Ikan-Ikan

Saturday, June 23, 2012

Gila Sama Tribal

Source: www.topman.com

Whats?: susah nak hilang minat sama tribal print nih. Suka :)

Saturday, June 9, 2012

Bawah Umur?

Susah nak define cantuman perkataan bawah umur ini. Sebenarnya, berapa umur yang layak dipanggil bawah umur? Macam aku? Ieye, aku selalu bawah umur, sebab aku comeyh, bersemangat mengalahkan kanak-kanak jagaan hospital. Maafkan aku, aku cuma bersikap jujur. Ngee! Selalunya, benda atau kenangan semasa bawah umur inilah yang paling menyeronokkan sepanjang kita hidup. Betoi tak? Siapa bilang tidak, konpem kena hentak. So, tentulah Ya.

Baru-baru ini aku buat perangai buruk. dan mungkin memalukan bagi mereka yang sedia dewasa. Makan Mekdi atau Mekciken tuh bukan kesalahan, sedangkan ramai jugak yang buat benda yang sama. Tapi tidak bagi aku, sebab aku order Happy Meal! atau bahasa lainnya, Seronoknya Hidangan! Haha. Kan? Tengok. Berani sangat mengaku, alih-alih senang-senang kena maki. Haha. Ramai yang percaya konsep Happy Meal! ini hanya untuk kanak-kanak. Dan bukannya remaja seperti aku. Alahai! kejamnya dunia. Tidak, tidak!

So, peraturan baru. Happy Meal! hanya untuk abang-abang
dan abah-abah. Adek-adek tak buleyh!
Gila kejam punya peraturan. 

Masa kecik, suka sangat tengok kotak-kotak yang ada gambar kartun-kartun kat kedai runcit. Otomatik dalam otak sebelah kanan, set, yang selalunya kotak yang design sebegini konpem ada toys (mainan) free! Macam Ding Dang, Tora. Sebelum bukak bukan main tinggi harapan, berharap dapatlah toys yang diidamkan. Sekali bukak, gaya nak larik kenkang-kenkang, sorak sekampung sebab eksaitednya dapat mainan. Yeay!

Ini Ding Dang, Tora moden. Susah nak hilang kepercayaan 
kat Uncle Bibir Tebal, Hidung Besar kaler Merah nie.

Zaman moden, susah dah nak carik Tora, Ding Dang lagi. Sebab setiap kali mesti kecewa, sebab selalu berharap mainan idaman, tapi lain pulak yang dapat. Kecewa, kecewa sampai hilang keyakinan dengan jiran-jiran. Haha. Malu nak berhadapan dengan rakan sebaya. So, beralih kepada Happy Meal! supaya harapan bukan tinggal harapan. Lagi best, bila kita dah tahu mainan apa kita nak, dann bila boleh dapat. Sebab Uncle Bibir Tebal, Hidung Besar kaler Merah ini baik hati buat iklan kat surat kabo, kat TV. Yes! yes!

Sekali bukak kotak, dapat mainan. 
Bukan main kepalang terharu, gaya leleh-leleh air mata, air hidung
Euww!
Syukor. 

So, tiba masa korang jugak kena mencuba nasib. Siyeshly, jangan daring terlbeyh ikot gaya aku ini. Pedulikan pandangan serong kakak cashier mekdi Drive-thru, apatah lagi customer2 lain. Yang penting kepuasan dalam hidup tuh. Moteph? Haha.


Whats?: Kadang-kadang naik bosan makan benda biasa. Haha

Tuesday, June 5, 2012

Ubat Gigi Kurang Sedap

Hai Semua! bebel berjela, baru sekarang say hi? Bukan apa, dah lama rasanya tak memulakan entri dengan kata aluan. So, ini kira tersangat proper, atau sopan. Siap untuk Tok Penghulu kampung aku alukan. Sekarang aku kira tahap super Saiya Dragon Ball kelas Kelima kejadian, terpaksa bergigihan bertarung menyiapkan tesis. Tanak cakap pasal tesis, nanti mood happy-happy semua hilang. Dan Alhamdulillah tesis selamat dihantar. Haha.

Pengalaman aku, bukan pengalaman sangat sebab pengalaman tuh macam benda dah lama jadik, tapi ini benda yang baru jadik. Dalam 2, 3 minggu lepas. Aku macam manusia lain, setiap hari wajib untuk mandi dan gosok gigi. Kalau time sekolah dulu Nurse gigi bila datang sekolah, selalu pesan, sekurang-kurangnya gosok gigi 2kali sehari yea adik. Tapi bila besar, bukan main, tiap kali mandi mesti wajib aku gosok gigi. Bagus kan? Dijadikan cerita, aku gunakan ubat gigi yang ada untuk memberus gigi. Selalunya aku gunakan brand X. Tak perlu la kann nyatakan Brand sebenar. 

Gosok punya gosok, selesai gosok aku pun pergi buat kerja lain. Kerja rumah la, eseimen la, makan, bersembang semua. Aku rasa kurang selesa, rasa pelik, semacam dekat bahagian dalam mulot aku nih. Nak katakan air liur basi, jauh sekali sebab aku dah gosok gigi. Malam hari, sebelum masuk tidur, aku gosok gigi. Lepas tuh, aku masuk tidur. Keesokan pagi bangun, masih rasa yang sama kat mulot nih. Rasa pelik. Tak sama kalau nak dirasakan macam aku guna ubat gigi yang sebelum2 nie. 

Skill lukisan gunakan paint nih,
nak guna note macam lewat lagi.
hehe
Sumpah tak hepi hidup, rasa pelik nih hari2 datang. tapi nasib baik sekarang aku bertukar kepada ubat gigi lain. hilang masalah. Hehe. Setiap kali, jumpa orang, setiap kali aku nak senyum macam katak kembung. Ngee. Nasihat aku, tolong pekse tarikh kematian satu-satu barang tuh sebelum beli. Kalau tak macam ini la jadiknya.

Whats?: Insyallah, lepas ini aku akan lebih setia dengan belog, takmo curang-curang. Nak kasi semua naik muak, muntah putih baca kisah aku. Sekian :)