Ikan-Ikan

Showing posts with label soal hati. Show all posts
Showing posts with label soal hati. Show all posts

Friday, April 13, 2012

Life is Too Short


Dah lama tak berupdet mengenai belog nih. Balek rumah internet breakdown. Sah kecewa tahap cipan gergasi. So, sesampai jea kat kolej nih, bukan main tereksaited nak bukak belog. Terbaca kisah2 dari belog kengkawan lain. Sampai la ke post entry dari sorang blogger nie, mengenai pemergian kawan baiknya pada usia yang teramat muda. Innalillah dan al-Fatihah kepada arwah. Semoga arwah ditempatkan bersama orang yang beriman. Amin.

Whats?: Yeap, Life is Short. Ajal maut tuh kerja Tuhan. Be prepared.

Sunday, February 12, 2012

Kisah Hati

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera.

Rindu teramat rasa untuk selalu berblogging. updet banyak kali, tak putus dengan idea. untuk berkongsi cerita dengan followers atau teman. tapi hakikatnya aku bukan selebriti terkenal, jauh sekali retis. idea aku kengkadang terhad, sampai satu tahap naek blurr memikirkan idea terbaek untuk menghasilkan update yang besh. tue la, aku jadik tersangat-sangat rindu untuk kembali berblog. just like before.

Yeap, all the time. Its a quite bored for me. again, masalah jiwa dan perasaan. kengkadang buleyh bikin aku jadik give up, menyalahkan diri sendiri atas ketidaksempurnaan diri. aku tahu itu salah. aku cuba jadik yg terbaek, dalam semua benda. tapi hasilnya tetap tidak yang seperti diharapkan. aku tak paham. ini masalah dalaman aku. bila diberikan harapan, dijanjikan dengan kebaikan. aku mula menaruh harapan. tak kira dalam perhubungan, persahabatan dan sebagainya. ini masalah orang, atau masalah aku. tetap aku rasa diri aku yang bersalah. pernah aku cuba untuk berubah, berhenti pikir pasal orang lain, dan mula memikirkan tentang diri sendiri. tapi kerap kali gagal. tapi kali ini aku pasti. aku sudah puas berkorban hati dan perasaan terhadap orang lain.

Ternyata ini masa sukar aku. aku belum sekuat mereka. mereka mempunyai segalanya. jauh nak dibandingkan dengan diri aku. aku akan terus cuba, cuba dan cuba. biar ambil masa, tapi ini kehendak aku. aku bukan nak berniat untuk berubah menjadi jahat, atau mementingkan diri. tapi kali ini, aku minta masa untuk diri aku, sekurang2nya aku tak rasa penyesalan di sebuah pengakhiran bagi sebuah kehidupan. kini, aku mula bersedia, melepaskan mereka dari ingatan aku. dann aku berjanji aku takkan membebani sesiapa. maafkan aku. terima kasih atas segala kenangan. doakan yang terbaik bagi aku. 


Saturday, December 3, 2011

Ong, Ong Ombak Rindu

Assalamualaikum w.b.t & Selamat Hari Ahad

Buhsan nyea larr terperuk dalam bilik. tdoe, makan, sambung tdoe balek. # maaf, ini musim hujan. jangan sepenuhnya menyalahkan aku. HAHA. lately macam trend, semua macam pakat dibayar oleh produser untuk mempromot filem Ombak Rindu tueh. tapi mungkin tidak, cter tue cter besh la koet, sememangnya ptot semua orang gaya kena rasuk hantu. masing-masing nak tengok Ombak Rindu. dann aku pomm tak terkecuali. nak jugak # Pliss someone? wink3.

status di Facebook: " aishh, tak buleyh btoi tengok lelaki menangis sebab cinta nie, tak penah aku jumpa." "ermm, perlu ke Liesa Sughihani tue jadik camtue " " kenapa dia kena jual sebab kena bayar hutang?". macam2 kann..? tapi itu belum termasuk blog. keuntungan RM 750 000 sehari dan Mid Valley full booked?. #superb. mungkin mengatasi Twilight: Breaking Down ittew. wow! sekarang aku rasa sudah ada muvie setanding Legenda Budak Setan. huhu. dann aku maseh blom berkesempatan mengunjungi cinema berdekatan. tapi satu hari nanti aku pasti dpt seat dan tonton muvie nie . HAHA . nak, nak, nak


suka lagu ini ">,<

Lirik Ombak Rindu 
by Hafiz & Adira

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hanya mampu berserah
Moga cahaya tiba nanti

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku…

uuu…uuu..
ouch! haha

whats?: sesungguhnya aku skang tersangat pelik cara aku feel dengan lagu nie. kalu orang laen maybe feel bajet nga bercinta. tapi aku ttber rasa rindu sama parents & family . HUH!

till next BOO bubbling

bubye Peoples 

Sepah yang Heaven

Assalamualaikum w.b.t & Selamat Menuju Hari Hujung Minggu.

