-Ikan

Thursday, May 23, 2013

Come Back!

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera.

Oh, Hai semua!
 
Lama aku tinggalkan belog kesayangan, busyuk masham aku nie. Rasanya kalau dibilang guna jari-jari di tangan kiri dan kanan dicampur dengan jari-jari comel kaki kiri dan kanan aku ini pun tak cukop. Banyak hari aku tak belog, terlalu lama. Ke boleh aku request jari-jari orang lain sama? Boleh kan?
 
Sangat lama tapi sekarang aku kembali. Aku kembali Kuala Lumpurrr! Kembang hidung aku, sambil control peti suara, takut jadik serak lepas jerit. Seriusly, aku rindu untuk berbelog, tulis entri post baru, rindu nak komen dan follow dan rindu sama buah hati. Eh! Jangan risau. Aku masih single dan tetap available. Begitu!
 
 
Satu malam aku tak tidur, punya semangat satu-persatu benda dalam belog ini aku rombak, kasi ubah semua, dengan style baru, dan rupa yang menawan. Yelah! Orang cakap nak belog, atau menghasilkan post yang kreatif, dan mampu membuatkan si follower kembang hidung membaca belog ini, aku kena ada mood yang tersangat baik.
 
So, dengan ubah semua jadik baru, maka sekarang mood aku tersangat baik. Aku mula menulis balik, dan aku harap korang boleh menerima perubahan yang aku buat. Kau bukan Neelofa, tak jugak Kak Ton Comel bukan? Dan bukannya bintang realiti baru. Ya! Aku tahu dan sedar semua itu. Tapi aku tahu ada yang akan membaca. Konfiden tahap lapan. Boleh?

 
Thanks korang, dan Insyallah aku pun akan setia, tidak berlaku curang untuk datang visit dan comment di belog korang nanti.
 
 
Aku teka aku macam kena rasuk, ayat merepek maban.
Tak pun gila sudah. Apa-apa je lah. Have fun!

23 Tahun dan Doa

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera
Thanks Shahdan, Pijoy dan Sufi

Happy Belated Birthday Hafiz! Aku lupa wish hari jadi aku kat diri aku sendiri. 23 tahun hidup, dan Alhamdulillah syukur kerana Allah S.W.T masih panjangkan umur aku hingga hari ini. Kawan-kawan ramai yang sama wish birthday aku dan setiap satu wish dorang aku tersangat appreciate.

Aku jenis sangat terprivasi, setahun sekali aku tunggu tarikh 11 Mei untuk aku bukak wall FB aku tuh. Bukan takut, cuak atau kena nganjeng, tapi entah. Punya lahh pusing-pusing cakap. Banyak yang wish, tak kurang datang komen dengan stail bahasa dan gaya masing-masing. Terima Kasih! Terharu aku.

Awal pagi 11 Mei. Aku sms ayah aku, muka tak malu dengan pipi senget. Konon nak remind pasal hari jadi aku. Lama ayah diam, slow-slow aku mula down. Dengan parents, takkanlah bersangka burok, sangat tak manis, tak elok. 

Lunch hour. Emak aku call. Ceria bunyinya, lain dari kebiasaan yang selalu. Selamat Hari Jadi! Bersorak hati aku, manusia paling aku sayang kat muka bumi nih wish aku. Cakap Emak, tak pernah Emak lupa birthday aku. Pesan dia, aku dah 23 tahun, makin tua, makin besar tanggungjawab aku. Terima Kasih Emak Ayah. Along sayang Emak Ayah.

Doa aku, supaya Allah panjangkan usia aku supaya aku diberi peluang berbakti kepada Emak Ayah, adik-adik dan orang sekeliling aku. Doa aku jugak semoga Allah tetapkan hati orang sekeliling aku untuk terus bersama aku dan semoga Allah memurahkan rezeki aku untuk mendapat kerja yang lebih-lebih baik. 

Amin

Aku ubah belog ini. Turned into a new look. Look yang aku suka, lagi fresh.
Aku harap korang pun sama suka!