Ikan-Ikan

Wednesday, April 18, 2012

Terkini

Buhsan teramat belum sampai tahap gila. Punya sibukkan urusan dunia nie, sampai lupa pulak kat belog aku yang satu nie. Dalam masih berkesempatan nie, wlupomm baju sebaldi belum berbasuh, eseimen menimbun gaya pasir sungai kena sedut keluar, maka aku bernekad sementara untuk meluangkan masa untuk kasi hupdet belog nie. Kesibukan melanda mengalahkan tukang jahit terima tempahan Kebarung manik, hidup tak tenang. Lagi-lagi kije bertambah, tapi belum ada niat dalam hati aku nak setelkan kije tuh. Orang lain bila banyak kije buleyh nampak sibuk dia tuh, sampai berpeluh2 ketiak, ketiak aku nie cool jea, lembab pun tidak. Kiranya tak sibuk mana la tuh. 

Kecut perut, sekali dengan lemak2 pada part paling boroi kat perut aku nie. Habis jea cuti dah nak kena fokus midterm yang langsung taleyh buat aku nak control hensem beberapa ketika nih. Berkerut2 muka gaya belum telan kolagen murah. Sepanjang masa risaukan banyak note yang belum bercover, termasuk berat badan yang mengelirukan. Berat tuh masih berat, kadang2 rasa seksi tuh ada, cuma konfiden tuh belum tahap Gunung Jerai. Pergi kelas muka lesu, balek kelas muka gaya mintak hempuk dengan kuali goreng telur. Fuh, penatnya la weyh. Tapi Alhamdulillah setel dah dua paper midterm. So, sekarang kira macam banyak masa aku berbaki untuk bermain Teng-Teng. HAHA.

Bye-Bye Midterm

Dan sekarang mula gilakan drama korea. Mula dengan download dan nonton episode satu, terperanjat macam mana buleyh tertengok sampai episod 8. Sekarang pun masih mendownload lagi dan lagi. Aishh, bukan maen kuat penangannya tuh. Bukan kata aku nie jenis melayan cter jiwang, jauh sekali membuktikan yang sebenarnya aku nie jenis kaki Kpop sejati. Muka tak puteh, apatah lagi bentuk badan larik alignment. Jauh dari korean look tuh. Mungkin sebab dah buhsan layan series english, or cerita2 melayu yang suam2 kuku tuh. 

Fashion King.
dan heroin dia pasti bukannya Fasha Sandha.


Whats?: kemaruk Korea skang. Aish!


2 comments:

kura said...

amboihh. layan juga cite nii :0

Rozuan Ismail said...

haha. memanglah bukan fasha sandha heroin dia.sebab i yg jadi heroin. kbai