Ikan-Ikan

Showing posts with label kegila-an. Show all posts
Showing posts with label kegila-an. Show all posts

Saturday, June 9, 2012

Bawah Umur?

Susah nak define cantuman perkataan bawah umur ini. Sebenarnya, berapa umur yang layak dipanggil bawah umur? Macam aku? Ieye, aku selalu bawah umur, sebab aku comeyh, bersemangat mengalahkan kanak-kanak jagaan hospital. Maafkan aku, aku cuma bersikap jujur. Ngee! Selalunya, benda atau kenangan semasa bawah umur inilah yang paling menyeronokkan sepanjang kita hidup. Betoi tak? Siapa bilang tidak, konpem kena hentak. So, tentulah Ya.

Baru-baru ini aku buat perangai buruk. dan mungkin memalukan bagi mereka yang sedia dewasa. Makan Mekdi atau Mekciken tuh bukan kesalahan, sedangkan ramai jugak yang buat benda yang sama. Tapi tidak bagi aku, sebab aku order Happy Meal! atau bahasa lainnya, Seronoknya Hidangan! Haha. Kan? Tengok. Berani sangat mengaku, alih-alih senang-senang kena maki. Haha. Ramai yang percaya konsep Happy Meal! ini hanya untuk kanak-kanak. Dan bukannya remaja seperti aku. Alahai! kejamnya dunia. Tidak, tidak!

So, peraturan baru. Happy Meal! hanya untuk abang-abang
dan abah-abah. Adek-adek tak buleyh!
Gila kejam punya peraturan. 

Masa kecik, suka sangat tengok kotak-kotak yang ada gambar kartun-kartun kat kedai runcit. Otomatik dalam otak sebelah kanan, set, yang selalunya kotak yang design sebegini konpem ada toys (mainan) free! Macam Ding Dang, Tora. Sebelum bukak bukan main tinggi harapan, berharap dapatlah toys yang diidamkan. Sekali bukak, gaya nak larik kenkang-kenkang, sorak sekampung sebab eksaitednya dapat mainan. Yeay!

Ini Ding Dang, Tora moden. Susah nak hilang kepercayaan 
kat Uncle Bibir Tebal, Hidung Besar kaler Merah nie.

Zaman moden, susah dah nak carik Tora, Ding Dang lagi. Sebab setiap kali mesti kecewa, sebab selalu berharap mainan idaman, tapi lain pulak yang dapat. Kecewa, kecewa sampai hilang keyakinan dengan jiran-jiran. Haha. Malu nak berhadapan dengan rakan sebaya. So, beralih kepada Happy Meal! supaya harapan bukan tinggal harapan. Lagi best, bila kita dah tahu mainan apa kita nak, dann bila boleh dapat. Sebab Uncle Bibir Tebal, Hidung Besar kaler Merah ini baik hati buat iklan kat surat kabo, kat TV. Yes! yes!

Sekali bukak kotak, dapat mainan. 
Bukan main kepalang terharu, gaya leleh-leleh air mata, air hidung
Euww!
Syukor. 

So, tiba masa korang jugak kena mencuba nasib. Siyeshly, jangan daring terlbeyh ikot gaya aku ini. Pedulikan pandangan serong kakak cashier mekdi Drive-thru, apatah lagi customer2 lain. Yang penting kepuasan dalam hidup tuh. Moteph? Haha.


Whats?: Kadang-kadang naik bosan makan benda biasa. Haha

Wednesday, April 18, 2012

Terkini

Buhsan teramat belum sampai tahap gila. Punya sibukkan urusan dunia nie, sampai lupa pulak kat belog aku yang satu nie. Dalam masih berkesempatan nie, wlupomm baju sebaldi belum berbasuh, eseimen menimbun gaya pasir sungai kena sedut keluar, maka aku bernekad sementara untuk meluangkan masa untuk kasi hupdet belog nie. Kesibukan melanda mengalahkan tukang jahit terima tempahan Kebarung manik, hidup tak tenang. Lagi-lagi kije bertambah, tapi belum ada niat dalam hati aku nak setelkan kije tuh. Orang lain bila banyak kije buleyh nampak sibuk dia tuh, sampai berpeluh2 ketiak, ketiak aku nie cool jea, lembab pun tidak. Kiranya tak sibuk mana la tuh. 

