Ikan-Ikan

Saturday, March 31, 2012

Pergilah Kau Jerawat!

dan berhenti la berangan
konpem hilang jerawat

Source: medikTV

Bagaikan Jodoh

Alhamdulillah, hari ini Allah masih panjangkan usia aku. Bangun dari tido yg buat aku rasa segar, hilang segala letih semalam. Macam bese, entri aku cter pasal bangun tido, takpomm tido jea, mungkin lain kali aku buat kisah makan. Belum pegi toilet, gosok gigi, basuh muka, aku dah menggagau mencari lappy. Nie buleyh kira isteri kedua selepas isteri pertama, Henpon. Hehe. Bersemangat gigih, nak online. Apa cter baru, sape kawen, sape cerai, sape gaduh. Semua tuh perlu dan perlu di-updet. Terbukak pulak pintu hati nak godek Beautiful Nara. Saje nak tengok2, tinjau2 benda baru. Belek2 punya belek. Terjumpa entri pasal Irma Hasmie bertunang. Aloloeh, hati mana yg tak cair menengokkan keayuan si Irma nie. Lemah-lembut, sopan. Gemuruh  getaran jiwa!

Alhamdulillah. Berseri, bercahaya.

Btw, a very sorry, kalau cter aku nih basi. Bukan salah aku, mungkin kurang baca paper. Tersentuh dengan kisah pertemuan dia dan Insyallah si bakal suami. Depan Kaabah, di Mekah. Besarnya kekuasaan Allah. Kasi hidayah dan pertemukan jodoh dorang. Papepomm, terus doakan yang terbaik. Semoga mereka berbahagia hingga ke akhir hayat. Siapa tak mau berjodohkan dengan teman hidup yang baik, soleh. Kalau aku tanya, konpem ramai mengangguk. Tapi itu semua kuasa Allah, tapi tak mustahil bagi kita untuk terus berdoa, meminta segala kebaikan dalam kehidupan. Insyallah, janji Allah tue pasti. Amin.

Beberapa hari nie Coursemate buat perangai, suka nyakat aku pasal kawen2 nih. Malu tau? Naseb baek korang nie cumeyh. Aishh! Aku nak rekemen korang cter "Hatiku di Kinabalu" siyesh best sebab ada Irma Hasmie :)

Friday, March 30, 2012

Born to Be


Apa nak dikata. 
Proud to be a man. 
Haha

Source: MedikTV

Thursday, March 29, 2012

Tangan Punya Kerja 2012 Giveaway

Hari ini macam hari Khamis yang lain. Kalau Khamis2 sebelum nie aku dok terperuk dalam bilik, maka sama la jugak dengan Khamis minggu nie. Masih duduk kat bilik dan terperuk. Kebiasaannya, hari Khamis untuk semester nie, adalah hari cuti. Kosong tanpa kelas. So, boleh tido puas2, dan online untuk korek2 cter, download movie2 latest, dan makan besar dalam bilik. Semuanya hanya di bilik. Disebabkan bosan macam biasa, terdetik jauh dalam lubuk hati aku untuk berblog, dan mengorek beberapa blog yang best. Korek2 punya korek. Aku terjumpa blog sorang minah nie. Bahasa tuh jaga sikit, bukan Minah la, She's a Girl. Yeap! Maksud aku dia sorang blogger perempuan. Ini belog beliau :)

Tangan Punya Kerja 
Milik Faten Osman 

Siyeshly, this blog is quite different on what already had. I think its owner quite a creative person. Part paling aku suka dalam belog nie opkoss because of her drawing. Dia buat entri yang berbentuk komik. So, sedikit sebanyak berbeza dengan dah sedia ada. Her drawing is so fantastic. Yang mungkin buleyh buat aku kata yg dia nie layak bergelar kartunis sejati. Kena dengan jiwa aku yang sukakan seni nie. And she also have DIY Artpieces. which is awesome! dan memberikan aku beberapa idea untuk menghasilkan DIY items sendiri. 


Dan skang TPK bermurah hati nak kasi Hadiah
Klik sini

Belog dia simple, tak serabut. But then maybe nak kena tukar kaler tulisan, sebab kelabu tuh mcm kurang nampak. Kalau Hitam, konpem boleh nampak. Hehe. Jangan Marah Faten. Untuk Menarikkan lagi belog nih, Maybe Faten kena banyakkan lagi lukisan2 Faten. Or, Buat belog tuh ada warna. Kasi Nampak lagi Exclusive. Hehe. Sekian. Hope korang semua sudi ke belog dia. Have a look for yourself. Then you will know her :)

Hope aku buleyh menang Tote Bag. Sebab Tote Bag dy sangat2 cantik. Lain dengan yg dah sedia ada kat Market. Dan buleyh buat aku nampak lagi hensem dan hensem untuk digayakan ke kelas. Haha.