Alhamdullilah selesai sudah dua, tiga kerja yang boleyh dianggap besau, beban. bukan mencangkul, bukan bercucuk tanam sayur bayam, dan tentu bukannya menghalau itik pulang petang. #Moteph? yea, yea. the one and the only things, what a student have to do and must do. eseimen, eseimen, eseimen # dengar jea perkataan nie dah buleyh buat aku ketaq lutot. dan bukan aku sorang, aku pasti ramai orang pomm akan sama dengan aku. cuba bilang siapa suka eseimen? # bunyi cengkerikk, krekk, krekk. tade sape kann? oke, hangguk 39kali sekarang. HAHA. tapi ini kebiasaan. mahu skor baek-punya-markah, mesti kena buat eseimen, mesti kena mengadap laptop, facebook sampai lelap #erghh? "-.- eh bukann! mesti kena perlu bersengkang mata. siapkan eseimen itu. yeah! cool down bebeh.

Bila eseimen bertimbun gaya sekam padi dituai, idop aku pomm mula sedikit tak tentu arah. Pluss, sekarang kolej aku ini menghadapi masalah air serius. dah la serabut kepala hotak nie, kering satu badan lagi. aishh, so tak buleyh larr, aku nak feel ala2 macam mandi kat waterfall bila mandi menggunakan shower. at least leyh larr jugak kasi tenang. tak payah nak kusut-kusut. exam is just around the corner. and all the assignment must be submitted before the exam. lagi-lagi dan kelam kabut, tunggang langgang larr hidup. nak amek baju maen punggah gaya punggah2 pasir. dah pakai maen kasi humban jea gaya kau melontar bola jaring. shoot! shoot!. waktu tdoe aku macam waktu tidur burung hantu. aku temankan dia. haishh! tapi kena berhenti mengeluh. kena kuat dan kuat. sikit jea lagi tue haa! o,O HAHA




My most-fevret-item in the room: Mirror & 1dollar kitten
yeap, really need Mr. Hardwork here 
working on my final-year project proposal
and now, its DONE!



dalam 34saat, cuba cari bahan tersembunyi
sape dapat, aku kasi senyum besau-besau
HAHA.

haha. edit gaya macam dalam heaven. bulat-bulat weyh!
tapi kenyataannya, 
hanya aku dengan ibu kucing mahu beranak jea yang toww
dun try it at home! HAHA




but, thing matters most here is
what so everr, that you are busying with
please Smile, Smile and Smile
and be kind to others. 
Insyallah
keep be strong!

monyet & koala: Junior's gift / Patrick: lil bro's gift / 
Cookies Monster : Projek X / teddy bear: Perfume free gift


whats?: yeah, Alhamdullilah, Allah itu maha mengetahui. permudahkan segalanya. 


till next BOO bubbling,


bubye Peoples






Friday, November 11, 2011

Berperike-BINATANG-an

Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Berhujung Minggu

Woo-yeah, genap seminggu aku bermalas-malasan di rumah sendiri, membela lemak yang sedia ada dan hanya menunggu masa untuk dikutip hasilnya untuk dibuat cheese # merepek la weyh. yeap, ieye. bagi aku yang merantau jauh nie, sememangnya setiap saat di rumah tue perlu dihargai sebaiknya. makan sedap, tidur best, Online tanpa henti, dan tak tdoe malam gaya kerja operator jabatan bomba. Pfft. # sila bangga sebab cara hidup saya amat tak sihat. dan jangan tiru. HUH!

Tragedi yang baru terjadi menimpa keluarga aku, yang aku rasakan aku patut bersedih dan terasa macam nak menyumpah-seranah kepada sesiapa yang menimbulkan masalah ini. kalau masih ingat, dulu aku pernah post entry mengenai kehilangan Dotty, si anak kucing comeyh milik aku. klik SINI. tragis, sampai hari ini aku tatau mana dia hilang, dan macam mana dia boleyh hilang. ohsemm, gaya dia menuntut ilmu ninja peringkat ketujuh dan berjaya meloloskan diri. dann aku masih merindui dia. sedih!

tapi paling sedih, sekarang, semua anak kucing aku hilang. ini serius. macam sekelip mata jea nie. petang tue elok ada rumah, maen sama2 sume. tapi semua hilang lewat petang tue. mulanya aku sendiri pomm tak perasan. keesokkan harinya, aku pom pelik kenapa Mama kucing nie tak tentu arah, keluar masuk rumah, lompat sana-sini, bising2 gaya hilang anak # hakikat nya ieye. kesian dia weyh.

kantung susu dia membengkak tak ingat. mengeras disebabkan penuh dengan susu yang sepatutnya diisap oleh anak-anaknya. kesian, mak aku menangis tengok keadaan si Mama. macam menderita sangat. setiap kali mak aku picit, Mama pejamkan mata.mungkin selesa bila diurut, hilang sikit kesakitan tue. semua orang dalam  rumah ini bersimpati dengan nasib Mama. kata emak, mustahil anak kucing ini hilang atau lari diri melainkan ada orang yang buang. dan aku bersangka baik sedangkan apa aku boleyh cakap itu mungkin perlakuan jiran sebelah rumah nie Grrr! sebelum ini banyak kucing aku hilang, dan aku paling tak paham, kucing2 aku tak pernah timbulkan masalah. berak merata ke, ap ke. HUH!