Kecut perut, sekali dengan lemak2 pada part paling boroi kat perut aku nie. Habis jea cuti dah nak kena fokus midterm yang langsung taleyh buat aku nak control hensem beberapa ketika nih. Berkerut2 muka gaya belum telan kolagen murah. Sepanjang masa risaukan banyak note yang belum bercover, termasuk berat badan yang mengelirukan. Berat tuh masih berat, kadang2 rasa seksi tuh ada, cuma konfiden tuh belum tahap Gunung Jerai. Pergi kelas muka lesu, balek kelas muka gaya mintak hempuk dengan kuali goreng telur. Fuh, penatnya la weyh. Tapi Alhamdulillah setel dah dua paper midterm. So, sekarang kira macam banyak masa aku berbaki untuk bermain Teng-Teng. HAHA.

Bye-Bye Midterm

Dan sekarang mula gilakan drama korea. Mula dengan download dan nonton episode satu, terperanjat macam mana buleyh tertengok sampai episod 8. Sekarang pun masih mendownload lagi dan lagi. Aishh, bukan maen kuat penangannya tuh. Bukan kata aku nie jenis melayan cter jiwang, jauh sekali membuktikan yang sebenarnya aku nie jenis kaki Kpop sejati. Muka tak puteh, apatah lagi bentuk badan larik alignment. Jauh dari korean look tuh. Mungkin sebab dah buhsan layan series english, or cerita2 melayu yang suam2 kuku tuh. 

Fashion King.
dan heroin dia pasti bukannya Fasha Sandha.


Whats?: kemaruk Korea skang. Aish!


Thursday, March 29, 2012

Tangan Punya Kerja 2012 Giveaway

Hari ini macam hari Khamis yang lain. Kalau Khamis2 sebelum nie aku dok terperuk dalam bilik, maka sama la jugak dengan Khamis minggu nie. Masih duduk kat bilik dan terperuk. Kebiasaannya, hari Khamis untuk semester nie, adalah hari cuti. Kosong tanpa kelas. So, boleh tido puas2, dan online untuk korek2 cter, download movie2 latest, dan makan besar dalam bilik. Semuanya hanya di bilik. Disebabkan bosan macam biasa, terdetik jauh dalam lubuk hati aku untuk berblog, dan mengorek beberapa blog yang best. Korek2 punya korek. Aku terjumpa blog sorang minah nie. Bahasa tuh jaga sikit, bukan Minah la, She's a Girl. Yeap! Maksud aku dia sorang blogger perempuan. Ini belog beliau :)

Tangan Punya Kerja 
Milik Faten Osman 

Siyeshly, this blog is quite different on what already had. I think its owner quite a creative person. Part paling aku suka dalam belog nie opkoss because of her drawing. Dia buat entri yang berbentuk komik. So, sedikit sebanyak berbeza dengan dah sedia ada. Her drawing is so fantastic. Yang mungkin buleyh buat aku kata yg dia nie layak bergelar kartunis sejati. Kena dengan jiwa aku yang sukakan seni nie. And she also have DIY Artpieces. which is awesome! dan memberikan aku beberapa idea untuk menghasilkan DIY items sendiri. 


Dan skang TPK bermurah hati nak kasi Hadiah
Klik sini

Belog dia simple, tak serabut. But then maybe nak kena tukar kaler tulisan, sebab kelabu tuh mcm kurang nampak. Kalau Hitam, konpem boleh nampak. Hehe. Jangan Marah Faten. Untuk Menarikkan lagi belog nih, Maybe Faten kena banyakkan lagi lukisan2 Faten. Or, Buat belog tuh ada warna. Kasi Nampak lagi Exclusive. Hehe. Sekian. Hope korang semua sudi ke belog dia. Have a look for yourself. Then you will know her :)

Hope aku buleyh menang Tote Bag. Sebab Tote Bag dy sangat2 cantik. Lain dengan yg dah sedia ada kat Market. Dan buleyh buat aku nampak lagi hensem dan hensem untuk digayakan ke kelas. Haha.

Khamis ini Khamis special, sebab kenal blogger hebad. 

Wednesday, March 28, 2012

Kosong-Kosong


Lirik Kosong by Najwa Latif

Kau melihat diriku
Seperti sesuatu
Yang mencabar dirimu
Akal dan mindamu
Kau mendustaiku
Kau bilang mereka tak tahu
Siapa diriku
Sedangkan kau juga begitu

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa

Kosong...kosong

Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku

Kosong...kosong

Kini aku bangkit
Membuktikan yang ku tak sakit
Dengan segala perit yang kau berikan
Kini aku pantas berjalan
Bergerak ke hadapan
Dan akan ku buktikan
Siapa diriku yang sebenar

Kosong...kosong

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa

Kosong .. kosong 

Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku

Kosong...kosong

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa

Kosong...kosong



Congrats Najwa, its like everyone's fevret now! 

