Ikan-Ikan

Friday, March 23, 2012

Gabai Gebu

Rasa macam dah lama tak berusik blog nih, buat entri pom jarang2, tiba time rajin, bukan main berjela buat entri. Tapi bila tiba time malas tuh, paham2 la. Lebih baik melingkar gaya ular sawa kenyang sambar ayam atas katil nih, plus sekarang ini buleyh dikatakan musim hujan. Tak kira pagi, petang ke, hujan jea. Yeah! ini masa yang sesuai untuk berhibernasi beramai2. Berselimutkan bulu beruang, tidur beralaskan batal empuk. pergh! dunia. Hujung minggu punya kisah, tapi baru nak masuk hujung minggu nie nak terbukak pintu hati nak share pengalaman bersama2 yang lain. Sometime, something that is so precious happens once, rite? So, it's quite happen for me, my lovely coursemates and our juniors. Spend masa bersama. Doing activity in Sungai Gabai.

Edit pic gaya kalah filem Cinta Kura2 Sungai 
yeap, its too sweet to call a memory. Love!

Dengar jea plan nak ke sungai atau air terjun. opkoss, aku lah orang yang terpaling excited melampau habis. Yela, ikan mana yang tidak sukakan sungai? So, aku lah salah seekor ikan tuh. Kembali ke tempat asal la katakan. Awal pagi bangun, gigih berkemas apa yang patut, terus pecut gaya olahragawan ke tempat menunggu bas. Alhamdulillah, bila jea bas sampai, kami naek. Perjalanan makan masa hampir sejam. Sesampai di tempat kejadian, sayangnya 2 biji bas yang sama saiz dgn Hop On, Hop Off KL nie tak buleyh nak masuk. So, kena la jadik gigih sedikit, mengejutkan mana2 urat kendur untuk berjalan masuk sejauh 2 KM. Yang ini aku akui, hanya Top 10 rentas desa sekolah rendah je mampu. Pancit doeh!

Untuk rutin berkurusan sangat sesuai
pengalaman tuh jalan masuk kampung, tengok dusun buah.

Bila sampai pintu gerbang besau tuh, memang taleyh nak gambarkan kepuasan, gaya teguk 100plus sejuk. Tapi nak kena jalan masuk sikit. Sambil membawa barang muatan tambahan, tak termasuk barang mainan kanak2, kami meneruskan perjalanan. Sampai jea nampak air terjun tinggi bukan kepalang, masing2 bukan main eksaited nak bukak baju, nak terjun. Tapi eksaited terhenti sekejap, orang kata "Kepuasan" sebenar ada di puncak air terjun Gabai nie. Gabai nie terkenal dengan slide yang buleyh tahan. So, demi "Kepuasan" sebenar, maka kami sanggup daki tangga yang lain sikit dari yang ada kat Batu Caves tuh, tapi ketinggian buleyh tahan. Terkeluar la jugak peluh2 jantan. Huh!

Air Terjun Gabai. Tangga yang buleyh tahan tinggi 
Konpem lepas naek tangga nie, betis jadik tough! Haha

Inilah "Kepuasan" sebenar maksud aku tuh
Sliding kat batu beramai2.
Best wow!

Lepas mandi, berjimba tak ingat, masing2 perut lapar. Konpem perut rasa cramp. Lagi2 tenaga dikeluarkan tuh perlu diganti dengan jumlah makanan yang setimpal. Haha. Lepas tuh, diteruskan dengan penyampaian award pilihan. Undian datang sendiri dari kami. Sweet!

Sepuloh, dua puloh ekor rabbit 


Mari kita tengok sape yg kena? Alhamdulillah 
Title nih yang mengena. Bukan senang, saingan sengit. 
Jumlah undian yg rapat2. Tapi bagi aku, yang tercalon tuh tetap pemenangnya.
Sayang korang ketat2.

Lepas masing2 berkemas, kami bergerak pulang.
Arghh! turun tangga, 2KM berjalan keluar.

Bye2 Gabai
Ada rezeki kami datang lagi


Source: Courtesy of Awer. Thanks :)

8 comments:

Rozuan Ismail said...

bye2 gabai.kita semua pemenang

kura said...

wah. best.. boleh sliding2 gituuu :0

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

best nye!!!


tiada pengalah..semua pemenang belaka...

azalia hjsalleh said...

perghhhhhhh ramainya !
penah pegi sini 2 thn lepas..
1st time pegi mandi air terjun dgn kwn2
mmg superb =)

ikan said...

Rozuan: Yeap, yeap. kita sume pemenangnya :)

ikan said...

kura: yeap, yeap. memang best pomm, susah nak cari tempat mandi macam air terjun nie yang ada slide. peluang keemasan tuh!

ikan said...

A.F.A : pengalah? dah gaya bunyi Galah jea nie. hehe

ikan said...

Azaliah: tuh la, mmg leyh tahan la . mandi kat sana. puas, tapi bila part nak kena kongsi2 slide tuh, mcm tak suka la lak. haha