Ikan-Ikan

Monday, March 11, 2013

20 Sx

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera.
 
Hye adik-adik manis, abang-abang masam.

Aku tahu yang hari ini hari Isnin, rite? Semua rasa sengal2 nak kije arini. Kuat, sabar k? Bajet aku suci, suka sangat nak kije kan? HAHA
 
Aku tatau kenapa, tapi aku nak jugak tulis entri baru, takde idea. Tapi nak jugak kasi updet belog nih.
 
Beberapa hari lepas, aku sunyi. Stay ofis sorang, balek rumah stay sorang lagi. Makan sorang, ke sana sorang, ke sini sorang. Kawan-kawan aku pergi outstation. Kejam mereka, biarkan aku keseorangan. Tapi takpe, idop harus diteruskan. J-yeahh!
 
Dalam sunyi-sunyi, aku teringatkan emak, ayah aku. Yeah! Now you know me better. I am a mother's son. Alahai! tak ke comel tuh? Muka hensem, tapi anak emak. HAHA
 
Satu hari yang aku tak ingat bilanya berlaku, waktu tuh aku ke dapur, dengan niat-niat tak suci, jauh dalam lubuk hati aku nih, aku nak ratah ayam goreng yang mak aku baru goreng. Senyap-senyap, aku tip-toe, usha kiri, usha kanan, puhh kiri kanan, sekali ambik, terconggok kelibat mak aku kat depan.
 
Alahai! Alahai! Kebil-kebil anak mata aku ala2 mata pelakon korea. Tertelan air liur dek kerana Kantoi!  HEHE. Tersipu malu aku senyum, dengan gigi yang tak berapa nak tersusun nih, aku senyum lagi. "Hai emak!" cakap aku.
 
"Haa, kulit ayam yang kat mulut tuh nak watpe?" Mak cakap. Aku jawab, "Emm, nih ulser kat mulot nih, nak kasi ubat, letak la kulit ayam goreng. Kan Mak kan? Mana teori aku korek, korang jangan tanya. HAHA.

Tetiba, mak bercakap, "Along umur berapa sekarang?" Aku tunduk malu, "21 tahun Mak." 2 tahun lepas punya kisah. Mak masuk balik, "2 dekad dah tuh, tapi kenapa belum matang lagi?" Ok, ini aku hands up, siyesh taleyh jawab even aku ada sedikit ilmu hisab belajar kat sekolah dulu.
 
Dengan kekuatan yang ada, aku pun cakap. Dengan lemah lembut, berbudi bahasa gaya anak soleh, ini jawapan aku. "Takpe Mak, lambat lagi nak matang, nanti dah kahwin matang la sendiri." HAHA.
 
Mak redha dengan jawapan aku, dia lagi memahami anak sulung dia yang sorang nih lebih dari orang lain. Mak akur. Aku pun senyum je la. Sayang Emak, Ayah jugak. :)
 
 
Kalau nak tengok aku matang, bagi aku
nie la pic yang paling menampakkan aku matang.
Ieye ke Tidok? HAHA. Tak buleyh bla.
 
Sekarang bila jauh, aku tahu yang hidup nih sebenarnya susah. Nak kena berdikari, jadik kuat, tough, cari makan minum sendiri. Hidup boleh jadik kejam, kadang-kadang hidup boleh jadik leka. Aku tahu semua tuh susah. Yeap! Along anak emak ayah nih on the way to be a man. Along mintak maaf, Tapi ini diri Along.
 
Aku tahu mak ayah aku risaukan aku. Aku pun risaukan dorang kat sana. Tapi aku salu ingat pesan emak aku,
"Takpe, belajar hidup susah dulu, Insyallah esok-esok senang hidup kita."
 
Setiap kali aku ingat pesan mak nih, aku jadik kuat.
 
Along sayang emak ayah. Doakan along kuat ieye? Slow-slow, Along akan jadik matang.
 
 
WHATS?: Tetiba boleh jadik emo nih kenapa? HAHA

3 comments:

PemilikCahaya said...

aku xtau la sejak akhir2 ni byk entri yg aku baca, wat aku nk nangis..entri ni mmg tujuannya buat org lain terharu ke cemana?

Adam Ikan said...

Haha, nih la jadiknya bila hidup merantau jauh dari family.

taching ke?

Kamarul Zaman said...

tisu pless...

jom dgr lagu tomok.. sejarah mungkin berulang..

:)