Monday, March 19, 2012

IKEA Freak Out

IKEA bukan nurseri jual bunga kertas kaler purple, IKEA bukan jugak tempat pengumpulan barang kitar semula.  Siyeshly, like an amazing opportunity to go there. Everything is just a new things there. Sebelum ini, boleh kira aku selalu diserang kemaruk, alahan teruk, ngidam tahap langit. Semua kawan aku bukan main cerita pasal Meatball sedap, Daimcake merekah lagi mengiurkan. So, setiap kali dorang habis cter aku berazam nak jugak merasa pergi makan makanan2 tersebut. 


Meatball for Scream.

Yeap, sesampai jea dekat IKEA tuh, bukan maen ligat sengsorang berjalan gaya anak itik. Masing2 keluar dari kereta terus berlari cari pintu masuk. Bertolak awal pagi ditambah pulak dengan sesat entah ke mana, memang boleh buat masing2 jadik lapar teramat. So, kami decide to have a brunch first before touring all around the IKEA. Sampai area Foodcourt tuh, bukan ramai yang beratur. Ye loeh, maybe time cuti sekolah. So, boleh consider ramai yang beratur. Bukan aku sorang yang ketagihkan Meatball tuh, maybe dorang pomm sama gak koet. After queue about half an hour, then its turn for us. Nak decide nak makan apa tuh pom susah. Sebab terlampau banyak makanan yang sedap2. So maen2 ambik jea la koet mana yang sempat. 



Selepas habis jea sesi makan, kami masuk ke dalam ruang IKEA. Best! macam2 ada and of course it specifically for the household needs, furniture and so on. berjalan sana sini, ada jea benda yang best. Kalau ada cash RM 1000, konpem nak beli semua nih. 


The table and chairs look cute 


Bubye IKEA

Friday, March 9, 2012

Satu Hari di Aquaria

Tajuk entri di atas patut dibaca ala2 lagu raya M.Nasir (Satu Hari di Hari Raya). Tapi kalau Hari Rayanya ada dua, so nyanyi la Dua Hari di Hari Raya. Haha. Yeap, berada di Aquaria, KLCC macam berada dalam syurga air. Tapi takde tenggelam la punya pomm. Zoo negara pomm buleyh. Macam2 bentuk, rupa binatang ada. Dari segabak besau, sekecik tapak tangannya pomm ada. Menakutkan, atau manja2, comeyh2 pom ada. Setiap masa berada dalam Aquaria tue buleyh dikira masa yang teramat menakjubkan. Kagum, bangga gaya kembang hidung tak boleyh nak kuncop balek pomm ada. Pergi sini, WOW! Pergi sana pulak, WOO! Pergi tempat lain, Ouch, ouch! macam kena cucuk jarumnya pun ada.


KLCC tuh.

Kira dalam setahun tue, buleyh dikira guna jari alien, dalam  2,3 kali jea datang jejak KLCC nih, kalau takde pape, memang pakat takmo pergi sana. Baek lagi ke Chow Kitt, Petaling Street atau i-City. Alang2 dah berpeluang nie, bersama kawan2 aku ke sana. So baek punya plan, ktowg nak try masuk Aquaria tengok. Tiket RM 35 ringgit sekepala, itu belum kira termasuk badan dengan kaki lagi. Haha. Tapi sebab bersponsor, dan adanya Student Card, tiket tue cuma RM 30 dan orang bayar. Bukan aku, kalau tak memang tak masuk dah jah.


Ini kira bahagian2 haiwan darat. Eksotik semua. 
Kengkadang yang tak pernah tengok punya pun ada. 

 

Haa, pilih2 kak.
Kembung, Gelama, Buntal, Arapaima pun ada.


Perghh! Kari kepala ikan. Haha


Aloloeh, yang nie buat aku sebak. 
bukan main nyenyak dia terlentuk tido.
Penat berenang ieye, Encik Penyu?


Ikan Bandaraya versi laut biru. 


Sotong Kurita gabak besau! Drool.