Disebabkan kesiankan si Mama, aku stat moto, gaya mahu rempit di jalan yang lurus, meronda satu taman. sebab kata ayah, dia ternampak mcm kelibat Ginger kat kedai depan masa dia pulang dari surau. gegeh aku cari, panggil2 tapi kesal, tade pom jumpa. kesian Mama, masuk hari ini dah 3, 4 hari dia masih mencari anak dia. bengkak kat kantung susu tue masih belum surut, keras lagi. doa aku, semoga Allah panjangkan umur dia, lindungi dia, dan hilangkan kesengsaraan yg dia alami. simpati sangat.



Mama dengan Anak Batch terdahulu
Include Tam Tam in the middle


Latest batch yang mana semuanya hilang
tanpa kesan!
Oh, my Conan.


Oh, ya! aku tahu Tam Tam paling sedih tengok keadaan mak dia sekarang
tapi, inilah Tam Tam, always Cool! katanya


whuts?: disebabkan terlampau simpati, aku ttber mengalirkan air mata. kesian dia


till next BOO bubbling

bubye Peoples 




Tuesday, November 8, 2011

Aiyakk! Cuti Punya Kerja

Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Hari Bekerja

Awal pagi gila sudah celik semata-mata mengadap lappy dan ONLINE. sedangkan tidur jam 4lbeyh disebabkan ONLINE. #berapa banyak kau nak highlight ONLINE? fullstop. masa bercuti kebanyakan dihabiskan untuk bersantai, rileks, menarik nafas dalam hembusan bayu Laut China Selatan gaya ber-honey-moon di Borneo # betul ke geografi aku nie? pape pomm, its going worthless. a while. bercuti dengan misi Wawasan 2053, di mana aku semestinya menyentuh buku, aku tekankan sekali lagi, MENYENTUH buku. hanya sentuhan, bukan bacaan #erghh, whuteverr Maria Elena. Im so in Love with Her Whuteverr. Again. Whuteverr!! 

Perlu fokus, fokus dan fokus.  Midsem Test yang menanti beratoq panjang gaya ketapi. tue dia heh, loghat Penang pakat semboq kluaq, cik tak tau, cik tak tau. perlu diingatkan, aku sudah dalam Tahun Akhir, wlupomm Semester 1. perlu sedikit gegeh dari kebiasaan, dalam usaha men-Topup pointer yang berbaki. perlukan tahap profesionalisme yang agak tinggi, berkeyakinannan, dan mampu menghadapi masa depan. #Aiyakk, politik masuk. 

Masih teringat lagi kata Lecturer subjek Biologi Pemuliharaan , 
" Jikalau kamu berkeyakinan dan pasti untuk memilih pekerjaan yang jauh tersasar dari apa yang  kamu belajar di sini,pastikan kamu masih mengingati dan mengamalkan apa yang kamu pelajari terutamanya bagaimana menjaga dan memulihara alam sekitar "
Walaweyh-weyh! gaya Dumbledore kasi wasiat kat sume student bakal Grad ilmu Magik, tapi aku mendengar penuh tekun, terus aku simpan jauh dalam sudut hati      # perlukan kepastian, rezeki Allah kita tidak tahu, selain Berusaha maka hendaklah bertawakal.minat aku terarah kepada bidang lain, tapi aku tetap menyayangi biologi tumbuhan yang aku pelajari. Insyaallah. Amin. First career is Bio-based. Second is hurmm, Let's See

Aku bukan Genius, Jauh sekali apa orang panggil Gifted. Usaha aku bukan seperti engkau-study-bagai-nak-mati, tapi bukan bermaksud usaha aku tue Lite-Lite sajork. Harapan aku tetap seperti Orang Lain. Mahukan Kejayaan, Gembirakan Emak Ayah, Bantu Adik-Adik, Orang Susah, Menjadi Hamba yang dirahmati. Insyallah. teruskan usaha, berdoa dan bertawakal



