Ikan-Ikan

Tuesday, June 5, 2012

Ubat Gigi Kurang Sedap

Hai Semua! bebel berjela, baru sekarang say hi? Bukan apa, dah lama rasanya tak memulakan entri dengan kata aluan. So, ini kira tersangat proper, atau sopan. Siap untuk Tok Penghulu kampung aku alukan. Sekarang aku kira tahap super Saiya Dragon Ball kelas Kelima kejadian, terpaksa bergigihan bertarung menyiapkan tesis. Tanak cakap pasal tesis, nanti mood happy-happy semua hilang. Dan Alhamdulillah tesis selamat dihantar. Haha.

Pengalaman aku, bukan pengalaman sangat sebab pengalaman tuh macam benda dah lama jadik, tapi ini benda yang baru jadik. Dalam 2, 3 minggu lepas. Aku macam manusia lain, setiap hari wajib untuk mandi dan gosok gigi. Kalau time sekolah dulu Nurse gigi bila datang sekolah, selalu pesan, sekurang-kurangnya gosok gigi 2kali sehari yea adik. Tapi bila besar, bukan main, tiap kali mandi mesti wajib aku gosok gigi. Bagus kan? Dijadikan cerita, aku gunakan ubat gigi yang ada untuk memberus gigi. Selalunya aku gunakan brand X. Tak perlu la kann nyatakan Brand sebenar. 

Gosok punya gosok, selesai gosok aku pun pergi buat kerja lain. Kerja rumah la, eseimen la, makan, bersembang semua. Aku rasa kurang selesa, rasa pelik, semacam dekat bahagian dalam mulot aku nih. Nak katakan air liur basi, jauh sekali sebab aku dah gosok gigi. Malam hari, sebelum masuk tidur, aku gosok gigi. Lepas tuh, aku masuk tidur. Keesokan pagi bangun, masih rasa yang sama kat mulot nih. Rasa pelik. Tak sama kalau nak dirasakan macam aku guna ubat gigi yang sebelum2 nie. 

Skill lukisan gunakan paint nih,
nak guna note macam lewat lagi.
hehe
Sumpah tak hepi hidup, rasa pelik nih hari2 datang. tapi nasib baik sekarang aku bertukar kepada ubat gigi lain. hilang masalah. Hehe. Setiap kali, jumpa orang, setiap kali aku nak senyum macam katak kembung. Ngee. Nasihat aku, tolong pekse tarikh kematian satu-satu barang tuh sebelum beli. Kalau tak macam ini la jadiknya.

Whats?: Insyallah, lepas ini aku akan lebih setia dengan belog, takmo curang-curang. Nak kasi semua naik muak, muntah putih baca kisah aku. Sekian :)

3 comments:

iKhRam said...

ni dah boleh kire
KERACUNAN da ni..

Rozuan Ismail said...

muahaha.beli lagi yg expired nye.gunalah kodomo lion

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

carik laa ubat gigi yang ade zailetol...hehehe..