Aku tak pasti masa masuk Aquaria nih umur aku berapa. bukan maen terlebih eksaitedd, mengalahkan budak sekolah rendah yang ada. Budak Tadika pomm kagum tengok semangat terlebih aku nih. Haha. But be chill! Zaman aku kecik2 dulu, mana ada akuarium bapak besau punya. Pergi masuk Petshop yang jual ikan emas pun dah buleyh buat aku kagum, inikan pulak Aquaria. oke, Bye! 





Monday, February 27, 2012

Salah Sendiri, Kau Salahkan yang Lain

Dua, tiga malam aku tak tenang hidup. Keluar masuk toilet sebab nebess melampau. Bukan maen duk risaukan satu benda nih. Bukan exam, sebab setiap kali exam aku selalu pura-pura hidup bahagia, lari-lari siul gaya itik air. Yang nih sebab belog ini la. Lama usang berbiar, macam tanah tak bertuan. Usang gaya aku. Bukan la Vintage tuh, tapi sebab nak menunggu idea tue nak datang menjunam dari langit lalu terhempas ke ladang ubi. Idea tuh gaya epik Meteor Garden cerita siri Korea, punya la susah nak dapat. Cukup bebel kisah punya susah nakkan hupdet blog nih. Mari ke kisah lain.

Alhamdulillah, seminggu sudah aku lalui untuk semester baru nih. Agak penting semester nie, sebab nie semester terakhir. sebelum aku bergelar jadik Graduate Student. Bukan main semangat sekarang, pukul 12 jea, aku terus berlari anak ke tandas, gaya gosok gigi kat sekolah tentera lama. Berbekalkan berus gigi rongak dengan ubat Gigi Colgate, serta pencuci muka, gegeh aku membersihkan diri. sebelum masuk tidur basuh kaki, takot kalau mimpi dikejar rimau. aku paling kagum kalau cter aku nie berbau sedikit mitos. huhu.

Sekarang nih belum masa sibuk, boleyh lagi pergi bilik sebelah, berpakat dengan budak2 floor, maen aci kejar. Cari port paling jauh, konon paling lambat dijumpai. tapi sekali kau kena nyorok hantu. Betapa lapangnya masa aku sekarang ini. Kuak melentang dalam bilik. Keluar masuk, keluar makan, berpoya-poya sakan. Kalau kata malam nak buat latihan rumah sukan, nie la antara waktu yang paling sesuai. 



Latihan camni, paling sesuai untuk 32 X 100mm . pas baton.

Tapi itu kalau cuma waktu zaman-zaman sekolah menengah. time hingus dok mengalir lagi. Tapi sekarang hidup gaya remaja matang. Jiwa berlibur tuh masih kuat. kalau buleyh setiap malam, malam menonton movie. bukan di wayang, tapi di lappy. Alangkah heaven. dok bahagia melayan muvie. tinggalkan dunia belajar seketika. pheww! Gegeh ketuk pintu bilik kawan, pinjam Hard disk. semangat nak tengok GLEE season 3. 
Banyak yang tertinggal, dah lama tak tengok, sekali tengok balek. banyak yang dah berubah. mengejutkan. best pulak. huhu. 


nie scene paling buleyh buat aku kagum
gaya kembang hidung, pastuh berterusan kembang.
haha

nie punca sebab aku masih seronok bergoyang kaki, berhoneymoon sakan skang. sedarlah manusia. rajin tue perlu.

Tuesday, February 14, 2012

Hias Bilik

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera.

Mungkin ramai yang dok membilang hari bila, bila dan bila mahu pulang ke universiti, kolej masing2. atau ada yang dok gerun menunggu keputusan peperiksaan. atau tengah dok rumah sambil goyang2 kaki, goyang badan mengikut rentak di radio.halo-nyea-la-hoi pomm, mereka punya suka mahu buat apa pomm. haha. 

Insyallah kurang seminggu semester baru bakal bermula. semangat baru, azam baru, baju baru semua baru. haha. Insyallah, semoga semester baru mendatang nie membawa seribu kebaikan bagi semua. ternyata minat baru aku meronta dalam jiwa. time cuti sudah mula plan nak buat macam2. macam2 aku survey try bukak tengok. minat baru aku bukan tanam bunga nyea pomm, tapi nak hias bilik sendiri kat kolej nie. yeap, its a kind of heart passion. and i love decoration and arts. just give a try. alhamdulillah dah buleyh rasa seronok untuk tinggal di bilik kolej wlupomm bukan macam bilik sendiri gaya di rumah. 