Bila kerja bertimbun, Aku mula stress, tension
bila aku tension, aku mungkin nganga jerit gaya Domo-kun
Ahhh!!
* Domo-kun nie Sarung Mp3 aku. Comeyh gaya Tuan Dia #okebye


whats?: maaf, aku bukan sempurna, tetap manusia biasa. aku mahu diterima gaya manusia lain. bahagia seperti orang lain. maafkan aku kalau aku banyak buat salah kat korang-korang. yang pasti, ini bukan aku yang kebiasaan. cuma aku tengah mengumpul kekuatan. terima kasih untuk semua "harapan". sebab itu memberi "kekuatan". i got really a Nothing to build a Something.



till next BOO bubbling

bubye Peoples 



Friday, November 4, 2011

Terima Kasih Sahabat :)

Assalamualaikum dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha .

kalau para peminat disayangi perasan kengkadang saya ada post title siap ber-smiley lagi, itu mungkin antara entri kegemaran saya . haa? #tak perlu la selalu nak bajet ko tue Siti Saleha, siap berpeminat segala. sebab ko bukan sape2 pomm. PFTT!! yeap, kalau aku bukan artis berlakon filem al-Hijab pomm but still entri post yang bersmiley tue adalah entry kegemaran aku .

yeap, aku boleyh cakap yang aku sudah final year, kalu dulu, mse time 1st year sekurus lidi satay, tapi sekarang bila da final year mungkin lagi sekurus pengcungkil gigi Mekdi. # ada kea? dan engkau paling perasan gilos.HAHA. macam2 benda aku lalui, panjat gunung tinggi, berenang lautan piranha, termasuk la melawan beruang matahari yang pasti itu aku bohong besau gaya mulut berbau Jack Sparrow. semua benda mungkin aku boleyh bohong dan boleh berubah tapi mungkin satu benda sukar aku bohong dan takkan pernah berubah adalah sahabat kesayangan.

yeap, boleyh dikira kebanyakan masa kami dihabiskan bersama. brekfast bersama, buat eseimen last minute bersama, spot soklan final sesama #wlupomm satu pom tak kuar, kuar menjerit melolong bersama bila melayan cter hantu kat wayang. lain kata, dia sihat, aku sihat. bila dia bersedih, aku pun sama boleyh jadik monyok seharian.bila dia tade, aku pom ase buhsan gilos. pernah aku berkongsi masalah dengan dia nie, tapi bila dengan dia macam semua masalah boleyh kasi delete masuk recycle bin.dia buat aku ketawa.

dia blogger dikenali ramai dan aku manusia bertuah, dia kreatif, dia positif. dan dia yang mendorong aku untuk turut sama memeriahkan arena ber-blogger. gaya dia itu sifu, tapi aku murid suci pemikirannya kerana belum tau ag apa itu blogger, terima kasih sahabat! 


haishh 
nie dia, bila kami bergerak bersama
ramai ingat kami artis
disebabkan kami bukan artis, ramai yang kecewa
sebab kami rejek bila dorang mintak autograph
sori!


kalau dia buat kelakar, salu nyea aku follow sama. sebab itu mungkin kami bakal juara maharaja lawak ke-17. kalau ko menyanyi gaya Ning Baizura, aku selalu jadik Shiela Amza. HAA? lagu ko minat, aku pomm minat sama. kalau aku langsung ke Paris, dan aku pasti dia orang yang aku bawak bersama. Terima kasih Rozuan.  

ya ini blog dia, opkoss the most special in world :) http://kringg.blogspot.com/

tengs sebab selalu ada di sisi aku. tatau nak tengs camne . but as long as we're friends, soulmates and whuteverr it is,still u are always one of my best companion everr





whuts?: paling tak tahan bila godaan melampau makan tue datang, bukan salah aku. tapi sweater dengan camera tue buat aku gemuk . aishh . workout time guys! and rozuan lepas nie tamo kasi cocok perut aku . HEHE



till next BOO-bubbling

bubye Peoples 



Saturday, October 8, 2011

Down Session

haha . ttber plak leyh terasa seperti mahu men-jiwang tahap binatang dah nak masuk musim mengawan. #euww . hows disgusting, that cheap-person. personally, everybody of course have their DOWN session . bak kata Pak Jawa, " hidup itu tak selalunya di atas, ibarat roda, berpusing ke atas dan bergerak turun. " yeah. full agreed . No  Doubt! bila di atas, semuanya FUN + engkau rasa semuanya menyebelahi ko. tak perlu serabutkan kepala dengan masalah . ENJOYY gaya sakan . hari-hari adalah hari raya . MAMPU?

bila di bawah, mula rasa semua benda tak kena. menyalahkan diri sendiri? yeap, itu normal bagi seorang yang bergelar manusia. bukan soal tidak-pernah-puas dengan apa yang ada, jauh sekali menyalahkan takdir yang ditentukan. tapi entah, semuanya COMPLICATED. avoiding friends, more time alone, thinking like blown up your head, pluss kumpol air mata sebaldi .itu yang termampu dibuat sementara mampu mengumpul kekuatan.