Khamis ini Khamis special, sebab kenal blogger hebad. 

Kejutan Terkejut

Terasa kelakar semacam semalam. Kelas boleh dikatakan habis agak awal. Jam 1 petang. Kebetulan aku memang bukan jenis yang perlu makan breakfast setiap pagi, dan selepas kelas jam 10 pagi, aku bersama kawan2 makan kat kafe. So, After kelas jam 1 tuh, gaya lipas kudung aku balek kolej, terus terjun papan anjal ke katil di bilik. Heaven! tidur siang, berselimut, sekarang musim salji. Sebenarnya musim hujan. Ttber! henpon aku berbunyi. Gaya cerita seram filem. Mak Cik aku kol. Katanya nak jumpa. Terganggu tido tapi pikirkan tanggungjawab sebagai anak sedara yang berwibawa, aku gagah bangun. Dengan bulu mata lentik nih, aku kuatkan jugak bahagian otot atas mata untuk celik. Perlu mandi, dan segera pergi berjumpa beliau. 

Tiada beza antara kami. 
Muka aku sama macam nie time bangun tdoe.
cuma warna anak mata aku kaler hitam.

Makcik aku mesej, katanya dia take time cket. Sebab ada kije yang nak kena disiapkan. So, aku pom berlaku selamba. Tengok 2, 3 orang atau buleyh jadik lbeyh yang dok lalu lalang depan aku. Mungkin ada yang menjeling2, or usya jenis takot2 kantoi. Lenggok tubuh badan aku jelas yang aku kurang selesa dengan pandangan serong 45 darjah tuh. Bagi aku, itu sudah cukup yang menjelaskan yang aku nie bukannya Aaron Aziz. Tapi aku yakin, setakat bahasa tubuh tuh adalah kurang memuaskan bagi dorang. Dorang perlukan penjelasan, iaitu penjelasan dari mulut aku sendiri. Tapi sebabkan makcik aku kol, so aku terpaksa tinggalkan dorang. Jelas terpapar kesedihan di raut wajah dorang.

Jangan perlakukan Izzah sebegini, Aaron
ouch!

Seperti biasa, bersalam, bercium tangan. Adat Melayu, budaya timur. Mana buleyh lupa doeh! wlupomm muka iras2 Mat Salleh, tapi aku tetap pentingkan rasa hormat yang ada. Yea, terus bincangkan soal Job, makcik aku memerlukan aku untuk menunjukkan mengenai blog. Sebelum nih, aku pernah cter mengenai blog aku, tapi dengan muka harapan yg Mak Cik aku takkan bukak dan tengok blog aku tuh. Sekali Mak Cik diam, ttber Mak Cik bersuara "Macam dah lama tak update blog tue kan?". Aku Down! siyesh rasa malu. Dengan harapan aku yg bukan maen tuh, tapi akhirnya makcik aku bukak jugak blog aku. Huhu. Abes pecah lubang, cter mepek2 aku. Huhu. Dan bertekad utk lbeyh gigih meng-updet story2 baru. Yeah!

Gua kantoi dan malu.
Hehe

Sayang la sama Maksu. 
Insyallah akan diusahakan sebaiknya.
Amin.


Ye, aku sedar. Pengaruh Novel & drama terlampau kuat. Maafkan aku. Hehe.

Source: Google

Wednesday, March 28, 2012

Kosong-Kosong


Lirik Kosong by Najwa Latif

Kau melihat diriku
Seperti sesuatu
Yang mencabar dirimu
Akal dan mindamu
Kau mendustaiku
Kau bilang mereka tak tahu
Siapa diriku
Sedangkan kau juga begitu

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa

Kosong...kosong

Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku

Kosong...kosong

Kini aku bangkit
Membuktikan yang ku tak sakit
Dengan segala perit yang kau berikan
Kini aku pantas berjalan
Bergerak ke hadapan
Dan akan ku buktikan
Siapa diriku yang sebenar

Kosong...kosong

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa

Kosong .. kosong 

Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku

Kosong...kosong

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa

Kosong...kosong



Congrats Najwa, its like everyone's fevret now! 

