Ikan-Ikan

Thursday, April 26, 2012

Serabut Berfinal Projek

Kalau entri aku tak berkisahkan sibuk, memang kira paling tak sah untuk sesebuah entri itu digelarkan sebagai entri. Kalau ada berbaur, berbau sibuk tuh, maka SAHlah entri aku itu layak untuk dipanggil entri. Main sah-sah nie, ingat bernikah ke apa? Salah! Ini bukan kisah bernikah, jauh sekali aku lenggang-lenggok, tersipu malu pergi mengandam si pengantin perempuan. Merepek maban hobi aku. Maafkan saya. Sekarang hidup aku mula masuk fasa kacau-bilau balek. Serabut memikirkan masa yang berbaki untuk habiskan study kat universiti ini. Mungkin masa ini ramai yang menyaksikan letaknya sabut kepala kat kelapa aku ini. Keliru mana rambut, dan mana sabut. Haha. Kena menguruskan tempat praktikel, termasuklah dengan melakukan kije2 kecik sebelum hari pembentangan hasil untuk final projek atau thesis aku.

Kertas conteng nak kasi warning, beringat sikit. 
Hakikat membuat thesis tuh, Mak ai, kecut perut den.

Pembentangan itu akan dibuat minggu depan. Bukan aku jea yang mula sibuk, coursemates aku jugak sibuk. Nie pun even Jiran sebelah bilik kat kolej aku nie pun dok sibuk ingatkan aku suruh siapkan thesis tuh, kasi tumpuan, dan kurangkan enjoy macam kanak2. Terima Kasih Jiran. Nak buat final projek atau thesis ini memerlukan kita bukak, mengadap laptop, termasuk menggunakan beberapa software yang ada. Juga Facebook, Twitter, dan Youtube. Yang terdepan tuh semua betul, tapi yang ter-belakang tuh anggap macam tak betul. Bukan salah. Sebab bagi aku, kita mungkin perlukan benda macam tuh kijap2, untuk hilangkan ngantuk atau gosip mengumpat sebagai sesi selingan. Eh!

Ucapan ikhlas buat semua.

Beberapa hari jea lagi untuk habiskan degree ini. Aku pasti bukan aku dengan coursemate jea yang sibukkan thesis nie. Mungkin ramai lagi yang sibukkan thesis nie jugak atau benda lain. Cuma jaga diri, kesihatan. Pastikan cukop rehat, makan minum, termasuk mandi. Insyallah, semuanya akan dipermudahkan. Usaha tuh walaupun tak cukop gempak mana, tapi pastikan konsisten, berbaloi untuk kemudian hari. Itulah ye, pesanan aku. Hehe. 

Whats?: Ramai coursemate dok mengadu rasa kurang sihat, risau pulak dengan kesihatan diri-sendiri. 

4 comments:

Rozuan Ismail said...

i demam u .. risau plak nak bentang hasil ni suara x de.asyik sakit tekak je.

p/s jgn enjoy sgt.fokus ye.lagi bape hari je nak habiskan hidup kt ukm ni

SAYA BUKAN SAMDOL said...

selamat selamat. moga sukses

QasehCinta EkmalYana said...

good luck......!! ^_^

"rindu zaman degree dulu"
*tetiba..hehehe

kura said...

haa. haaa. selamat! semoga selamat berthesis ye :0