For the starting, opkoss mengalih apa yang tak patut. mengurangkan semak yang dah sedia ada semak. bilik kecikk, tapi muatan mengalahkan stor sukan. huh! apa yang patut buang, buang. tapi sebaeknya, hantar ke tong recycle. hehe. but the main focus, opkoss the board. haha. macam2 dalam otak nie nak buat, but then last night is for the first step. Personal Name Banner. Its simply done, but still interesting look :)


Board yang perlu di-make over 
kinda messy here and there 



simple personal name banner,
give a try and u get it
:)


whats?: suka tengok tempat cantik & kemas 


till next BOO bubbling 

Bubye Peoples 




Friday, January 27, 2012

Course vs Passion

Assalamualaikum w.b.t & Selamat Tahun Baru Cina.

Semua orang buleyh tepuk tangan, tepuk kaki tapi jangan kasi hentak kepala dekat dinding. sebab alhamdullilah exam sudah habes, agak basi exam punya kisah. tapi sekarang aku baru diberi kekuatan untuk meng-update blog nih # gaya kau Gopal la kann dalam Boboi Boy tue, sekali tanjatt, sekali kau kuat. haha. Tahun Baru Cina punya raya, kita dapat cuti. macam tue jugak bila kita meriah beraya, satu Malaysia pun turut cuti. Alhamdulillah. rezeki hidup di bumi Malaysia yang pelbagai budaya dan agama nih. aku bukan main sedap mem-pomot gaya aku duta pelancongan Malaysia. tak gtuh? haha

Tinggal satu semester jea lagi dan insyallah aku bakal menamatkan degree aku. sampai tahap nie, dah terpikir2 apa nak buat, apa nak rancang untuk kehidupan seterusnya. kalau dulu, buleyh bangon lewat pagi, lima minit lagi kelas nak mula baru nak mandi. tapi insyallah lepas nie kalu berkije, awal pagi dah nak kena bangon iron baju, peningkan paperwork, due date dan sume. kalu dulu buleyh main2, gelak besau dengan kawan2. tapi skang sume akan bawak haluan masing2. jauh antara satu sama lain. sdeyh nyea la. 

Mungkin lepas nie, aku da buleyh pkirkan tentang apa sebenar mahu aku. # lagu Indonesia sgt. insyallah, perancangan itu datang dengan niat, kalau ianya ikhlas, insyallah dipermudahkan segalanya. langkah sukar jadik senang. aku cuma memasang niat. dengan sokongan kawan2, doa ibubapa, aku megharapkan keajaiban pada masa mendatang. amin .


whats?: debaran tue tandanya realiti kea..?ini yang dikatakan mahu aku. sebenarnya.

till next BOO-bubbling

bubye Peoples 


Wednesday, December 14, 2011

Contengan Alien

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera

Semalam punya penangan tidur gaya badak lambung sampai ke malam nie aku buleyh rasa saket belakang nie. Kat bahagian bahu nie rasa lenguh, macam nak tercabut gaya kepak ayam panggang # weyh, benda laen lu buleyh kasi taruh, tapi makanan baek lu jangan, nanti gua hentak lu kang, perut gua lapar nih. ooo, oke oke. HAHA. Entah larr, masa bangun pagi, tade larr pulak rasa sengal-sengal nie, seperti kebiasaan, step tai-chi yang bese aku prektiss, senang jea aku buat. Licinn. Smooth kata omputeh. Lepas jea bersiap, terus semangat aku keluar bilik berlari nak pegi kuliah # oke, nie 79 juta menipu abesh. tapi tolong dann tolong percaya. Part saket bahu tue, bukan part berlari nak pergi dengar kuliah. HAHA. Concentrate time in lecture, all of sudden, belakang kat bahu aku nie meregang, macam menarik. siyesh saket. nak pusen kepala pomm da macam Robocop salah tidur. Aishh.