Kisah Bujang


Always correct!

Source: Best Quotes

Monday, March 26, 2012

Hari yang Kelabu

Selain keadaan hujan yang susah diramal, begitu jugak benda yang jadik dengan hati dan fikiran aku. Bukan kata aku nih jenis complicated, sukar dipahami atau psiko tak mengira masa dan tempat. Tapi, kengkadang aku buleyh ttber jadik konpius dengan minat aku sendiri. Kalau bosan, aku mungkin pilih untuk tidur, buleyh jadik jugak aku gigih buat layang2 untuk dimain di padang pada waktu petang. Atau memicit Black atau White head yang ada di batang hidung aku dan pasti bukannya batang hidung orang. Fuhh! Sekarang hati aku macam ada dilanda perasaan bunga2. tapi bukannya bermaksud aku bercinta. Aku jadik was2, mungkin ramai yang buleyh gelakkan aku bila aku ceritakan apa minat aku sekarang. Tapi, dengan kesedaran pentingnya konfiden yang telah diajar oleh cikgu tadika aku dolu2, maka aku pun sanggup dimalukan. Aku sekarang suka baca novel.  Sape gelak, aku cucuk hidung kau laju2. Haha

Terbaik dari ladang. 
Macam mimpi jadik nyata. Kelabu.

Macam fenomena la pulak skang, sebab makin ramai yang membaca novel. Or should I say thanks to government because of the 1Malaysia Book Voucher. Semua orang masing2 ada buku yang menarik. Baucar aku dah habis, tak sempat nak beli buku ni. Ini buku kawan aku. But then, I recommended to her to buy. After all, it is still one of the best, for me. Dia kasi aku pinjam dulu, sebab dia masih banyak novel lain yang belum dia baca. Sebelum nie, ada 2, 3 kawan aku yang baca buku nie, kata dorang buku nie best. So, aku pom bersemangat nak baca dan habiskan novel nih. 

Bahasa menarik, ringkas, gaya sempoi2, tak heavy
Yeap! that's Starbuck is my own made bookmark!
Cover pun menarik. Colour cantik.

Tak salah koet membaca novel atau kisah cinta. Tapi aku yakinkan, novel nie bukan bahasa bunga2, jiwang tangkap rama2. Jauh sama sekali. Jiwa remaja tuh masih ada. Banyak cter pasal konpius itu, dan ini. atau senang cter,  bagaimana seseorang tuh terperangkap antara dua? berada dalam keadaan Kelabu, bila mana keliru samada untuk memilih Putih atau Hitam. Fulamak! DBP sunggoh aku nih.

Gotcha!
Tengs Wani :)

Friday, March 23, 2012

Gabai Gebu

Rasa macam dah lama tak berusik blog nih, buat entri pom jarang2, tiba time rajin, bukan main berjela buat entri. Tapi bila tiba time malas tuh, paham2 la. Lebih baik melingkar gaya ular sawa kenyang sambar ayam atas katil nih, plus sekarang ini buleyh dikatakan musim hujan. Tak kira pagi, petang ke, hujan jea. Yeah! ini masa yang sesuai untuk berhibernasi beramai2. Berselimutkan bulu beruang, tidur beralaskan batal empuk. pergh! dunia. Hujung minggu punya kisah, tapi baru nak masuk hujung minggu nie nak terbukak pintu hati nak share pengalaman bersama2 yang lain. Sometime, something that is so precious happens once, rite? So, it's quite happen for me, my lovely coursemates and our juniors. Spend masa bersama. Doing activity in Sungai Gabai.

Edit pic gaya kalah filem Cinta Kura2 Sungai 
yeap, its too sweet to call a memory. Love!

Dengar jea plan nak ke sungai atau air terjun. opkoss, aku lah orang yang terpaling excited melampau habis. Yela, ikan mana yang tidak sukakan sungai? So, aku lah salah seekor ikan tuh. Kembali ke tempat asal la katakan. Awal pagi bangun, gigih berkemas apa yang patut, terus pecut gaya olahragawan ke tempat menunggu bas. Alhamdulillah, bila jea bas sampai, kami naek. Perjalanan makan masa hampir sejam. Sesampai di tempat kejadian, sayangnya 2 biji bas yang sama saiz dgn Hop On, Hop Off KL nie tak buleyh nak masuk. So, kena la jadik gigih sedikit, mengejutkan mana2 urat kendur untuk berjalan masuk sejauh 2 KM. Yang ini aku akui, hanya Top 10 rentas desa sekolah rendah je mampu. Pancit doeh!

