Ikan-Ikan

Tuesday, March 12, 2013

Pesanan Buat Sahabat

Assalamualaikum w.b.t & Salam sejahtera
Khas buat kau.

Kau, aku tahu. Hidup ini membahagiakan, tapi hidup tak selalu indah seperti yang disangka. Hari panas boleh bertukar mendung, gelap dan hujan serta-merta. Begitu juga bagi sebuah lautan, laut tenang boleh mendamaikan, tapi bila gelora datang, taufan melanda, semuanya bertukar menjadi keganasan yang tidak dijangka. Sedih datang bersama datangnya awan hitam, ibarat gelora ombak mula membuas. Kebahagian cuma seketika, berubah sekelip mata bertukar duka.
 
Ketika itu aku pasti, bagi aku Ianya jugak menyakitkan. Lumrah! fitrah kejadian manusia. Manusia mana yang senang dengan kehadiran duka, gelisah menimpa. Manusia mana yang merelakan kebahagiannya dirampas, hilang ditelan duka.
 
Buat sahabat (dan kau lagi tahu siapa dirimu), aku tahu pedihnya menghadapi duka, aku tahu pedihnya menghadapi sebuah kesedihan yang tiada penghujungnya. Kerna aku jugak pernah melaluinya. Sama sukar, malah lebih, atau berbeza cuma. Tapi aku mengerti erti sebenar kesakitan, kepedihan yang kau alami.
 
Aku tahu hakikat bahawa berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Bagi aku, aku hanya mampu berkata-kata, tanpa jemu menasihatimu, berterusan dalam meniup semangat ke dalam benak roh dan jasadmu. Namun, itu hanyalah usahaku. Seketika, aku dihantui persoalan " Adakah semua ini cukup bagimu? Mampukah ini semua membantu dirimu melalui kesulitan yang melanda?" Diriku kebingungan. Tiada jaminan, atau kenyataan yang menjanjikan sebuah cahaya bagi sebuah dugaan melanda. Aku tahu itu.
 
Tetapi, bagi aku cukup engkau  tahu dalam setiap kesulitan yang menduga, datang tanpa dipinta, dirimu tidak akan pernah keseorangan. Cukup bagi aku yang aku mampu memberi kelegaan, atau 'perhentian' seketika cuma sebelum dirimu meneruskan perjalanan bagi mengenali jerihnya ujian ini.
 
Dan aku tidak akan pernah lupakan dirimu. Dugaan ini tidak akan pernah dihadapi dirimu seorang, ketahuilah ini dugaan bagi diriku juga. Membawamu menuju pintu kebahagian, dan mengenali kemanisan bagi sebuah persahabatan. Aku tidak akan pernah berhenti, tidak sekali berputus asa. Semoga Allah sentiasa bersama, merestui sebuah perkenalan yang tidak diduga, dan Insyallah persahabatan hingga ke hujungnya. Amin
 
Kuat sahabat kuat, Ini janjiku, ketahuilah bahawa aku sentiasa bersamamu.
 
 
Whats?: Karya asli ok! bukan kopi pes. Kui Kui! :P

1 comment:

zuno said...

again..touched.. :'(