Disebabkan saket bahu nie, aku seharian jadik lemah semangat. Nak buat apa pomm macam rasa malas. Tade mood nak dengar lecture. Kebetulan kelas hari nie sampai lewat petang sebab aku ada kuliah 3 jam. # mahu mati keras aku dalam lecture tue. Lepas makan sume, aku masuk lecture hall. Hari nie tiba giliran grup laen present assignment dorang. Sebab aku dah present minggu lepas. So, aku baek duduk depan lecturer. # oo ieye? nama subjekk tue pengurusan emosi. Tapi indah nama dari rupa. Setiap kali kelas nie, mesti dann mesti aku akan beremosi sebab lecterur dia suka buat quiz last minit punya mari. Dok punya bowink mendengar presentation, aku pomm bajet aku student-tahun-ini, bukak notebook. Buat gaya aku menulis setiap apa yang kawan aku present. Tapi hakikatnya, hanya dann hanya aku sorang jea yang tahu. HAHA # gelak besau-besau gaya lembu ternakan.



masa duk dengar presentation,
aku leka baca jurnal for next eseimen
dunno why, lately aku suka lukis gajah kat header


masa nie grup laen ngah present "Empati & Simpati"
Haha. 


tade moteph. tapi aku suka :)


whats?: jarang buleyh fokuss time kuliah skang. hurmm.

till next BOO bubbling

bubye Peoples



Monday, December 12, 2011

Eh, Eh

Assalamualaikum w.b.t & Selamat Pagi

Lama tak ber-hupdet disebabkan plug switch bilik aku yang rosak, dan internet yang tidak mengizinkan. dann akhirnya Alhamdullilah sume nyea kembali okie. dann aku sudah mula boleyh meng-updet status dan entri. dann sure-sure ramai yang tidak sabar menantikann updet aku. # haa..? kau bajett kau artis. SICK! haha. semalam berkesempatan keluar kijapp. dok buhsan berlegar2, merayau ke sana-sini. aku berhenti kat mag shop, belek2 mag latest, gosip latest, komik hebat terulung sume aku kasi belek. dann opkoss setiap kali mesti aku kagum dengan cover depan mag Eh! nie. entah kenapa. setahun lepas aku beli, kali ini aku beli lagi.nak cari idea for the next sketch itu bukan senang. nak kena cari source luar jugak. 


cover depan Fazura
ohsemm! and she wore dress from Chanel 


fevret page. its a COLOUR festive everybody.



Free gift
EH! 20 yang anggun


side-mag including Free Loreal Shampoo.


whats?: updet yang tak berapa bermotiff kukuh :P


till next BOO bubbling

bubye Peoples


Saturday, December 3, 2011

Ong, Ong Ombak Rindu

Assalamualaikum w.b.t & Selamat Hari Ahad

Buhsan nyea larr terperuk dalam bilik. tdoe, makan, sambung tdoe balek. # maaf, ini musim hujan. jangan sepenuhnya menyalahkan aku. HAHA. lately macam trend, semua macam pakat dibayar oleh produser untuk mempromot filem Ombak Rindu tueh. tapi mungkin tidak, cter tue cter besh la koet, sememangnya ptot semua orang gaya kena rasuk hantu. masing-masing nak tengok Ombak Rindu. dann aku pomm tak terkecuali. nak jugak # Pliss someone? wink3.

status di Facebook: " aishh, tak buleyh btoi tengok lelaki menangis sebab cinta nie, tak penah aku jumpa." "ermm, perlu ke Liesa Sughihani tue jadik camtue " " kenapa dia kena jual sebab kena bayar hutang?". macam2 kann..? tapi itu belum termasuk blog. keuntungan RM 750 000 sehari dan Mid Valley full booked?. #superb. mungkin mengatasi Twilight: Breaking Down ittew. wow! sekarang aku rasa sudah ada muvie setanding Legenda Budak Setan. huhu. dann aku maseh blom berkesempatan mengunjungi cinema berdekatan. tapi satu hari nanti aku pasti dpt seat dan tonton muvie nie . HAHA . nak, nak, nak


suka lagu ini ">,<

Lirik Ombak Rindu 
by Hafiz & Adira

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hanya mampu berserah
Moga cahaya tiba nanti

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku…

uuu…uuu..
ouch! haha

whats?: sesungguhnya aku skang tersangat pelik cara aku feel dengan lagu nie. kalu orang laen maybe feel bajet nga bercinta. tapi aku ttber rasa rindu sama parents & family . HUH!