siapa diri kita untuk diminta diri terus disayangi, perhatian dari ramai orang. semua benda itu adalah mustahil. bukan artis, jauh sekali wakil rakyat . semua itu tak layak bagi aku . masalah orang boleyh jadik masalah aku, tapi belum tentu aku sedia untuk "masalah aku, masalah ko" . maafkan aku . ini antara masa sukar bagi insan yang berumur 21, bakal menjejak alam dewasa itu bukan senang. masalah datang macam hujan lebat . sementara cukup besar dengan umur, membesar dulu dengan masalah . maafkan diri kalau terlampau mengambil berat, mendesak . kerana bagi aku sudah terbiasa. terlampau menjaga sebuah persahabatan dan benda paling takut ialah hilangnya seorang insan bernama sahabat

keep on strong, deep inside, you know who you are

maafkan aku . rakan. izinkan aku memulihkan keadaan .



bler sedih mahu layan lagi lagu gaya sedih
gila! 


Wednesday, August 24, 2011

Saturday, August 6, 2011

Alone is Pain

Alhamdulillah . masuk hari ketujuh kita berpuasa . dah seminggu . dan Insyallah melepasi Fasa 1 .

tajuk jea jiwang leleh tapi aku tak . jiwa aku ala2 balada atau R&B mahupun country gaya Taylor Swift .

ingatkan cuti dok umah best . tapi mcm tak jea . tapi kenapa ..? ye loeh . spending time at home is another bored thing happen . why? selain surf fb, dan jugak berblog nie . aku ase cam kekosongan . selain family yg besh . aku da mula rindu kat kengkawan aku . hurmm . #u guys are ohsemm2 .. hehe .



sblom pergi berperang 
kter amik pic dlu 
cheese!!
lepas tue baru kter msuk sempadan k?


aku chat dengan sowang nie . kata nyea " aku happy bersama yang tersayang nie, ko lak ..? "

aku diam .

aku cakap yang aku ok dengan life nie . even aku tak nyesal . sebab nie pilihan aku . stay single and always mingle.

well . im a fren guy . no need a lover for now . mybe later, insyaallah . kalau berjodoh , terus kawen . haha

sunyi ko boleh ilang blerr ko layan lagu-hentak-kepala-ke-dinding .tak pomm ko rap ala2 Nicki Minaj. or sunyi boleh kasi ilang bila ko pergi menolong emak menumbuk sambal di dapur untuk berbuka puasa . cili burung lbeyh, tapi garam kurang. tak elok katanya untuk org kencing manis . #moteph?

but its all depend . its our own choice . smile up , PEOPLE .

yeah . lately aku sketch a dress for my dearest fren
katanya klu boleyh dy nakkan dress utk bju kawin .

nie dy .




laska means love .
hehe 
banyak songeh nak bunga lbeyh 
hehe . tapi tak kesah 
love u fren :)


till next BOO bubbling


whuts?: hurmm ..




Thursday, July 21, 2011

aku tak sempurna .

susah .
blerr mana aku tak penting bagi sesetengah orang

susah .
blerr kebaikan aku orang salah erti .

lumrah dunia .
keburukan lebih dipandang berbanding kebaikan .
dari pihak aku .
aku cuma mahukan yang terbaik bagi kedua2 pihak .
langsung tade niat nak mempermainkan hati orang .

manusia mana sempurna ?
atau manusia mana pernah sempurna ?
mustahil .
and im totally one of them .


maafkan aku .
hidup aku sunyi .
aku ikhlas mahu membina persahabatan

maafkan aku .


Thursday, July 14, 2011

mana ada aku gigit lidah orang woi ..

hentikan pemikiran kotor , kunen dan berkeladak itu .
ini bukan entri lucah mahupun berkaitan porno .
jauh sekali adegan cium "geget lidah"
macam dalam cter omputih tue .
sama sekali TIDAK .

bak kata patah-patah lama .
" sedangkan lidah sendiri pun tergigit, inikan pulak lidah orang. "
yang belakang tue aku sje kasi tambah .
zaman moden mana ada cara perli bermadah nie .
sume men terkuar. jelas nyata dan pasti menyinggung perasaan orang lain .

bergaduh normal . tak semua orang sependapat dengan kita .
bila2 lagi kalu2 orang tue selalu rasa dia la manusia paling btoi di muka bumi nie .
aku tak pasti . kdg2 aku pomm tak masok dengan cara orang .
kdg2 pomm buleyh tjadi pergaduhan . mcm mne sekalipomm kter elak .
pling kuang pom mesti adr yg terasa, mkn ati ataupomm tak puas hati

da lumrah koet kan ..?
aku tak sempurna .
mustahil aku boleh sependapat
atau menjaga hati dan perasaan orang .
tapi tak salah kalau mencuba .
selagi ianya tak mencalarkan maruah
atau merendahkan diri kita .
teruskan bersangka baik .
melainkan satu pihak lagi mahukan yg sebaliknya .
maka teruskan dengan pergaduhan .

berundur tak bererti kalah .
diam tak bermaksud kau lemah .

cara terbaik .
mohon petunjuk Allah
semoga dipermudahkan segalanya
terutamanya berterusan dalam menjaga hati orang sekeliling .


