Ikan-Ikan

Saturday, May 7, 2011

emak ...

hari ini hari ibu.
bermaksud hari untuk menghargai semua wanita yang bergelar ibu 
di atas muka bumi ini ...

aku mempunyai seorang ibu,
ternyata ibu@emak aku seorang yang sangat aku sayang 
setiap hari aku rasa aku merindui raut wajahnya .
bukan senang bagi seorang yang fisabillillah 
merantau belajar jauh 
meninggalkan keluarga seketika 
paling menyedihkan meninggalkan emak ..

aku tahu keperitan dan kesusahan
bergelar sebagai ibu
bermula dari kelahiran aku 
sehingga lah adik2 yang lain 
kesusahan tidak pernah berhenti 
dugaan diharungi bersama 
di samping ayah tersayang . 
aku percaya mereka kuat, tabah 
membesarkan kami ..

seawal pagi bangun
segera menyiapkan makanan 
sebelum beransur melaksanakan tanggungjawab 
keluar bekerja bersama ayah 
pulang apabila malam mula menjengah 
bersama anak2 menghabiskan masa 
belum sempat lelah hilang 
emak menyedari tanggungjawab 
segera ke dapur, masak bagi si ayah dan anak2
aku kasih ibu .

aku sedar kesusahan ibu tidak terhenti di situ
malah berlanjutan ..
aku pernah menyaksikan lenangan air mata ibu
aku pernah melihat kesayuan wajahnya
tabahnya hatimu ibu

aku sedar
hidupnya aku di muka bumi ini
kerana redha & doa seorang ibu .

jauh dalam sudut hati
aku selalu mempersoalkan
tentang kemampuanku untuk membalas jasanya
tidak terhitung kudratku
aku mengharapkan doa seorang ibu.
redhamu beriringan dengan redha Allah
terus mendoakan anak mu ini

selamat hari ibu, Puan Salmah bt. Raja Shariff



8 comments:

ayie said...

selamat hari ibu acik salmah :)

ikan said...

makaseh ayie. selamat hari jadi bagi ibu ayie gak

Rozuan Ismail said...

selamat hari ibu untuk Puan Salmah! =)

ikan said...

makaseh rozuan ..selamat hari ibu bagi ibu u jugak

mizzbutterfly said...

ikut muka mak yerk...sikit...sikit...

ikan said...

haha kak wanie lbeyh kuang loeh .. hehe mata sepet nie ..

azalia hjsalleh said...

selamat hari ibu buat semua ibu & bakal ibu ;)

ikan said...

azalia: pom insyallah bergelar bakal ibu .. hehe