till next BOO bubbling

bubye Peoples 

Sunday, November 20, 2011

Wisely-wasting Weekend

Assalamulaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

Mendoakan semua rakan sentiasa sihat dan bahagia. Aminn. yeap! masih berbaki satu lagi Mid-Sem test paper. and yet, aku masih terperangkap antara mood mahu-hepi atau mood sedih-mengurung-diri. bukan mengurung diri tamo berhadapan masyarakat. tetapi perlu study teramat kuat for the last tomorrow paper. Huh, kuat sangat ke tue? haha, hanya dan hanya aku yang tahu.#doakan ieye? aminn. tapi kata Puteri TV3, "hidup itu hanya sekali, so kita ENJOY!". disebabkan enjoy puteri tue larr aku mengambil inisiatif tamo berterusan berkurung dalam bilik dan study. dan perlu keluar mencari hiburan. #gaya macam bukan salah ko, tapi salahkan minah pelakon tv yg 79juta kali gojes ittew. HAHA.

ujung minggu ini hari paling bermakna bagi super-senior aku. yeap! once in a life. She's getting married with her Mr. Right. Tahniah! see her face its like Einsten Bulb. shining all the time. orang bahagia, melihatkan dia dan pasangan bahagia, maka, kita perlu mendoakan semoga dia peroleh kebahagiaan bersama pasangan sehingga ke anak cucu cicit, dunia akhirat. aminn. congrats Kak Dell, and cepat-cepat ada baby. Oops! O.o Haha

dengan keadaan tak-berapa-nak-sembuh + hidung leleh-leleh hingus. Euww! aku masih gegeh bersama kawan tersayang gerak menuju kenduri kat Klang. siap berkonvoi dengan love seniors. about 1 hour, 45 minutes, dari Bangi terus ke Klang. #jaoh tue. and finally we arrived there. cantik . bertemakan ungu. # go Bieber. huh! sampai ada kuih apam nie pom ada dot-dot purple. cute and adorable!

disebabkan tak menang tangan, sedikit kelam-kabut. tak banyak pic yang sempat aku snap. just a few. sori!



call him Mr Brownie
wheneverr i go, 'he's always with me-best companion
bag fevret. gaya mahal. tapi.. erghh!!
segala macam aku sumbat ibarat dia nie tauhu sumbat
walaweyh-weyh!


sekali 4+1 naek pelamin
as usual me in that checked shirt 
tengs Picnik born the new,extra fair me!
HAHA.
#sowie, senyum ketat, aku belom ready, p dorg da capture.


back ukm on the late afternoon, having an enuff rest. Sudden, big major offer came. these peoples ask me on having dinner at ICEROOM. superb cool. tanpa rasa bersalah pada diri-yang-masih-berhingus. konfiden aku hangguk. Boleyh, boleyh, boleyh. yea, mari kita ke iceroom untuk dinner. Sick!


ini aku order
Peanut icecream
sedap, boleyh rasa the crunch of the peanut inside the ice
plus somemore, i ordered nasi lemak
lidah melayu weyh, nak buat camne
* the pic above, ice cream still in good shape


*on the few seconds later
 everyone is just like losing their control
meratah gaya burung hering
poor my ice-cream :(

ICEROOM having a bundle of superb delicious ice-cream. siyeshly korang akan rasa memang macam makan dalam peti ais, sebab punya la sejuk. air con full blast tuh. sobs! makin kuat leleh la aku pasnih, haha 



whuts?: sorry, entry post kali nie penuh dengan Euw-euw things. Haha. 



till next BOO bubbling

bubye Peoples 





Saturday, November 5, 2011

Selamat Hari R a y a Aidiladha

Assalamualaikum w.b.t & Salam Aidiladha

gaya aku bukan salah sorang zombie yang keluar meronda malam mencari mangsa buat korban besok hari. tapi masih tetap bersenyawa, Erggh! for correction, its actually bernyawa, Terima Kasih Allah. mungkin masih terngiang kala mana Opah aku sakan bersemangat ibarat menang award " Nenek Terbaik Zon 6: Kampung Kati " # itu kampung aku la weyh, ala2 neighbourhood Las Vegas. jeritan beliau bukan semangat mengalahkan kem komanden PLKN, tapi mungkin boleh diikhtiraf sebagai one of the next Marvel: X-men Charater, jeritannya mampu membuatkan ayam gaya lari tak cukup tanah, para cucu terpaksa berhempas pulas bingkas bangun melapor diri. tapi nak buat macam mana, itu lah Opah kesayangan aku. # selalu jadik mangsa laga pipi, aishh!