SOURCE:


maen jelir2 lidah lak dia .
geget kang 
OUCHH!!


till next BOO bubbling



whuts?: ini pendapat aku jea . hehe .






Sunday, June 5, 2011

rupa VS hati

macam da penting rasanya kalau cakap pasal cintan2 nie lagi ..
tapi terpulang la, + bila da tade sangat idea nk update latest entry ..

hurmm .. 
btoi kea owang lebih memilih rupa dari hati ..?
nak muka yg mcm Fasha Sandha, Nora Danish 
dari tengkuk ke kaki nak yang macam Rebecca Nur Islam ..?
sah.. opkos. klu adr yg lbeyh baek kenapa mesti nk pilih yg ala kadar kan?
btoi tak ..? 

lumrah manusia . 
memang sukakan sesuatu yang cantik 
tapi kalu nak yg cantik jea nape timbul lak frasa " sedap mata memandang"?
rasanya tak perlu koet .. 

bila usya KRITERIA PILIHAN HATI*
macam2 dia beri . 

1. sebangsa 
2. seeloknya beragama Islam 
3. baik hati
4. pandai mengambil hati orang tua 
KELIMA ----> sedap mata memandang .. *yeke?

*rujukan internet semata .. common criteria. everybody also listed it .. 

sebaik jea jmpe ..

XX: awak kan ..? yang kter salu2 chat kat FB tue .. 

XY: yea .. saudari? saudari ... kann?

XX: ye saya .. awk sweet loeh * mata ke atas, tangan ke dada 

SEE? 

masa jumpa aishh bukan maen berlakon 
bajett dia la bolot sume award
anugerah skrin. OSCAR dan mungkin juga GRAMMY .

sebaik pulang, mungkin msg kijap2 
hai sihat? buat apa .. 
pendek jea bls
nak masuk tdow
dan2 nk tdoe awl.. kalu tak dlu 2 3 pagi pom blom tntu tdoe ag. tapi bler da jmpe nie, trus tdow awl .

sekali lagi .. LUMRAH. manusia memilih yang cantik dan konpem yang terbaik jea
tak de da term " sedap mata memandang, baik"
yang penting ada RUPA
kalu yang lelaki nyea mesti nk kne HENSEM, TOUGH
yang gegerl klu buleyh nak yang dahi licin, pipi cam telur, licin .. pinggang 24 *ada kea?

sedangkan hati sebetulnya patut dilihat ..
memberi peluang dan ruang kepada sebuah perkenalan
jumpa sekali dua takkan membuktikan pape ..
nak kne kenal hati budi
kalu buleyh kengkawan dia, soal sume
famili dia ..

itu yang menjaminkan kebahagian

source:


teringin nak macam nie 
kalau buleyh berkekalan ke akhir hayat 
ingat, rupa is bonus, yang penting HATI 

till next BOO-bubbling
bubye ..

whuts?: its not totally happen to me instead of my own opinion :) smile up!! 



 
 

Tuesday, May 10, 2011

alhamdullilah ..

sebelum pape .. 
meyh nak kasi senyum sipu2 malu 
dari sorang adik comeyh nie ..

pinjam kijap cik google, 
lepas nie janji tak buat lagi ..haha!!


aloloeh comeyh nyea ..
geremm .. 

hari ini .. 11 may 2011 
genap aku berusia 21 tahun 
da cukup umur sgt da tue ... 
da buleyh sgt da tue .. 
sebenarnya bagi aku ..
21 macam aku kena dan harus melangkah 
ke satu fasa baru dalam hidup aku
harus sedikit matang, berganda senyum 
dan sentiasa positif ..

aku pom memikirkan benda yang sama. perlukan beberapa pembaikan. sedikit perhatian dengan beberapa gandaan "sayang terhadap diri sendiri". fasa mula memandang kepada segala keburukan dan mengubah apa yang sepatutnya. MEMANG.. aku agak childish. MEMANG.. aku budak cengeng, fragile. MEMANG.. aku budak bila sdeyh, trus kol emak nanesh. MEMANG.. aku yang sulung tapi mcm yang bongsu 

semua tue sangat tak elok bagi mereka yang baru melangkah ke alam 21.
harus perbaiki .. bentuk personaliti 
mungkin susah nak mengubah .. tapi mungkin berbaloi .
insyaallah.. terus mengharapkan kebaikan 
dengan usaha .. diiringi doa .
terima kasih .. 

whuts?: sayang dengan semua mereka yang sentiasa bersama .. tengs 

till next BOO-bubbling 

bubye ..

sedikit matang :) insyallah aminn..