Untuk rutin berkurusan sangat sesuai
pengalaman tuh jalan masuk kampung, tengok dusun buah.

Bila sampai pintu gerbang besau tuh, memang taleyh nak gambarkan kepuasan, gaya teguk 100plus sejuk. Tapi nak kena jalan masuk sikit. Sambil membawa barang muatan tambahan, tak termasuk barang mainan kanak2, kami meneruskan perjalanan. Sampai jea nampak air terjun tinggi bukan kepalang, masing2 bukan main eksaited nak bukak baju, nak terjun. Tapi eksaited terhenti sekejap, orang kata "Kepuasan" sebenar ada di puncak air terjun Gabai nie. Gabai nie terkenal dengan slide yang buleyh tahan. So, demi "Kepuasan" sebenar, maka kami sanggup daki tangga yang lain sikit dari yang ada kat Batu Caves tuh, tapi ketinggian buleyh tahan. Terkeluar la jugak peluh2 jantan. Huh!

Air Terjun Gabai. Tangga yang buleyh tahan tinggi 
Konpem lepas naek tangga nie, betis jadik tough! Haha

Inilah "Kepuasan" sebenar maksud aku tuh
Sliding kat batu beramai2.
Best wow!

Lepas mandi, berjimba tak ingat, masing2 perut lapar. Konpem perut rasa cramp. Lagi2 tenaga dikeluarkan tuh perlu diganti dengan jumlah makanan yang setimpal. Haha. Lepas tuh, diteruskan dengan penyampaian award pilihan. Undian datang sendiri dari kami. Sweet!

Sepuloh, dua puloh ekor rabbit 


Mari kita tengok sape yg kena? Alhamdulillah 
Title nih yang mengena. Bukan senang, saingan sengit. 
Jumlah undian yg rapat2. Tapi bagi aku, yang tercalon tuh tetap pemenangnya.
Sayang korang ketat2.

Lepas masing2 berkemas, kami bergerak pulang.
Arghh! turun tangga, 2KM berjalan keluar.

Bye2 Gabai
Ada rezeki kami datang lagi


Source: Courtesy of Awer. Thanks :)

Monday, March 19, 2012

IKEA Freak Out

IKEA bukan nurseri jual bunga kertas kaler purple, IKEA bukan jugak tempat pengumpulan barang kitar semula.  Siyeshly, like an amazing opportunity to go there. Everything is just a new things there. Sebelum ini, boleh kira aku selalu diserang kemaruk, alahan teruk, ngidam tahap langit. Semua kawan aku bukan main cerita pasal Meatball sedap, Daimcake merekah lagi mengiurkan. So, setiap kali dorang habis cter aku berazam nak jugak merasa pergi makan makanan2 tersebut. 


Meatball for Scream.

Yeap, sesampai jea dekat IKEA tuh, bukan maen ligat sengsorang berjalan gaya anak itik. Masing2 keluar dari kereta terus berlari cari pintu masuk. Bertolak awal pagi ditambah pulak dengan sesat entah ke mana, memang boleh buat masing2 jadik lapar teramat. So, kami decide to have a brunch first before touring all around the IKEA. Sampai area Foodcourt tuh, bukan ramai yang beratur. Ye loeh, maybe time cuti sekolah. So, boleh consider ramai yang beratur. Bukan aku sorang yang ketagihkan Meatball tuh, maybe dorang pomm sama gak koet. After queue about half an hour, then its turn for us. Nak decide nak makan apa tuh pom susah. Sebab terlampau banyak makanan yang sedap2. So maen2 ambik jea la koet mana yang sempat. 



Selepas habis jea sesi makan, kami masuk ke dalam ruang IKEA. Best! macam2 ada and of course it specifically for the household needs, furniture and so on. berjalan sana sini, ada jea benda yang best. Kalau ada cash RM 1000, konpem nak beli semua nih. 