Raya Haji bukan semeriah Raya Puasa. tapi bagi keturunan kami, sudah menjadi tradisi tak kira raya apa sekalipomm semestinya membuat lemang itu wajib. tapi menurut Opah, kecuali hari Krismas, raya lain semua wajib kerana mungkin hari itu nenek keluar memburu. bila semua berkumpul itu memang jadik kepuasan bagi Opah. kemeriahan berganda mengalahkan kami jea keluarga yang menyambut raya kat kampung tue. #dann opkoss bila ada cucu gaya artis menang anugerah skrin. so bertumpu mata tertarik sama cucu dia. ehemm. #oke bye

Opah is a great lady, for me, she's never grow old. aku tahu, jauh dalam sudut hati opah, opah pernah bercita-cita untuk menjadik wonder women. haa? yang pasti aku jauh melalut dr title asal. tapi bila setiap kali raya, semestinya first thing melintas dalam otak kanan aku adalah opah aku . tade opah, macam tak lengkap beraya. i love u opah



yang nie kira pemusnah kerdil
bila dorang ada, kira macam bala tentera penjajah
datang serbu kampung 
mengusik opah nombor satu 
suka tengok opah dorang melatah
HUH!


Selamat Hari Raya Aidiladha 



whuts?: bukan main senang2 aku buat gurau sama opah. tapi aku tau opah sporting. ampun! HEHE. pic opah tade. katanya beliau memilih untuk kurang berpublisiti. tak mahu cter bukan2 mengenainya keluar sebelum pilihanraya kampung berjalan. 


till next BOO bubbling

bubye Peoples




Friday, October 28, 2011

Mee Segera yang Masih Ohsemm

Assalamualaikum w.b.t dan Happy Weekend Days

hari-hari untuk bermalas-malasan bagi semua. terutamanya bila masuk hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. semua malas gaya panda-golek-golek. alahai comeyh2, tapi itu mereka, manusia seperti student nie tiada makna bila bergolek-golek. so, aku menyeru sekalian student di bumi Malaysia bertuah ini, Bangunlah! wahh, gaya seorang Menteri-Belia-dan-Sukan. hebat dan bersemangat. ohsem-ohsem belaka. #wlupomm hakikatnya aku tergolong salah seorang yang maseh bergolek-golek manja tapi aku comeyh cket tang pipi. aloloeh . kata kau

batuk, selesema, pening2. tak sehat sangat rasa. tapi bukan bermakna aku perlu memanjakan sangat diri aku yang ibarat badut-pencen nie. idung merah dek kerana bersin. kepala rasa huyung-hayang gaya balak mahu tumbang, mata kuyu ibarat ikan puyu. kata emak, kalau badan panas tue seeloknya keluarkan peluh, tak perlu berjoging mengalahkan ko olahraga negara. cukup la setakat memberus kain 2baldi besau dengan menggunakan tangan . haa... itu aku. ghajen gilos. tapi terpaksa la kann? ini semua sebabnya mesin2 basuh kat kolej aku nie sume nyea jdik Transformers, masing2 kasi hempok diri masing2. at last sume nyea rosak. menyusahkan betul. tapi berhasil menitikkan peluh. sedap badan sket.

lidah terasa tawar, payau. impikan Mekdi Chocotop, coklat leleh dr gunung aiskrim. tapi pesan dr, JANGAN! demam buat cara demam. whats cross in my mind? opkoss, once again Hot Milo + mee segera. Nyump! membangkitkan nafsu betul. memang sesuai buat aku yang tak berselera makan nie .

bagi aku, dari tecitt sampai besau, pilihan hati bila membicarakan mee segera nie opkoss pilihan hati aku hanya dan hanya CINTAN. pernah terbuka hati untuk merasa M**GI. # eh, sebaeknya cover2, nanti kena saman. HAHA. tapi tetap, aku suka gilos sama CINTAN. kekenyalan berganda, kembangnya kembang semangkuk, rasa puas bila makan tue, taleyh dibayangkan nikmatnya . perasa pilihan aku semestinya perisa ASLI, plus letak telur, makan dengan cili burung . PERGHH .

Caution: mee segera tidak baik untuk kesihatan. dilarang makan selalu. minimumkan penggunaan perencah. asalkan ada rasa tue cukup koet? lain orang, lain lidah, lain rasa .



nie bungkusan dia
cari kat supermarket, tak pomm kdai runcit berdekatan
cuba sekarang!


Eh! bungkusan ditiup angin
sori, buat ramai leleh air liur 
HAHA 
jemput makan .



whuts?: rummet aku persoalkan aku "megi jenis apa nie? wujud ekh?". hurmm . #speechless adik


till next BOO bubbling 


bubye PEOPLES