Saturday, May 7, 2011

emak ...

hari ini hari ibu.
bermaksud hari untuk menghargai semua wanita yang bergelar ibu 
di atas muka bumi ini ...

aku mempunyai seorang ibu,
ternyata ibu@emak aku seorang yang sangat aku sayang 
setiap hari aku rasa aku merindui raut wajahnya .
bukan senang bagi seorang yang fisabillillah 
merantau belajar jauh 
meninggalkan keluarga seketika 
paling menyedihkan meninggalkan emak ..

aku tahu keperitan dan kesusahan
bergelar sebagai ibu
bermula dari kelahiran aku 
sehingga lah adik2 yang lain 
kesusahan tidak pernah berhenti 
dugaan diharungi bersama 
di samping ayah tersayang . 
aku percaya mereka kuat, tabah 
membesarkan kami ..

seawal pagi bangun
segera menyiapkan makanan 
sebelum beransur melaksanakan tanggungjawab 
keluar bekerja bersama ayah 
pulang apabila malam mula menjengah 
bersama anak2 menghabiskan masa 
belum sempat lelah hilang 
emak menyedari tanggungjawab 
segera ke dapur, masak bagi si ayah dan anak2
aku kasih ibu .

aku sedar kesusahan ibu tidak terhenti di situ
malah berlanjutan ..
aku pernah menyaksikan lenangan air mata ibu
aku pernah melihat kesayuan wajahnya
tabahnya hatimu ibu

aku sedar
hidupnya aku di muka bumi ini
kerana redha & doa seorang ibu .

jauh dalam sudut hati
aku selalu mempersoalkan
tentang kemampuanku untuk membalas jasanya
tidak terhitung kudratku
aku mengharapkan doa seorang ibu.
redhamu beriringan dengan redha Allah
terus mendoakan anak mu ini

selamat hari ibu, Puan Salmah bt. Raja Shariff



Tuesday, May 3, 2011

sedih .TITIK. aku mahu bahagia!!

sedih.
satu perasaan yang ternyata sangat tak besh.
sape suka sedih kan..?
ternyata tade sape2 pom nak memihak kepada sedih
kesian si sedih ..

tanya sama hati ..
ada hati-hati yang sanggup nak sedih-sedih?
ternyata mana ada nye loeh ..
*heyh.. hati ada perasaan ke? hati boleyh bpkir ke?
LOL!!

sedih bila mengenangkan:

source:


Zac Efron break dgn the gorgeous Vanessa Hudgen 

bertambah sedih lagi bila tengok:

source:


Justin Bieber bersama the cutest Selena Gomez ..

erghh!! tapi ini ternyata bukan kisah sedih yang aku nak share .. 

sedih melibatkan hati .. heyh! everybody deserves happiness. but i'd really dont understand is how that happiness been "rapped". bagaimana kebahagiaan seseorang itu dirampas? suka melihat orang bahagia, hepi2, gelak ketawa, gurau2. ini boleh mendatangkan kebahagiaan dan menendang keluar si sedih dari hati. memang sakit bila disakiti, dan memang sedih bila kebahagiaan itu dirampas ieye? sape yang mahu sedih? anybody?
please raise up your hand...?

NON!! .. tade sape kan ..?

ternyata semua orang mengharapkan kebahagiaan: 

macam nie ~

encik GOOGLE kasi guna
source:


william&kate
selamat pengantin baru ..


whuts?: update entri ini sambil dgr lagu sedih memang buat encik emosi kurang stabil. berganda emo. 

till next BOO- bubbling. 

bubye..





Tuesday, April 26, 2011

menipu?

MENIPU..?
"aishh .. mana ada loeh
 aku jujur apa ..
 ko nie pom berpada la cket kalu nak tudoh2 nie kan ..
 sumpah!! aku tak tipu .. "

* jangan main sumpah2, berdosa. tak kena gaya laen jdiknya .. haha

haha .. cliche sgt ..
trust me, everyone do that

mengaitkan cerita tipu dgn diri aku
memang aku pernah MENIPU ..
banyak sikit,
kecikk besau,
normal as human .. tapi semestinya menipu taleyh dijadikan tabiat ..

bila bersama-sama kawan, kuar melepak ..
aku MENIPU .. *but its depend.. kadang2 tue sgt enjoyy dgn mereka2
berpura-pura happy, enjoy, tersenyum lebar ..
muka hepi, hati dalam sedih ..
banyak masalh, memikirkan kerja, eseimen berlambak
sebab .. aku tak nak kawan aku terasa, terkilan
kalau aku tarik muka, sah2 tak seronok jadik nya
sgt boleh spoil mood hepi mse kluar ..