The table and chairs look cute 


Bubye IKEA

Big Bang, Song Title: Blue

Sunday, March 11, 2012

Berangan

Kata orang tua, kalau anak dara tue tak elok duduk termenung dekat tangga, nanti kena pinang dek orang. Betul ke? aku pomm kurang pasti, sebab aku takde zaman tuh. Sekarang sume dah lain, setiap masa kalau boleh dok termenung, berangan, fikir entah ke mana2. Kalau tiba time shower, selalu feeling2 jadik Alyah masa AJL sambil2 buih sabun berterbangan. Dramatik! Paling2 part chorus lagu Kisah Hati. Naik berkerut, bersimpul mati urat dahi. Note tinggi mana boleh beraksi biasa. Paling kurang, lambungan manja mikrofon tue perkara biasa, tak pomm Backside kick gaya anak kuda. Hehe. Feeling tue penting, wlupomm suara tak sesedap mana. Itu bukan kisah hati aku atau kisah aku. Tapi itu kisah orang lain punya. Ini berangan punya kisah. 


Bakat terpendam jangan biar terus berendam. 
yang penting Konfiden!

Kalau zaman tadika dulu, bila jea cikgu tadika bibir bergincu merah, berkebaya nyonya tanya pasal cita2. Masing2 semua berebut, tolak2 sebab nak bagitau cita2 dorang. Siap bergaduh taknak kawan lagi. Tapi bila cikgu pilih sorang, dia konfiden jawab nak jadik Doktor. Sorang lagi, "Nak jadik Doktor jugak". Last2, cikgu geleng, ramai pulak nak jadik doktor. Tapi bukan  salah dorang, mungkin itu jea pekerjaan orang dewasa yang dorang tahu. Kalau bukan doktor, mesti cikgu, takpomm polis atau tentera. So typical. 


Eh! cita2 saya nak jadik bidan Kampung Mengkudu Jarum la.

Tapi bila dah besar sikit, masing2 mula fikir yang jauh 18 batu dari fikiran budak tadika. Nak kahwin la, nak beli kereta la, rumah la. Paling ramai pikir nak jadik kaya, dan kaya. Tak kurang jugak yang terdetik nak masuk realiti tv. Nak jadik artis, nanti leyh pergi Anugerah Skrin. Kengkadang terdetik nak jadik success gaya Yuna, atau Adele. Umur boleh dikira agak muda, tapi kejayaan mereka sesuatu yang sangat boleh dibanggakan. Kemewahan atau jadik kaya itu bukan matlamat utama, tapi kepuasan dalam mengejar cita2. Tiada jalan mudah untuk mencipta sebuah kekayaan, atau takde guna Smart Tag, semuanya amik tol bese jea. Sabar tue penting. Mulanya perit, tapi akhirnya dah boleh tersenyum puas dengan kejayaan sendiri.  


Oh, Yuna!
Artist, Fashion Trend-setter, Boutique owner
also Qi's lover. Haha. Oops!


She's proudly represents all the ladies in the world
Dikecam kerana tubuh berisi, but then its not everything
She trusts on her talent. That's the way should be. 
6 Grammy in  Age of 23. ada? 

Berangan tuh tak salah selagi tak terlampau. Tapi jangan hanya dok berangan, tapi usaha kosong. Biar bermula dengan langkah kecikk. Slow2 gaya pemanduan Traktor tanah. Insyallah lama2 kejayaan tuh yang datang sendiri. Usaha kena ikhlas, bersama doa dan tawakal jugak. Kalau sekarang suka kasi hentak kepala kat dinding sebab salu kuat bermimpi, mana tahu satu hari nanti leyh tidur lena beralas bantal bersarung satin emas, berisi bulu ayam putih. What a life means! 

Image Source: Google.


Friday, March 9, 2012

Satu Hari di Aquaria

Tajuk entri di atas patut dibaca ala2 lagu raya M.Nasir (Satu Hari di Hari Raya). Tapi kalau Hari Rayanya ada dua, so nyanyi la Dua Hari di Hari Raya. Haha. Yeap, berada di Aquaria, KLCC macam berada dalam syurga air. Tapi takde tenggelam la punya pomm. Zoo negara pomm buleyh. Macam2 bentuk, rupa binatang ada. Dari segabak besau, sekecik tapak tangannya pomm ada. Menakutkan, atau manja2, comeyh2 pom ada. Setiap masa berada dalam Aquaria tue buleyh dikira masa yang teramat menakjubkan. Kagum, bangga gaya kembang hidung tak boleyh nak kuncop balek pomm ada. Pergi sini, WOW! Pergi sana pulak, WOO! Pergi tempat lain, Ouch, ouch! macam kena cucuk jarumnya pun ada.


KLCC tuh.

