Ikan-Ikan

Monday, March 25, 2013

Satay Zul

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera

Apa story baru Senah? Kepoh-kepoh si Rokiah Rambu, kedek-kedek dia datang bawak story hot, lagi Meletop! HAHA. Kalau korang si Senah, dan opkoss la aku si Rokiah Rambu. Kepoh lagi sensasi.

Tepuk sikit. HAHA. Apalah aku merapu kan?

Hujung minggu lepas punya kisah. Fresh lagi, gaya buah betik dipotong dadu, baru keluar peti sejuk. Sedapnya! HAHA. Tapi ini punya kisah, lagi sedap dari betik. Gulp!

Hari Sabtu, satu hari aku tak makan. Bukan aku je, termasuklah housemate tercinta, manja-manja. Agaknya jenis lahir asing-asing, tapi hidup serumah dah macam kembar. Aku takmo makan, dia pun sama. Agaknya, kalau aku masuk magazine, kau nak masuk sama tak housemate? Gila taknak? Mesti la nakkan.

Aku nekad lagi berazam, nak tunggu, dan tunggu sampai lepas maghrib. Then, baru aku ajak dia kuar makan. Mak aku cakap, aku nih hati keras, berwawasan lagi berhati waja. Begitulah! 

Lepas maghrib, dengan kudrat kaki kuda sebelah kanan, aku start moto. Opkoss la aku Rider of the Night. Kawan aku membonceng. Dengan feeling-feeling nak bau asap bakar satay, sambil menikmati beberapa cucuk satay, maka kami gagah mencari Satay Zul. 

Kawan aku, orang Kuantan ada warning, tak sah kalau duduk Kuantan, pernah naik Rapid Kuantan, jejak ECM, tapi tak cuba Satay Zul. Signature local food Kuantan.

Air Sirap Bandung

Nasi Impit, satu set RM 2.00

Kuah kacang yang sedap!

Satay Ayam semua, kami tak makan daging. Takot nanti kena serang gaut.
Satu cucuk RM 0.70. Standard Price la kan?

Erghhh! Alhamdulillah Kenyang. Amin

At first, kami serang main kedai Satay Zul, kat jalan yang nak on-the-way ke Telok Cempedak, tapi sebabkan ramai customer yang berfamily dan penuh, ramai, So, kami pun pergi cawangan Satay Zul kat Putra Square. 

Ni la kedai main dia.

WHATS?: Aku rasa lama-lama esok belog aku nih pun leyh jadik belog makanan Malaysia. Sori tak banyak pic camne bentuk kedai dia sume, sebab perut lapo, aku terus ngap je, tak sempat nak snap. HAHA!

1 comment:

zuno said...

Orite nnti aku dtg kuantan dh tau nk gi mkn kt mana