Ikan-Ikan

Friday, March 9, 2012

Tahun Tanpa Matang.

Dolu-dolu ingat lagi mak aku dok bising walaupun tak berapa nak dolu sangat la. " Umur dah 22, tapi perangai macam umur 12 bulan, bila la nak besar nie? jadik macam orang muda tuh." Tapi respon aku hanya mampu terkedu. Duduk sopan menyimpuh gaya Jemah tersipu malu. Muka paling tak boleh buat Emak kesayangan aku menahan. Dari kecik sampai besar, kalau dimarah, ditegur jea, muka tue paling kuat pun ala2 Puss-in-boots mintak simpati. Bajet budak 5 tahun, menangis terlentang nakkan Mekdi Hepi meal. Emak hanya mampu mengerut kening walaupun jauh di dalam lubuk hatinya seakan mahu ke dapur, cari pan buat pancake, dan datang semula untuk ketuk muka aku. aku paham. 


Muka mintak lempang tahap 27.

Tapi dengan muka Joker, musuh paling kelakar bagi Batman, aku toleh, memandang redup ke mata hitam emak. Lembut kata aku " Muda lagi untuk jadik dewasa la mak, baru 22 nie. Tunggu la 27 ke, 28 ke, 35 ke." Eh, jangan salah faham. Ini bukan tindakan aku untuk menjadi anak derhaka. Tapi bermanja lentok, gurau senda petang sambil makan pisang goreng panas. Emak paham maksud aku. Tapi bila adik bongsu aku datang mendekati kami berdua, mak geleng. Tak ada beza, baik yang besar, baik yang kecik. Sama manja, sama perangai. Emak senyum. Mungkin emak lebih mengenali anak dia macam mana. Yang itu paling aku suka, Emak sangat memahami. 


Paling muda selalu dibuli. Aku pembuli. Tak matang tuh.

Jadik matang tuh mungkin bukan seperti kau perlu garaukan suara gaya Jalaluddin Hassan, atau kau jalan mendada gaya ayam katik buat pembedahan silikon kasi besar bahagian dada macam ayam daging. Gaya kau cakap, kau hebat segala.  Ataupomm, kau duduk lepak mapleyy sambil layan sisha asap berkepul-kepul yang boleh kasi jelebu KL. Tapi cukup baik la kalau kau boleh kasi beza antara baik dan buruk, berkelakuan baik untuk mak ayah, siblings, guru, dan orang sekeliling. Tahu larangan agama, tahu tanggungjawab. Bila cukup masa bekerja, kembali berbakti kepada ibu bapa. So, bukan kesalahan awam kalau kau 22 tahun, tapi kau masih layan Ben 10: Alien Force sekalipun. Haha. 


lu pe masalah derr? Haha.

Dengan berfikiran positif dan berwawasan, satu hari aku akan jadik seperti Aaron Aziz. Gagah perkasa, matang, dan mampu beristeri dua. Masanya akan tiba Emak. Walaweyh-weyh! Apa kau ngarut dowh?




3 comments:

Rozuan Ismail said...

amboi,besarnya harapan.huhu

amir aizat said...

nak kahwin lattew, hehe

YOUsoF said...

Aku pun jenis manja dengan mak aku walaupun aku masih ada sorang lagi adik perempuan.. Tapi mungkin kemanjaan kau lebih sikit lah.. heheh


Kartun Ben 10 akul ayan gitu² je, game dia aku layan sampai habis.. ;D



Gagah perkasa tu dah nampak, matang tu kena cari sikit lagi dan mampu beristeri dua tu aku tidak pasti... hahah