bila mak ayah kol tanya ..
da makan ke belum
aku jawab dah, dah makan dah tadi lepas kelas
tapi sekali lagi, aku MENIPU 
sebenarnya aku tak makan, atau makan ringan2
sebab aku tak nak mak ayah kat rumah susah hati sebab anak dia xmakan
bukan disebabkan takde duit
mungkin sebab kesempitan masa, kurang gap antara satu kelas ke kelas lain
so tade mse nak makan ..
kengkadang, mungkin jugak sebab kasihankan mak ayah .
masukkan duit selalu.. sedangkan duit tue untuk kegunaan lain.

bila lecturer minta submit eseimen
salu tak buat ..
kalu buat pom disebabkan rajin
tapi kalu mls atau xpandai nak buat tue salunyea
tiru jea kwn2 ..
aku MENIPU
ntah la .. teruknya ...

paling besar penipuan ialah penipuan terhadap diri sendiri
hipokrit, berlaku tidak adil ke atas diri sendiri
berhadapan dengan orang muka gembira .
tapi dalam hati sume xkne, sdeyh jea rasa ..
sekali lagi, aku MENIPU

see..? ini kisah menipu aku ..
sebenarnya banyak lagi penipuan lain ..sangat!
dan aku pasti tak semua penipuan itu keburukan
menipu untuk sesebuah  " kebaikan" atau menjaga perasaan yang lain
keadaan memaksa, selamatkan diri dan sebagainya
kata orang  "tipu sunat" atau "white lies"
sesekali tapi jangan selalu ..
tipu untuk "kebaikan" ..


source:


haa.. tipu la ..
sekali tipu, sekali idung jadik panjang 
ada berani ..?



whuts?: cuba jangan tipu .. try as possible as you can

till next BOO-bubbling
bubye

Sunday, April 24, 2011

mati sebab fail jawab matematik?

sememangnya tajuk yang buleyh kira cam xboleyh blah gak kann ..? 3jam dalam exam hall, ternyata membuktikan sememangnya aku berbakat dalam mencipta formula2 baru. nie kalu albert einsten ada nie, konpem dy salute aku abesh haha ..ternyata realiti matematik hampir2 nak membunuhku .. satu penyeksaan berganda dan ternyata menyakitkan aku. terasa macam bertalu-talu kena tembak dengan peluru senapang air .. haha .. seperti biasa, exam paper matematik paling aku taleyh nk survive abesh .. memang ase bpk malas nak bukak note, apa lagi nak kira2 tue .. hadoii!! merana gilos .. formula berderet panjang .. belum termasuk lagi jalan kira. bab jalan kira2 tue lak, salu aku xdpt. laen jln aku cari, lain yang aku jmpe .. bnyk jln mati ada loeh .. kengkadang boleyh jadik math nie buat orang jadik gila .. pastu nekad terjun bangunan .. selalu kelas matematik terutamanya kuliah .. penuh dengan lakonan semata-mata .. buat berpura-pura terpacak depan lecterur .. fokus3. *walaupom dlm hati memang merana batin .. dok pkir bila la kelas nak abesh. kadang2 buat trick g toilet .. lepas 45mnit baru msuk kuliah balek .. see? memang sangat tak elok perangai. jgn contohi beliau.. yang nie da nak exm nie .. baru loeh pkir nyesal xmasok klas, nyesal xbuat tutorial, nyesal sume bnde .. aishh .. naseb baek math jea cmtue.. kalu sume subjek macam tue? aishh susah nak kasi bayang tue .. LOL!!

whuts?: aku tak suka MATEMATIK

till next BOO-bubbling ..
bubye ..

Sunday, March 13, 2011

ini positif

alhamdullilah
allah masih panjangkan usia aku
alhamdullilah
allah masih bersama aku
allah permudahkan segala urusan aku ..


waktu-waktu sukar mungkin
takkan semua melalui seperti yang anda lalui
aku cuba didik hati aku
cuba berbisik dengan jiwa aku


tersentuh? sedih?
sampai bila ?
ini mungkin bukan aku
100% definitely wrong


: susah bagi kita nak puaskan hati semua orang
: orang hanya mungkin mampu memandang, menasihati tanpa perlu memahami
  dengan apa yang kita lalui


itu semua kata-kata kawan aku
betul! semua betul!
tapi bila aku mempersoalkan kenapa semua masih menyebelahi pihak lain.?
langsung x pernah menyebelahi aku?
duduk sama-sama aku, dengar masalah aku
anyone?
and the only answer that i can give is NO ..


people doubt me much ..
without trying to be im my shoes


im sick!
sick of their pretending!


tapi ya ALLAH
hati ini gusar
lemah tanpa doronganMU
aku mohon petunjuk
dorongan dariMU
memimpinku ke arah kebaikan dan kesenangan


terima kasih bagi mereka yang menyedarkan
bagi mereka yang terasa, seribu keampunan aku pohon
apa yang boleh aku kata
" berat mata memandang, berat lagi bahu ini memikulnya "


maafkan saya..