Ikan-Ikan

Friday, March 9, 2012

Satu Hari di Aquaria

Tajuk entri di atas patut dibaca ala2 lagu raya M.Nasir (Satu Hari di Hari Raya). Tapi kalau Hari Rayanya ada dua, so nyanyi la Dua Hari di Hari Raya. Haha. Yeap, berada di Aquaria, KLCC macam berada dalam syurga air. Tapi takde tenggelam la punya pomm. Zoo negara pomm buleyh. Macam2 bentuk, rupa binatang ada. Dari segabak besau, sekecik tapak tangannya pomm ada. Menakutkan, atau manja2, comeyh2 pom ada. Setiap masa berada dalam Aquaria tue buleyh dikira masa yang teramat menakjubkan. Kagum, bangga gaya kembang hidung tak boleyh nak kuncop balek pomm ada. Pergi sini, WOW! Pergi sana pulak, WOO! Pergi tempat lain, Ouch, ouch! macam kena cucuk jarumnya pun ada.


KLCC tuh.

Kira dalam setahun tue, buleyh dikira guna jari alien, dalam  2,3 kali jea datang jejak KLCC nih, kalau takde pape, memang pakat takmo pergi sana. Baek lagi ke Chow Kitt, Petaling Street atau i-City. Alang2 dah berpeluang nie, bersama kawan2 aku ke sana. So baek punya plan, ktowg nak try masuk Aquaria tengok. Tiket RM 35 ringgit sekepala, itu belum kira termasuk badan dengan kaki lagi. Haha. Tapi sebab bersponsor, dan adanya Student Card, tiket tue cuma RM 30 dan orang bayar. Bukan aku, kalau tak memang tak masuk dah jah.


Ini kira bahagian2 haiwan darat. Eksotik semua. 
Kengkadang yang tak pernah tengok punya pun ada. 

 

Haa, pilih2 kak.
Kembung, Gelama, Buntal, Arapaima pun ada.


Perghh! Kari kepala ikan. Haha


Aloloeh, yang nie buat aku sebak. 
bukan main nyenyak dia terlentuk tido.
Penat berenang ieye, Encik Penyu?


Ikan Bandaraya versi laut biru. 


Sotong Kurita gabak besau! Drool.

Aku tak pasti masa masuk Aquaria nih umur aku berapa. bukan maen terlebih eksaitedd, mengalahkan budak sekolah rendah yang ada. Budak Tadika pomm kagum tengok semangat terlebih aku nih. Haha. But be chill! Zaman aku kecik2 dulu, mana ada akuarium bapak besau punya. Pergi masuk Petshop yang jual ikan emas pun dah buleyh buat aku kagum, inikan pulak Aquaria. oke, Bye! 





7 comments:

Rozuan Ismail said...

kau memang.over kalahkan budak2 jer

wanabee said...

whoa..seronok leww orang bayo kan masuk aquaria .. hoho..

tengok sotong tu teringat makanan jepun ada sotong ulat .. uih..bukan main menyelerakan..haha ! >_<

ikan said...

Rozuan: hehe. itu baru la namanya Belia. enjoy berhabesan. hehe

ikan said...

wanabee: tue la pasal, tapi ini ulat2 dia tuh besar semacam.

tue belum tengok part kepala dy tuh lagi. lembik2. hehe

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

aku lg laaa TAK PERNAH yeee..TAK PERNAH MASUK !!!!! sob sob sob..

Zamri A. said...

best nyer nampak aquaria... mmg xpernah masuk pun lagi walaupun selalu jer pi klcc. huhu.. :)

ikan said...

Zamri A. : then you really shud go there. try experience it :)