Kira dalam setahun tue, buleyh dikira guna jari alien, dalam  2,3 kali jea datang jejak KLCC nih, kalau takde pape, memang pakat takmo pergi sana. Baek lagi ke Chow Kitt, Petaling Street atau i-City. Alang2 dah berpeluang nie, bersama kawan2 aku ke sana. So baek punya plan, ktowg nak try masuk Aquaria tengok. Tiket RM 35 ringgit sekepala, itu belum kira termasuk badan dengan kaki lagi. Haha. Tapi sebab bersponsor, dan adanya Student Card, tiket tue cuma RM 30 dan orang bayar. Bukan aku, kalau tak memang tak masuk dah jah.


Ini kira bahagian2 haiwan darat. Eksotik semua. 
Kengkadang yang tak pernah tengok punya pun ada. 

 

Haa, pilih2 kak.
Kembung, Gelama, Buntal, Arapaima pun ada.


Perghh! Kari kepala ikan. Haha


Aloloeh, yang nie buat aku sebak. 
bukan main nyenyak dia terlentuk tido.
Penat berenang ieye, Encik Penyu?


Ikan Bandaraya versi laut biru. 


Sotong Kurita gabak besau! Drool.

Aku tak pasti masa masuk Aquaria nih umur aku berapa. bukan maen terlebih eksaitedd, mengalahkan budak sekolah rendah yang ada. Budak Tadika pomm kagum tengok semangat terlebih aku nih. Haha. But be chill! Zaman aku kecik2 dulu, mana ada akuarium bapak besau punya. Pergi masuk Petshop yang jual ikan emas pun dah buleyh buat aku kagum, inikan pulak Aquaria. oke, Bye! 





Tahun Tanpa Matang.

Dolu-dolu ingat lagi mak aku dok bising walaupun tak berapa nak dolu sangat la. " Umur dah 22, tapi perangai macam umur 12 bulan, bila la nak besar nie? jadik macam orang muda tuh." Tapi respon aku hanya mampu terkedu. Duduk sopan menyimpuh gaya Jemah tersipu malu. Muka paling tak boleh buat Emak kesayangan aku menahan. Dari kecik sampai besar, kalau dimarah, ditegur jea, muka tue paling kuat pun ala2 Puss-in-boots mintak simpati. Bajet budak 5 tahun, menangis terlentang nakkan Mekdi Hepi meal. Emak hanya mampu mengerut kening walaupun jauh di dalam lubuk hatinya seakan mahu ke dapur, cari pan buat pancake, dan datang semula untuk ketuk muka aku. aku paham. 


Muka mintak lempang tahap 27.

Tapi dengan muka Joker, musuh paling kelakar bagi Batman, aku toleh, memandang redup ke mata hitam emak. Lembut kata aku " Muda lagi untuk jadik dewasa la mak, baru 22 nie. Tunggu la 27 ke, 28 ke, 35 ke." Eh, jangan salah faham. Ini bukan tindakan aku untuk menjadi anak derhaka. Tapi bermanja lentok, gurau senda petang sambil makan pisang goreng panas. Emak paham maksud aku. Tapi bila adik bongsu aku datang mendekati kami berdua, mak geleng. Tak ada beza, baik yang besar, baik yang kecik. Sama manja, sama perangai. Emak senyum. Mungkin emak lebih mengenali anak dia macam mana. Yang itu paling aku suka, Emak sangat memahami. 


Paling muda selalu dibuli. Aku pembuli. Tak matang tuh.

Jadik matang tuh mungkin bukan seperti kau perlu garaukan suara gaya Jalaluddin Hassan, atau kau jalan mendada gaya ayam katik buat pembedahan silikon kasi besar bahagian dada macam ayam daging. Gaya kau cakap, kau hebat segala.  Ataupomm, kau duduk lepak mapleyy sambil layan sisha asap berkepul-kepul yang boleh kasi jelebu KL. Tapi cukup baik la kalau kau boleh kasi beza antara baik dan buruk, berkelakuan baik untuk mak ayah, siblings, guru, dan orang sekeliling. Tahu larangan agama, tahu tanggungjawab. Bila cukup masa bekerja, kembali berbakti kepada ibu bapa. So, bukan kesalahan awam kalau kau 22 tahun, tapi kau masih layan Ben 10: Alien Force sekalipun. Haha. 


lu pe masalah derr? Haha.

Dengan berfikiran positif dan berwawasan, satu hari aku akan jadik seperti Aaron Aziz. Gagah perkasa, matang, dan mampu beristeri dua. Masanya akan tiba Emak. Walaweyh-weyh! Apa kau ngarut dowh?